Kepada mereka-mereka yang pernah menjadi jurulatih-jurulatih di Sekolah Komunikasi..... mereka pun guru juga.....
SEKOLAH KOMUNIKASI TLDM
Dulu selepas saja tamat persekolahan, masa tu rasa lega sikit tak perlu dibebankan lagi dengan buku-buku sekolah yang bertimbun-timbun nak dibaca....lega rasa kepala otak.... masa tu fikir nak cari kerja saja.... zaman saya dulu tahun 70 an peluang menyambung pelajaran tidak semudah sekarang.... kalau dapat MCE pangkat 3 tu jawabnya cari kerja sajalah.... nak sambung belajar banyak guna duit... kita pun bukan kaya sangat....
Cari kerja punya cari kerja...akhirnya dapatlah kerja yang selama ini tak pernah terbayang di kepala saya semasa di bangku sekolah lagi untuk menjadi anggota Tentera Laut.... membesar di KL tak pernah terfikir tentang nak bekerja di tengah laut.... namun dah ditakdirkan rezeki ku di Laut... ke Laut jugalah perginya... walaupun masa sekolah tak pernah bercita-cita atau terfikir nak "Join the Navy to see the World"...
Rupanya-rupanya masuk Navy serupa juga... kena masuk Sekolah semula... cuma tak dipanggil S.K atau S.M.K.... tapi dipanggil Sekolah Komunikasi..... sekolah untuk melatih anggota-anggota Komunikasi TLDM (dalam Tentera Darat dipanggil semboyan)...
Kat sekolah ini bermacam-macam lah kami diajar tentang komunikasi.... buku-buku rujukan yang digunakan pula bukan buku-buku yang dicetak atau ditulis di Malaysia...semua buku yang digunakan adalah buku-buku Allied Communication Publication (ACP) , Allied Tactical Publication (ATP), Royal Naval Communication Publication 9 (RNCP 9) dan lain-lain, iaitu buku-buku dari luar negara (US dan UK).... jadi bahasa Inggeris dia standard International English....berabuk speaking London bila belajar pakai buku ni.... namun syukur Alhamdulillah, sebab ada background Sekolah aliran Inggeris, kuranglah sikit masalah.....
Sempena Hari Guru saya juga tak akan melupakan jasa-jasa jurulatih-jurulatih saya di Sekolah Komunikasi... mereka juga guru cuma tak dipanggil Guru secara rasmi.... merekalah mengajar kami menjadi anggota Komunikasi TLDM yang terlatih..... Itulah secebis kenangan kami di Sekolah Komunikasi....
"The biggest Communication problem is we do not listen to understand. We listen to reply...."
"Communication is your ticket to success, if you pay attention and learn to do it effectively...."
"Good leaders must be good Communicators"
*** Remember that Poor Communication in War can led to largest incident of friendly fire as what happened during World War II where the German Luftwaffe (Airforce) mistakenly attacked and sunk the German Navy ship 21 Leberecht Maass......***
8/12/2024: 8.56 P.M
No comments:
Post a Comment