Posted by : Habidah Hj Nordin
15 September 2024
Tokoh pemimpin Melayu ini, dikatakan seorang pejuang negara yang tiada tolok-bandingnya.Dimana, beliau telah meletakkan dirinya untuk kemerdekaan negara dalam tiga zaman.
Iaitu, zaman sebelum, semasa dan pasca kemerdekaan negara kita ini.
Manakala, gelaran al-Helmy diberikan kerana Dr.Burhanuddin seorang yang berperibadi lemah-lembut dan disenangi pula oleh banyak pihak sepanjang berurusan dengan insan hebat ini.
Dr.Burhanuddin al-Helmy, mendapat PHD di Universiti Aligarh, New Delhi, India di dalam bidang falsafah, sastera, bahasa Inggeris, bahasa Perancis, dan bahasa Jerman serta perubatan homeopati.
Antara karya penulisan beliau yang banyak menceritakan berkenaan perjuangan dan politik adalah seperti berikut :
1.Perjuangan Kita ( 1946 )
2.Falsafah Kebangsaan Melayu ( 1947 )
3.Agama dan Politik ( 1954 ), dan
4.Ideologi Politik Islam ( 1957 )
Allahyarham Dr.Burhanuddin, juga telah dianugerahkan Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini ( SPCM ), oleh sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 27 November 2015.
Malahan, turut ada lokasi yang dinamakan sempena mengenang jasa Allahyarham Dr.Burhanuddin :
1.Jalan Burhanuddin Helmi, di Taman Tun Dr.Ismail, Kuala Lumpur.
2.Persiaran Burhanuddin Helmi, di Taman Tun Dr.Ismail, Kuala Lumpur.
3.Sekolah Menengah Kebangsaan Doktor Burhanuddin, di Taiping, Perak.
4.Sekolah Rendah Islam Burhanuddin al-Helmy, di Alor Setar, Kedah dan
5.Kolej Burhanuddin Helmi, Kolej Kediaman Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ), di Bangi, Selangor.
Semasa hayatnya juga, Dr.Burhanuddin pernah ditahan oleh pihak penjajah kolonial British dibawah ISA.Disebabkan perjuangan beliau yang lantang pada ketika itu.
Dikatakan juga, kesan daripada penyakit lelah yang dideritainya di dalam tahanan.Turut menjadi salah-satu punca kematiannya pada tahun 1969.
Bissirril Al-Fatihah ..
Sumber : Sejarah Dan Makam² Langka Di Tanah Melayu.
Kredit : #BangChikJolobu
No comments:
Post a Comment