Monday, 2 December 2024

2024 - SABAK BERNAM, SELANGOR

Sabak Bernam adalah sebuah daerah yang terletak di Barat Laut Negeri Selangor bersempadan dengan Negeri Perak di Utara, berhampiran dengan Hulu Selangor dan Kuala Selangor. 

Nama Sabak Bernam dikatakan berasal dari makna "Sahabat berenam", dimana Sabak Bernam dibuka oleh enam orang sahabat. 

Pada 30 November 2024, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) cawangan Hulu Kelang dimana isteri saya adalah ahlinya telah mengadakan lawatan ke Sabah Bernam di Selangor. 


Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sabak Bernam mengambil masa 1 jam 58 minit dan jarak perjalanan sejauh 130 km. 

AHLI LEMBAGA KEBAJIKAN PEREMPUAN ISLAM MALAYSIA CAWANGAN HULU KELANG DI SABAK BERNAM, SELANGOR



Masalah tayar bas tenggelam dalam lopak, kena tunggu sampai malam baru dapat tarik Bas keluar dari lopak. 






Mengikut rekod pesawat Boeing 727  ini didaftarkan pada 18 Jun 1981 dan dibawa khas menggunakan jalan darat pada April 2022 melalui perjalanan panjang lebih 400 km dari Lapangan Terbang Senai ke lokasinya di Ban 3 Parit 5, Sekinchan, Selangor. 
"Terminal Sekinchan' kini menjadi tarikan pelancongan di daerah Sekinchan. 


Laman Buluh Mentarang & Belangkas di Sungai Hj Dorani yang menyediakan makanan seafood dan belangkas dengan kawasan yang sangat menarik dan menenangkan. 
Restoran ini menyediakan pelbagai menu antaranya Ikan Bakar, Belangkas, Belut, Mentarang dan lain-lain. 


Mentarang atau nama saintafiknya "Pholas Orientalist" dianggap anugerah alam buat penduduk dan peniaga makanan sekitar daerah Sekinchan dan Sabak Bernam. 
Mentarang merupakan sejenis haiwan bercengkerang yang boleh dimakan. Ia hanya boleh ditemui di pantai yang berselut seperti di Kuala Perlis dan Sabak Bernam. Ianya dibakar atau digoreng tepung. 


Pernah makan belangkas ?
Ada orang geli-gelaman bila tengok belangkas apatah lagi bila masuk ke dalam tekak. Namun belum cuba belum tahu. Keenakan isi belangkas dikatakan lebih sedap dari kebanyakan hidangan seafood yang lain. Telurnya rasa lemak manakala isinya pula rasa kenyal macam ketam. Namun sebelum order pastikan harganya dulu... takut nanti tersembur bila nak bayar....haha..
Kalau teringin nak cuba boleh cuba belangkas masak lemak cili api di Sekinchan atau Sabak Bernam. 








Nikmati keharuman semulajadi beras wangi kampung yang dihasilkan oleh Syarikat Berkat Padi Sdn Bhd di Sabak Bernam. Walaupun tanaman masih 600 hektar dari keluasan Sawah Negara 600 ribu hektar, beras ini disahkan hasil dari penyelidikan MARDI. 









Nandong Global Food Industries sebuah kilang yang merupakan produk keluaran bumiputra Melayu berasal dari Sungai Besar, Selangor. Terdapat 5 perasa Nata De Coco yang dipasarkan iaitu Laici, Mangga, Strawberi, Anggur dan Epal hijau. Hanya pada setiap hari cuti Syarikat mengeluarkan perisa khas iaitu Nenas. Produk syarikat ini boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar seperti Giant, Lotus dan Econsave. 



Istimewanya Sabak Bernam ialah pemandangan sawah padi yang menghijau seluas saujana mata memandang. Ia sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga dan rakan-rakan. 

Hj Zulheimy Bin Maamor
Lembah Keramat, K.L
2.12.2024: 4.13 p.m













No comments: