Posted FB : 2 June 2024
Bila tengok tajuk saya ni...pasti ada tertanya apa kaitan ketiga-tiga ini antara satu sama lain.....
Panggung Coliseum yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman (dulu Batu Road) adalah dikatakan panggung yang paling lama beroperasi di Kuala Lumpur iaitu bermula tahun 1920. Pernah dicadang oleh Kerajaan untuk ditutup pada 2006 tetapi mendapat bantahan orang ramai.
Coliseum mungkin mengambil nama di Colloseum iaitu amfiteater yang dibina pada zaman Rom Kuno , saya tak pasti betul atau tidak...
Saya jarang menonton wayang di Panggung Coliseum ini kerana ianya banyak menayangkan filem-filem Hindustan sekitar 70 an dulu sedang saya bukanlah peminat tegar filem-filem Hindustan.. tak pernah sekalipun dalam hidup saya menonton filem Hindustan...tapi saya suka lagu-lagu Hindustan terutama era 60 an dan 70 an... itu pun selepas saya melawat India pada 80 an.... dalam bas asyik putar lagu lagu evergreen Hindustan (60 an dan 70 an)... Sedap juga lagu Hindustan ini....
Kali terakhir saya menonton filem di panggung Coliseum ialah pada tahun 1979 ketika itu ia menayangkan filem A.R Badul iaitu "Prebet Lapok".
Selepas menonton filem "Prebet Lapok", ianya menaikan semangat saya untuk memasuki tentera walaupun masa sekolah dulu tak pernah pula terfikir nak jadi tentera.
Maka bermulalah episod hari hari buka suratkhabar tunggu-tunggu kalau ada iklan pengambilan Tentera Darat....
Esok buka akhbar yang ada iklan pengambilan Polis... maaf cakap saya tak berapa minat nak jadi polis.... maklumlah anak Askar....
Akhirnya keluar iklan pengambilan anggota baru Tentera Laut Diraja Malaysia. Saya termenung sekejap.... Tentera Laut?
Aku nak jadi sojar yang keluar iklan Navy...... fikir punya fikir akhirnya saya ambil keputusan nak cuba dulu.... sbb dalam iklan itu ada tertera "JOIN THE NAVY TO SEE THE WORLD"....
Wahhhh.... menarik juga.... dapat tengok negeri orang... saya pun lihat senarai pusat-pusat pemilihan.... yang tak best nya Pusat Pemilihan yang paling terdekat dengan rumah saya (Taman Greenwood di Batu Caves ketika itu) adalah di Sekolah Garing Jaya di Rawang, Selangor..... hendak tak hendak kena pergi juga ni....
Saya pun teringat sepupu saya Halim yang juga sedang mencari pekerjaan....
Disebabkan masa tu tak ada Handphone macam sekarang... talipon rumah pun tak ada....jadi saya terpaksa ke rumah Halim di Ampang Jaya ketika itu untuk mengajak dia pergi bersama... Halim pun bersetuju untuk pergi ke Rawang....
Balik rumah kebetulan arwah Ayah saya baru pulang dari Kerja... saya pun tunjuk iklan Navy tu pada dia... ayah saya tersenyum bangga... dia bekas Askar Melayu yang pernah berkhidmat di Congo Afrika tahun 1962 dulu....
Ayah saya puji saya ada semangat nak jadi tentera... tambah Tentera Laut kerana belum ada keluarga kami jadi Navy, yang ramai Askar dan Polis.... Ayah sampai sanggup ambil cuti untuk hantar saya dan Halim ke Pusat Pemilihan di Rawang....
Pada hari yang ditentukan bertolaklah kami bertiga ke Rawang....
Setelah beberapa pemeriksaan kesihatan dan lain lain... akhirnya saya berjaya terpilih, tapi sedih sepupu saya gagal kerana tidak cukup tinggi sahaja....takpelah tak ada rezeki dia....
Saya mendapat Tiket waren keretapi dari KL ke Ipoh dan akan bertolak pertengah January 1980 ke Ipoh dan kemudian menaiki trak atau bas tentera Ke Lumut....
Sehinggalah pada 15 Januari 1980 akhirnya saya pun memulakan kehidupan baru sebagai anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia.....
Sehinggalah saya menamatkan perkhidmatan pada 1996 setelah 16 tahun menempuh ombak dan badai di Lautan luas yang tidak bertepi.... Anak KL akhirnya di lambung ombak.... tak pernah terlintas dalam kepala semasa di bangku sekolah dulu untuk jadi Tentera Laut.... itulah kalau dah rezeki di laut.... ke laut juga pergi nya....
Apabila melihat panggung Coliseum yang masih berdiri di Jalan Tuanku Abdul Rahman... pasti saya terkenang filem Prebet Lapok dan TLDM....
Niat asal nak jadi sojar buru komunis macam dalam filem Prebet Lapok tu... akhirnya buru Lanun dan nelayan asing di laut dalam....tapi merasa jugalah "SEE THE WORLD"...
Teringat lagu kumpulan Freedom "Mulanya disini"
Mulanya di sini
Ku kenali dirimu
Sehingga kini
Sehingga ke akhir waktu
Akhirnya di sini
Ku kenali hatimu
Sehingga kini
Kita akan terus berlagu
Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai
Copy and paste:
8/12/2024: 9.23 p.m
No comments:
Post a Comment