Thursday, 12 December 2024

MM 10533 OTHMAN BIN YUSOFF


Posted by: Nizam Ali
KISAH & SEJARAH : 8 June 2024

Tahukah kalian ..
Bahawa salah seorang ' Wira Anak Watan Dalam Peristiwa Serangan Pengganas Komunis di Bukit Kepong ', terselamat dari serangan itu yang berlaku pada 23 Februari 1950.
Anggota keselamatan negara kita ini, ialah Konstabel 10533 Othman Bin Yusoff, berasal dari Kg.Pondok Labu, Jalan Tunku Asaad, Kulim, Kedah.
Dikatakan, beliau sebetulnya turut tercedera dalam pertempuran berdarah tersebut.Pun begitu, perwira negara ini telah pulang ke rahmatullah pada 24 Muharam 1408 Hijrah bersamaan 18 September 1987.
Semoga Allah Subhanallah Ta'ala mencucuri rahmat dan keampunan ke atas roh allahyarham dan pasukan polis di Balai Polis Bukit Kepong, keluarga anggota dan orang kampung yang gugur syahid dalam serangan terbabit, aamiin ...
Bissirril al-fatihah ..
Sumber : Muzium Balai Polis Bukit Kepong.
Sumber
Nota Tambahan
MM Othman Yusuf
Beliau org Kedah
Dipinggirkan
Isteri jadi gila bila dapat info yg beliau terkorban masa serangan bukit kepong ( info salah balai polis Kedah)
Beliau hidup sebagai pekerja panggung wayang
Sempat hadir ke peringatan peristiwa bukit kepong 1979
Kaki nya kudung kesan kecederaan tembakan pengganas komunis
Ada anak tunggal bernama Omar. Berjaya masuk University & berjaya dalam hidup tapi Othman Yusuf tak mau susahkan anaknya. Beliau mmg nak hidup seperti seadaannya hingga beliau diambil penciptanya
Al fatihah buat beliau & pejuang Bukit Kepong
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِ
اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِیْنَ(1) الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِ(2) مٰلِكِ یَوْمِ الدِّیْنِﭤ(3) اِیَّاكَ نَعْبُدُ وَ اِیَّاكَ نَسْتَعِیْنُﭤ(4) اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِیْمَ(5) صِرَاطَ الَّذِیْنَ اَنْعَمْتَ عَلَیْهِمْ ﴰ غَیْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَیْهِمْ وَ لَا الضَّآلِّیْنَ(7)

Copy and paste:
12/12/2024: 9.11 a.m

No comments: