Monday, 9 December 2024

PERISTIWA BECHAH KEMAHANG - KEHEBATAN HOME GUARD




Posted by Zul Maamor
31 October 2020

Ketika Zaman Jepun, Darurat dan Konfrantasi, kita biasa mendengar kehebatan pasukan Tentera dan Polis dalam memerangi Tentera Jepun dan kemudian Komunis ketika Darurat dan tentera Indonesia ketika Konfrantasi….
Namun jarang sekali kita dengar tentang kehebatan dan perjuangan unit – unit sukarela yang turut membantu pasukan keselamatan yang mana mereka ini jarang di ketengahkan dalam sejarah.
Semasa zaman Darurat di Malaya, selain dari pasukan keselamatan seperti polis dan tentera, telah wujud pasukan seperti Special Constabulary (SC) ,Auxiliary Police (AP) Sarawak Border Scout dan lain lain. Pasukan SC umpamanya, berperanan melakukan tugas-tugas kawalan estet, lombong dan kilang di kawasan luar bandar, menjadi pengiring kepada pengurus estet dan lombong, dan juga sekatan kawalan makanan.
Pasukan separa tentera Jungle Squad (juga dikenali sebagai Flying Squad) ditubuhkan lewat 1948 ekoran keperluan mendesak memerangi komunis di hutan. Squad yang terdiri dari 15 hingga 20 orang ini diletakkan dibawah kawalan OCPD (Officer Commanding Police District). Pada tahun 1951, Jungle Squad telah diperbesarkan dan dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan (Police Field Force) yang kini dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am Polis.
Satu lagi pasukan yang jarang diketengahkan ialah pasukan HOME GUARD yang ditubuhkan pada tahun 1951 terdiri dari penduduk penduduk kampong di kawasan yang berisiko tinggi dengan ancaman pengganas komunis.
Generasi sekarang mungkin tidak pernah melihat penduduk kampong yang terdiri dari orang Melayu, Cina,India dan lain lain berpakaian awam menggalas senjata berkawal di kampong kampong suatu ketika dulu… malah ada juga wanita yang berbaju kebaya atau kurong dan berkain batik turut menggalas senjata… inilah suasana yang berlaku di zaman Darurat pada suatu ketika dulu…
Namun jangan kita pandang ringan dan remeh akan kemampuan dan kehebatan pasukan Home Guard ini… Sejak ditubuhkan dari tahun 1951 hingga 1958, pasukan ini telah Berjaya membunuh 221 orang pengganas komunis dan mencederakan 110 lagi..
Mungkin kita tidak pernah mendengar kisah PERISTIWA BECHAH KEMAHANG yang berlaku di Lenggong Perak pada tahun 1952, di mana pengganas komunis telah menahan sebuah bas awam yang membawa 30 penumpang. Kesemua penumpang dijadikan tebusan malah dari cerita lisan penduduk kampong , komunis telah menggantung seorang wanita Cina dan 2 wanita Melayu disebuah pondok estet
.
Mereka mencabar penduduk kampong supaya datang menyelamatakan tebusan tersebut. Cabaran komunis ini telah disambut oleh 7 bersaudara pasukan Homeguard yang terdiri dari Osman Mat Piah bersama dua beradiknya iaitu Hussien dan Yaakob dan 3 anak Yaakob iaitu Mior Ahmad , Mior Kassim dan Mior Ariffin dan menantu Yaakob iaitu Sulaiman Pandak Yusoff….
Dengan hanya bersenjatakan senapang patah dan parang, mereka telah bertempur selama 3 hari dan akhirnya Berjaya menyelamatakan kesemua tebusan dan 30 pengganas komunis Berjaya dibunuh oleh 7 bersaudara…
Namun penduduk kampong sangat terkilan kerana sumbangan 7 bersaudara ini tidak pernah dicatatkan dalam sejarah … begitulah nasib mereka yang digelar WIRA YANG TIDAK DIDENDANG….nama mereka tidak pernah disebut malah dilupakan terus … hanya yang dikenang ialah ahli politik, artis dan ahli ahli sukan dengan pelbagai penghargaan dan anugerah….

Copy and paste:
9/12/2024: 6.08 p.m

No comments: