POSTED FB: 15 NOVEMBER 2021
Laut Cina Selatan pernah menjadi padang permainan kami suatu ketika dulu.....
KD PANAH (P42) kapal peronda TLDM jenis Patrol Craft Kris adalah dibawah Sekuadron ke 14 Kapal Ronda yang berpengkalan di Tg.Gelang Kuantan, Pahang.
Ketika bertugas di kapal ini sering melakukan rondaan EEZ (Exclusive Economic Zone) untuk mengawal pencerobohan nelayan asing terutama nelayan Thailand yang mengganggu nelayan tempatan. EEZ adalah suatu kawasan perairan negara yang melampaui sehingga 200 batu nautika drpd garis pangkal (Akta Zon Ekslusif Ekonomi 1984) .
Tugas mengawal pencerobohan nelayan asing di perairan Malaysia adalah tugas yang agak mencabar. Ada kalanya nelayan asing terutama dari Thailand cuba bertindak ganas apabila mereka dipintas. Pernah berlaku beberapa insiden yang tidak diingini akibat tindakan agresif sesetengah nelayan asing ini, malah pernah melibatkan nyawa anggota TLDM.
Antaranya ialah insiden KD Sri Sarawak dimana 3 anak kapal yang mengiringi Bot Pukat Tunda Thailand diserang , seorang anggota terjatuh dilaut dan terapung 29 jam di laut sebelum diselamatkan, 2 orang lagi dibawa ke Thailand, seorang dilepaskan kemudiannya dan seorang lagi anggota hilang tanpa dikesan sehingga kini..... namanya kini diabadikan di sebuah dewan di Pengkalan TLDM Tg Gelang (Dewan Al-Hilmi)...
KD Panah juga pernah mengalami peristiwa dimana sebuah bot nelayan Thai cuba merempuh kapal kami ketika diarahkan berhenti, namun tindakan pantas anak-anak kapal berjaya menahan bot tersebut.
Walaupun hanya bertugas selama 7 bulan di KD Panah, namun ia banyak meninggalkan kenangan yang cukup indah... antara yang tak boleh dilupakan ialah berhari raya di tengah laut. Nasib tak baik tahun itu KD Panah kena giliran meronda waktu Hari Raya Aidilfitri... Pada malam Raya.. Cook (tukang masak kapal) masak istimewa sikit.. nasi himpit dengan rendang dan sambal...kami bergotong royong membantu tukang masak kapal... dan malam itu CO bagi kami kebenaran untuk gunakan tembakan flare ke udara bagi memeriahkan malam raya di tengah laut yang gelap gelita... malam tu kami berhibur dengan cara tersendiri untuk melupakan sementara kesedihan masing-masing yang teringat keluarga di malam raya....
Sayup-Sayup lagu P.Ramlee bergema dimalam raya....
"Di Hari Raya..
Terkenang daku kepada si dia
Kampung ku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku..."
Yang tak boleh dilupakan , pada pagi raya.. selepas solat...ketika bersauh di Pulau Perhentian... masing-masing termenung melayan perasaan... tak sepatah kata yang keluar dari mulut masing-masing..yang dah berkeluarga teringat anak bini , yang bujang terkenang ayah dan bonda di kampung.... namun itu adalah dugaan dan cabaran bagi anggota TLDM yang bertugas di kapal-kapal TLDM...
Copy and paste:
8/12/2024 : 9.31 p.m
No comments:
Post a Comment