Sunday, 8 December 2024

ADIWIRA KU



Posted FB : 17 May 2019

Bersempena dengan Hari Guru, saya menyaksikan sebuah filem bertajuk "Adiwira Ku".
Filem yang diarahkan oleh Eric Ong pada tahun 2017 ini telah memenangi anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 29 pada 29 September 2017.
Apa yang menarik bagi saya tentang filem ini ialah ianya adalah berdasarkan kisah benar tentang seorang guru Bahasa Inggeris iaitu Cikgu Cheryl Ann Fernando yang mengajar bahasa Inggeris di SMK Pinang Tunggal di Sungai Petani, Kedah.
Usaha gigih guru berkenaan dalam mengajar bahasa Inggeri kepada murid-murid disebuah sekolah yang agak terpencil dengan latar belakang pelajar-pelajar yang majoriti adalah anak kampung dan ada pelajar-pelajarnya yang miskin yang pergi ke sekolah berjalan kaki berbatu-batu jauhnya. Malah ada pelajar wanita sekolah itu yang tinggal bersama ayahnya yang sakit terpaksa bekerja di sebuah stesen minyak untuk mencari rezeki.
Namun usaha gigih Cikgu Cheryl yang tidak mahu melihat anak-anak kampong itu ketinggalan dalam pelajaran adalah suatu yang amat terpuji walaupun beliau berlainan bangsa dengan pelajar-pelajar disitu.
SMK Pinang Tunggal berjaya menduduki tempat ke 5 Petandingan Choral Speaking tahun 2015 dalam bahasa Inggeris mengalahkan 20 sekolah lain yang boleh dikatakan sekolah yang hebat.
Cikgu Cheryl telah mendapat pujian dari masyarakat didalam media-media sosial ketika itu atas usaha dan pengorbanannya melatih anak-anak kampung dalam menguasai bahasa Inggeris.
Malah pelakon yang memegang watak cikgu Cheryl iaitu Sangeeta Krishnasamy telah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke 29. Lebih menarik lagi kebanyak pelakon dikalangan murid-murid adalah pelajar - pelajar yang sebenar yang terlibat dalam Choral Speaking Team tahun 2015.....kefasihan bahasa Inggeris mereka amat mengkagumkan......
Semoga kita lebih banyak lagi mengeluarkan filem-filem yang berkualiti seperti ini yang boleh dijadikan contoh dan tauladan untuk generasi akan datang tentang usaha gigih dan pengorbanan seorang guru......... janganlah asyik nak disogokkan dengan cerita-cerita Cinta yang Basi dan memualkan dan membosankan......
Syabas kepada para guru yang tidak mengenal penat lelah mendidik anak bangsa Malaysia menjadi sorang yang berguna kepada masyarakat....
SELAMAT HARI GURU.....
(Filem ini saya rasakan sama hebat dengan sebuah filem Inggeris yang cukup popular suatu ketika dulu iaitu filem "TO SIR WITH LOVE" lakonan Sydney Poiter tahun 1967,)

Hj Zulheimy Maamor
8.12.2024 : 9.14 p.m

No comments: