![]() |
| Hotel tempat kami menginap ketika di Beijing |




![]() |
| Seorang gadis Cina sedang menunjukkan cara-cara membuat Chinese Tea yang betul mengikut tradisi orang-orang Cina
THE FORBIDDEN CITY OF BEIJING
Dalam rangka lawatan Setaf The Institution of Engineers Malaysia pada tahun 2001, kami telah berpeluang untuk melawat Kota Larangan di Kota Beijing, China. Teringat saya kepada 2 buah filem yang pernah saya tonton suatu ketika dahulu yang mana penggambaran dilakukan di Kota Larangan ini.
Filem "The Last Emperor" yang dikeluarkan oleh Columbia Pictures pada tahun 1987 mengisahkan kehidupan Maharaja Puyi , iaitu Maharaja China yang terakhir yang telah digulingkan pada tahun 1911.
Filem "Shanghai Noon" lakonan Jackie Chan dan Owen Wilson yang diterbitkan pada tahun 2000.
Kota Larangan (Forbidden City) adalah merupakan istana Maharaja China yang mula digunakan semasa zaman pemerintahan Dinasti Ming. Kini ia menempatkan Muzium Istana yang dibuka untuk lawatan kepada orang ramai.
Istana ini telah digunakan oleh Maharaja China hampir 500 tahun sehingga Maharaja Puyi dari Dinasti Qing digulingkan pada tahun 1911.Dibina atas perintah Maharaja Zhu Di (Maharaja ke 2 Dinasti Ming) pada tahun 1406 hingga 1420 ia mengandungi 980 buah bangunan dan 8,707 buah bilik. Kota ini telah diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1987.
![]() Setaf The Institution of Engineers, Malaysia ![]() THE GREAT WALL OF CHINA
Teringat ketika zaman persekolahan dahulu. Dalam pelajaran Ilmu Alam antara yang dipelajari ialah Negara China. Saya masih ingat bila melihat gambar Tembok Besar saya berasa begitu kagum dan teringin sekali melihatnya dengan lebih dekat.
Ternyata impian saya itu tercapai apabila saya berpeluang melawat Negara China pada tahun 2001 bersama setaf The Institution of Engineers,Malaysia. Kami berpeluang melawat Beijing, Tianmen dan Bandar Pergunungan Chengde.
Sedikit Info Mengenai Tembok Besar China:
Tembok Besar China adalah satu dari 7 Keajaiban Dunia dan telah disenaraikan dalam World Heritage UNESCO pada tahun 1987. Panjang Tembok Besar China ialah kira-kira 6,400 kilometer bermula dari Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai yang terletak berhampiran sempadan China dan Manchuria.
Dibina lebih 2,000 tahun dahulu oleh Maharaja China yang pertama, Qin Shi Huang di semasa Pemerintahan Dinasti Qin (221 SM – 206 SM).
Tinjauan yang dilakukan oleh ahli arkeologi pada tahun 2009 menggunakan peralatan teknologi masakini melaporkan bahawa panjang keseluruhan Tembok Besar China adalah 8,851 km (5,500.3 batu).
Walaupun Tembok Besar ini dibina di zaman Dinasti Qin, namun apa yang kita lihat pada hari ini adalah pembangunan yang dilakukan oleh Maharaja Dinasti Ming (1368M – 1644M).
Rujuk dan klik laman web dibawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Tembok Besar China. Zulheimymaamor > 2001: Tembok Besar China |
![]() |
| Hotel dimana saya dan rakan-rakan menginap ketika di Chengde |
PUTUO ZONGCHENG TEMPLE,CHENGDE
The Temple of the Heaven dibina oleh Maharaja Yongle dari Dinasti Ming pada tahun 1406 hingga 1420. Bagaimanapun kuil ini diperbesarkan dan dinamakan Temple of the Heaven oleh Maharaja Jiajing pada abad ke 16.
Kompleks ini dilawati oleh Maharaja dari Dinasti Ming dan Qing sebagai acara sembahyang tahunan memohon kepada dewa syurga untuk musim menuai agar mendapat tuaian yang baik untuk tahun itu.
- Zulheimy Maamor: 2001 - Tembok Besar China







.jpeg)
.jpg)


.jpeg)

.jpg)







.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)


.jpeg)
.jpeg)

.jpg)
.jpg)
.jpeg)





.jpeg)
.jpeg)
.jpg)


.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)









.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)




