Thursday, 28 October 2021

SRIWIJAYA DAN KERAJAAN CHOLA

Kredit : Zaddam Zahir & FB ALAM MELAYU MERINDU

Hubungan Empayar Melayu Srivijaya dengam Kerajaan Chola selatan India adalah sebuah hubungan yang agak kompleks. Adakalanya hubungan kedua kerajaan ini renggang sehingga membawa peperangan dan pada masa lain pula baik bagaikan saudara. Sebelum kita pergi lebih jauh saya ingin membawa anda ke selatan India bagi memperkenalkan kerajaan India yang pada suatu masa dahulu pernah menyerang Nusantara.
Kerajaan Chola adalah sebuah kerajaan kaum Dravidia yang terdapat di kawasan lembangan sungai Kaveri di selatan benua kecil India. Sejak beberapa abad lamanya kerajaan Chola berada dibawah kekuasaan kerajaan-kerajaan india selatan yang lain yang lebih kuat iaitu kerajaan Pallava, namun demikian setelah kerajaan Pallava mengalami kemunduran akibat serangan daripada musuhnya seperti Padyas dan Chalukya, Kerajaan Chola mula bangkit sedikit demi sedikit untuk keluar dari kongkongan Pallava. Sekitar penghujung kurun ke 9 masihi kerajaan Chola telah cukup kuat untuk memerdekakan dirinya. Pada kurun ke 10 kerajaan ini telah menyerang kerajaan Pallava lama dan pada masa yang sama Rajaraja 1 diangkat menjadi raja kerajaan baru. Chola juga telah berjaya menawan Padya yang sekarang ini terdapat dalam kawasan orang-orang Tamil di Tamil Nadu dan Andhra Pradesh.
Walaupun kerajaan Chola adalah sebuah kerajaan yang kuat namun kekuatan ekonominya bukanlah berasakan kepada perdagangan ataupun cukai. Kekuatan ekonomi kerajaan Chola hampir sepenuhnya bergantung kepada pendapatan melalui Kuil-Kuil dan penjarahan terhadap kerajaan lain yang kalah atau dalam erti kata lain harta rampasan serta ufti dari kerajaan naungannya. Oleh kerana itulah kerajaan Chola cenderung untuk mengadakan kempen untuk menyerang kerajaan-kerajaan lain yang lebih lemah dan kerajaan yang menjadi mangsanya adalah seperti Sri Lanka, Padyas dan Chalukyas. Selagi Chola masih mempunyai sumber harta rampasan yang banyak di Benua India yang diperolehi setelah menyerang jiran-jiranya maka negeri-negeri di Asia Tenggara masih bernasib baik, hal ini ditambah lagi dengan jarak yang amat jauh tidak memungkinkan Chola menyerang.
Disebabkan faktor ini juga, pada peringkat awalnya hubungan dinasti Rajaraja dengan Kerajaan Srivijaya boleh dikatakan agak baik. Bukti hubungan baik ini adalah apabila Raja-raja telah menghadiahkan tapak perkampungan bagi pembinaan kuil Buddha di Nagapatnam yang di biayai oleh maharaja Srivijaya Culamanimarvadeva. Inskripsi yang menyatakan tentang perkara ini dikenali sebagai Inskripsi Tanjor dan ianya ditulis dalam bahasa sasnkrit dan Tamil. Inskripsi ini menjelaskan bahawa Maharaja Srivijaya Culamanimarvadeva maharaja Kedah dan Srivijaya ingin membina wat di tempat tersebut dan Rajaraja menyediakan atau menghadiahkan tapaknya.
Namun demikian hubungan baik diantara kedua kerajaan besar ini tidak mampu bertahan lama. Hal ini adalah disebabkan oleh polisi kerajaan Chola itu sendiri yang sumber ekonominya bergantung hampir sepenuhnya kepada penjarahan dan harta rampasan perang. Setelah hampir seluruh selatan India dan pantai timur India sehingga ke sungai Ganges di utara diserang dan dijarah harta bendanya oleh kerajaan Chola, mereka mula mencari sumber baru yang dapat menjamin kelansungan kerajaan mereka. Rajendara Chola yakni pengganti kepada Rajaraja mula mensasarkan asia tenggara sebagai target yang seterusnya. Khabar berita daripada para pedangan Arab dan Tamil mengenai kekayaan kerajaan Srivijaya telah menambahkan lagi minat beliau untuk menjarah Empayar Melayu tersebut. Tambahan lagi pada masa tersebut banyak persatuan-persatuan perniagaan dan perdaganngan yang menjadi pelobi di Istana Chola mendesak Rajendra untuk menguasai perdagangan antarabangsa di laluan selat Melaka yang menjadi nadi kekayaan Srivijaya. Tindakan para pelobi ini salin tidak tumpah sepertimana peranan yang dimainkan oleh CFR atau Counsel for Foreign relation di Amerika pada hari ini. Tanpa sokongan daripada ketua-ketua persatuan perdagangan yang kaya raya ini dan bantuan keewangan mereka kerajaan Chola akan hilang salah satu daripada sumber pendapatannya. Hal ini ditambah lagi dengan tindakan Suryavarman yang memohon bantuan ketenteraan untuk mengukuhkan kekuasaannya yang baru sahaja menguasai Kemboja dan inginkan kebebasan mutlak daripada hagemoni Srivijaya.
Bagi menyerang sebuah kerajaan yang sangat jauh dari India Kerajaan Chola memerlukan armada yang besar. Armada tersebut telah bersdia untuk berlepas pada tahun 1025 masihi, dan dibawah pimpinan Rajendra Chola sendiri mereka telah menjarah pantai-pantai Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu. Kejayaan besar dan hasil rampasan yang terbanyak diperolehi pasukan Chola adalah dalam penjarahan terhadap Palembang dan Kedah. Menurut inskripsi tanjore, selain Kedah dan Palembang kawasan lain seperti Langkasuka, Jambi ,Panai,Panduranga,Lamuri,Takkola, Tambralinga,Pegu,Tenaseerim,Nicobar dan banyak lagi telah dijarah dan dimusnahkan. Suka untuk saya menyatakan disini bahawa dalam inskripsi ini juga ada menyatakan keadaan perlawanan dan pertahanan negeri-negeri yang diserang oleh Chola, dan sebahagian besar daripada kerajaan-kerajaan Melayu yang diserang tersebut memberikan perlawanan yang amat sengit. Kita juga dapat mengetahui strategi pertahanan kerajaan Melayu dalam inskripsi tersebut. Dikatakan bahawa Kerajaan Malayur atau Jambi membina kota pertahanan yang kukuh diatas sebuah bukit, manakala Kedah mempunyai banyak puntu-puntu kota yang diperbuat daripada logam berharga. Negeri-negeri yang diserang ini kebanyakannya mempunyai binaan dari batu bata. Namun kita tidak dapat melihatnya pada hari ini berkemungkinan besar kerana telah dimusnahkan dalam peperangan atau dihakis air bah ataupun sebenarnya masih tersembunyi di dalam tanah dan sedang menunggu untuk dicari gali.
Mungkin anda tertanya-tanya mengapa kerajaan Srivijaya yang begitau hebat dan kuat tersebut boleh jatuh dengan mudah. Sarjana-sarjana sejarah berpendapat bahawa serangan yang dilakukan oleh Chola adalah serangan mengejut yang tidak disangka-sangka oleh Maharaja Srivijaya dan sekutu-sekutunya. Tambahan lagi mereka berpendapat serangan ini di rancang dengan amat teliti. Tentera Chola juga dikatakan menyerang Srivijaya dari selat sunda dan bukan masuk melalui selat Melaka. Hal ini menambahkan lagi faktor yang menyebabkan kekalahan Srivijaya kerana tentera Srivijaya kurang aktif di selat sunda dan sudah tentu mereka tidak menyangka Chola akan menyerang dari bawah ke atas dan bukan atas kebawah. Ironinya keadaan ini adalah hampir sama dengan apa yang berlaku ketika perang dunia kedua yakni semasa penyerangan Jepun ke atas Tanah Melayu. Pihak British menyangkan Jepun akan menyerang dari bawah iaitu dari Singapura dan oleh kerana itu kekuatan ketenteraan British dipusatkan di Bahagian selatan Tanah Melayu. Namun jangkaan British ini meleset dan Jepun telah menyerang Tanah Melayu dari Utara iaitu bermula dari Kelantan dan turun kebawah. Jepun dengan mudah dapat menawan seluruh Tanah Melayu dalam masa yang singkat sahaja dan ianya hampir sama seperti apa yang berlaku dalam serangan Chola. Perkara ini mengingatkan saya dengan kata-kata History May Repeat Itself Atau Sejarah Mungkin Berulang.
Dalam serangan ini maharaja Srivijaya bernama Samgramavijayatuggavarman berjaya ditawan, dan sebahagian besar kota-kota miliknya dimusnahkan begitu sahaja setelah dijarah kesmua hartanya. Untuk beberapa lama kerajaan Srivijaya berada dalam keadaan tidak stabil dan goyah , namun demikian menurut catatan Cina seorang Maharaja baru bernama Sri Deva telah naik takhta dan meneruskan aktiviti perdangangan yang tergendala sebelum ini dan menghantar utusan ke china seperti biasa. Satu daripada kesan besar yang disebbakan oleh serangan Chola selain daripada kemusnahan harta benda ialah Srivijaya terpaksa berdamai dengan musuh-mush lamanya terutama dengan Raja-raja Jawa. Perdamaian antara kerajaan Srivijaya dengan kerajaan Jawa dibolehkan dengan sebab terdapatnya ahli keluarga Maharaja Srivijaya yang telah ditawan Chola dapat melarikan diri ke Pulau Jawa.
Walaupun secara politiknya tidak banyak yang berubah di keseluruhan wilayah Srivijaya namun demikian dari sudut ekonominya terdapat perubahan drastik. Kebanyakan aktiviti perdangangan dan perniagaan antarabangsa pada masa itu telah dikuasai persatuan-persatuan dagang Tamil dari Chola. Nampaknya rancangan dan lobian yang dilakukan oleh mereka berjaya mencapai matlamatnya. Kita dapat lihat disini patternya, sejak dari zaman klasik lagi golongan pemodal elit memainkan peranan yang besar dalam dasar sesebuah kerajaan itu. Jika pedagang Tamil adalah pemodal elit yang menghasut Rajendra Chola menjarah Srivijaya pada zaman tersebut maka pada zaman ini Pemodal Elit Antarabangsa Yahudi pula menghasut dan melobi kerajaan Amerika Syarikat untuk menyerang Iraq, Iran, Afganistan dan mungkin tak lama lagi Negara-negara Islam yang lain pula. Inilah bukti bahawa sejarah itu bukan semata-mata ‘ilmu orang dah mati’ tetapi ianya adalah ilmu yang boleh diaplikasikan untuk menghalang niat jahat musuh, jika kita tahu menggunakannya.
Serangan ini turut memberi kesan terhadap politik Istana Srivijaya. Maharaja Srivijaya yang baru dikatakan masih tidak mampu untuk mengembalikan kegemilangan Srivijaya seperti sediakala. Oleh kerana itu hubungan yang baik dengan Chola diteruskan. Dalam pada itu beberpa buah negeri naungan Srivijaya berusaha untuk membebaskan diri, salah satunya adalah Kedah. Namun Kedah berjaya dikuasai semula dengan bantuan daripada kerajaan Chola. Malahan kerajaan Chola telah meletakkan ramai pembesar dan penditanya sebagai pegawai di dalam Istana Srivijaya. Salah seorang daripada pembesar Srivijaya yang paling kanan ialah seorang putera Chola dan hal ini disahkan oleh catatan china apabila putera Chola tersebut yang bernama Divakara dihantar sebagai duta Srivijaya untuk menghadap Maharaja China. Penglibatan ramai bangsawan Chola dalam politik Srivijaya pada suatu masa dikatakan telah mengelirukan pedagang China Ma Tuoan Lin dalam catatannya yang menganggap Chola adalah berada dibawah kekuasaan Srivijaya.
Menurut pendapat sarjana-sarjana tempatan dan India yang melakukan kajian terhadap Kerajaan Chola, mereka menyatakan bahawa tentera Chola sangat digeruni oleh tentera-tentera kerajaan lain. Hal ini kerana tentera Chola adalah dikatakan sangat kejam dalam peperangan. Mereka bukan sahaja membunuh lelaki malahan wanita, kanak-kanak dan para pendita Brahmin. Mereka juga gemar memusnahkan hampir keseluruh binaan kota-kota yang dijarah mereka dan membakarnya hangus. Pada pendapat saya tindakan mereka ini adalah tindakan vandalism yang amat teruk dan kejam dan hanya dilakukan oleh bangsa-bangsa gasar yang tidak bertamadun. Sebenarnya legasi daripada sifat gangsterisme dan vandelisme ini dapat kita lihat dalam masyarakat Tamil yang mendiami Negara kita pada hari ini yang sebahagian besarnya berasal daripada wilayah selatan India yang pada suatu ketika dahulu adalah wilayah kekuasaan Chola. Adakah sikap samseng mereka yang suka membuat kekacauuan dan tetak-menetak ini berasal dari leluhur mereka dari zaman Chola?
Wallah hu a’lam.
Copy and paste:
28 Oktober 2021 / 21 Rabiulawal 1443H: 12.30 pm

No comments: