~ Artikel salinan : #WindaA
17 November 2019
Kenapa Kerajaan Islam Melayu dahulu tumbang?
"Orang Melayu ini seperti Buah Manggis", kata Pahlawan Mat Kilau (1969).
Jika dilihat Sejarah Kerajaan Islam Melayu dari Zaman Kesultanan Kedah Tua, Kerajaan Melayu Melaka, Kerajaan Acheh, Johor-Riau-Lingga-Pahang atau Kerajaan Mataram di Jawa sekali pun, Kerajaan tersebut tumbang bukanlah disebabkan Kekuatan Armada Tentera Penjajah ...
Kerajaan tersebut tumbang kerana "Senjata Makan Tuan" iaitu Budaya Menikam dari Belakang yang masih diamalkan orang Melayu sehingga kini.
Budaya "Api dalam Sekam" yang menular dalam Pemerintahan Melayu akhirnya menjadi "Musuh Dalam Selimut" yang masih sukar dibendung.
Lihat sahaja kekalahan Dol Said di Naning pada tahun 1831.
[Rujuk Kisah Perang Naning 1 & 2]
Dol Said Dikhianati Oleh Pengikutnya Yang Berpaling Tadah Kepada Penjajah Setelah Diberi Ganjaran Beberapa Keping Wang Emas.
Dol Said bukanlah calang-calang orangnya, bukan sahaja hebat dari segi Kepahlawanannya bertarung dengan Musuh ... tetapi juga ketinggian Ilmu Kerohanian Agamanya.
Beliau tewas bukanlah disebabkan Penjajah atau Musuh itu lebih hebat ketika berperang, tetapi tewas disebabkan wujudnya orang-orang yang seBangsa dan seAgama yang menjadi "Talam Dua Muka" dan sanggup berpaling tadah terhadap perjuangan mereka sendiri.
Demikian juga masalah yang dihadapi oleh Dato` Bahaman Orang Kaya Semantan, Mat Kilau dan Tok Gajah Imam Rasu yang pernah di serang Penjajah di Tembeling hingga dikatakan terpaksa berundur ke sempadan Siam.
Mereka berundur bukan kerana takut pada Penjajah tetapi berundur kerana tidak mahu lebih ramai rakan-rakan yang menjadi korban akibat pengkhianatan Orang Melayu itu sendiri.
Mat Kilau dikhianati segelintir Orang Melayu yang memberitahu Penjajah pegerakan dan tempat persembunyian Mat Kilau di Tembeling, Jerantut dan tempat persembunyiannya di beberapa Kubu penting hingga beliau terpaksa berlindung dengan Tok Ku Paloh di Terengganu.
Semasa kemunculan Mat Kilau pada tahun 1969, beliau pernah ditanya oleh beberapa kenalan termasuk dari Guru Silat kami sendiri yang pernah berjumpa dan berhadapan dengannya.
Antara Soalan yang ditanyakan kepada Allahyarham Mat Kilau semasa hayatnya, adalah tentang Perjuangan Melayu menentang Penjajah.
Mat Kilau menjawab, "Orang Melayu ini seperti Buah Manggis, Di luarnya Hitam, Di Dalamnya Putih".
Bermaksud, "Orang Melayu ini semangatnya hanya meluap-luap, semangatnya pada Zahirnya sahaja. Sedangkan Batinnya masih Lembut".
Katanya lagi, "Buah Manggis juga bergetah, Sama seperti Buah Bacang, Sayangnya Buah Manggis tidak BerBisa seperti Buah Bacang yang kalau ia disentuh boleh menyebab kan kulit menjadi kudis".
Ia bermaksud luahan hati Allahyarham Mat Kilau ketika itu, yang kecewa dengan Bangsa Melayu di zamannya yang mudah ditakutkan atau tidak berani melawan apabila terancam, hanya segelintir dari mereka sahaja yang sanggup berjuang hingga sanggup meninggalkan keluarga, harta benda, pangkat kekayaan dan gelaran serta kampung halaman untuk berjuang menentang Penjajah.
Allahyarham Mat Kilau semasa hayatnya juga menjawab Orang Melayu juga ibarat, "Buntut Buah Manggis. Kalau Buah Bunganya Kembang Lima, Maka Isinya juga Lima, Kalau Bunganya Kembang Enam, Isinya juga Enam".
Maksudnya, Orang Melayu di zamannya tidak dapat Menahan dan Menyimpan Rahsia-rahsia penting mengenai Strategi Perjuangan Sulit mereka.
Inilah sebabnya Bangsa Melayu di zamannya, "Gagal Menentang Penjajah".
Kesimpulannya, jatuhnya Kerajaan Islam Melayu itu sendiri atas Faktor:
~ Kezaliman Diri Mereka Sendiri;
~ Budaya Rasuah; Dapat Ganjaran Wang Emas, Pangkat dan Harta dan Gelaran Dari Penjajah;
~ Fitnah Budaya Dengki Sesama Sendiri;
~ Pengkhianatan; Tikam Belakang, Rebut Jawatan Pembesar.
Kesemuanya itu disebabkan Lemahnya Akidah mereka untuk memperjuangkan Pengorbanan Harta Benda, Nyawa dan Negara.
Bukan sahaja di Tanah Melayu sendiri tetapi juga di Era atau Zaman Khulafa Al Rasyidin, Umaiyah, Abbasiyah hingga Uthmaniah juga terkena Penyakit yang sama.
Persoalannya Wujudkah lagi "Budaya Talam Dua Muka" oleh Bangsa Melayu di zaman Moden ini?
Jawapannya, Ya ! Ia masih tetap wujud !
"Islam Melayu, Melayu Islam"
"Jihadul BilNafsi Jihadul Bimal"
Wabillah billahi, Wassalaamu `alaikum.
Nukilanku #AzemanMan
Editor :
~~~~
Perbuatan KHIANAT bukanlah masalah bangsa Melayu sahaja.
Ia adalah masalah sejagat yang dihadapi oleh semua bangsa di dunia.
PENGKHIANAT tidak pernah di simpan oleh mana-mana pihak yang bersengketa.
PENGKHIANAT LAZIMNYA DIBUNUH SELEPAS MATLAMAT PENJAJAH TERCAPAI.
Copy and paste:
30/10/2021 : 23 Rabiulawal 1443H: 8.40 am
No comments:
Post a Comment