Kapal ni namanya Naga Pelangi II dimiliki oleh Christoph Swoboda , orang German. Ia dibina di Pulau Duyung Terengganu dengan harga rm 4 juta (usd 988,000).
Korang nak tengok bahagian dalam dia,iTu dia Bilik nakhoda,Tanga menuju ke bawah.
Ruang makan .
Tulah hasil tangan tukang kapal Melayu.
Amacam gempak tak.
Gambar ni petik dari fb Christoph Swoboda sendiri.
Dia pernah ajak naik kapal ni masa dia berlabuh di Langkawi beberapa tahun lepas. Tapi tak dapat pi , jauh sangat.
Artikel Naga Pelangi ll
Ceritanya bermula apabila seorang warga German bernama Christoph Swoboda menempah sebuah kapal layar bernama Naga Pelangi I di Pulau Duyong , Terengganu .Ketika itu tukang kapal tersebut ialah Tuan Haji Ali Ngah . Lalu Tuan Haji Ngah bersama kru beliau membina Naga Pelangi I pada tahun 1980 .
Setelah siap dibina Christoph Swoboda bersama keluarganya telah belayar mengelilingi dunia dan akhirnya sampai dan berlabuh semula di Kuala Terengganu pada tahun 2000. Setibanya di Terengganu beliau ingin bertemu semula dengan Tuan Haji Ali Ngah, malangnya Haji Ali Ngah telah meninggal dunia. Chrisoph Swoboda sangat bersedih kerana tidak sempat menceritakan kepada Tuan Hj Ali Ngah tentang kehebatan dan ketahanan kapal Naga Pelangi I .
Christoph Swoboda telah mengambil keputusan menjual Naga Pelangi I dan seterusnya menempah kapal layar baru iaitu Naga Pelangi II . Kali ini ia akan dibina oleh Ayah Chik Hassan ia itu pewaris yang merupakan anak kepada Tuan Haji Ali Ngah sendiri.
Ayah Chik Hassan mula membina Naga Pelangi II pada tahun 2003 yang saiznya dua kali ganda lebih besar dari Naga Pelangi I, dan akhirnya siap dalam tempoh 3 tahun dengan harga RM4 juta.
Seterusnya Christoph Swoboda dan keluarga belayar semula dengan Naga Pelagi II mengelilingi dunia.
Begitulah ceritanya. Seorang warga German sendiri kagum dengan teknologi pembinaan kapal tradisional Melayu , malangnya jutawan jutawan kita langsung tidak berminat kepada khazanah warizan bangsa yang tidak ternilai harganya.
Adakah kita sanggup membiarkan warisan teknologi Melayu silam ini berkubur di Tanah airnya sendiri? Sama sama kita fikirkan demi memelihara warisan bangsa .
Diharap akan ada hartawan hartawan Melayu atau pihak kerajaan yang tampil berusaha menghidupkan semula khazanah warisan Melayu ini untuk dipusakakan kepada generasi akan datang.
Adalah sangat diharapkan pihak kerajaan berusaha membina semula kapal MENDAM BERAHI , kapal lagenda yang menjadi kenderaan raja raja Melaka di zaman silam. Ia bukan sahaja sekadar mengenang sejarah , tetapi lebih penting dari itu ialah memelihara teknologi pembinaan kapal tradisional Melayu agar tidak pupus ditelan arus kemodenan. Biarlah ia terus hidup untuk 1000 tahun lagi supaya kelak anak cucu kita mengetahui bahawa bangsanya adalah bangsa yang hebat , bukan bangsa merempat yang tidak tahu apa apa.....
Dan saya sangat pasti MENDAM BERAHI juga sehebat ini, atau lebih hebat dari ini
C&P: 27 OKTOBER 2021 / 20 RABIULAWAL 1443H: 7.38 AM
No comments:
Post a Comment