Tuesday, 1 June 2021

KENAPA AL QURAN DITURUNKAN DI TANAH ARAB?

Oleh : Daeng Zaddam > ALAM MELAYU MERINDU

Kenapa Al Quran diturunkan di tanah arab kepada bangsa yang nampak ganas, garang dan panas baran?
Kalau tak biasa, orang melayu yang melawat ke negara arab terutamanya Saudi Arabia akan mengalami culture shock.
Orang arab tampak sebagai kasar, ganas, garang dan panas baran.
Itu adalah sunnah orang arab dan kita orang melayu yang terkenal dengan perangai lemah lembut akan selalu terasa seperti di buli.
Cuba lihat persekitaran kawasan antara kota Mekah dan Madinah. Sepanjang perjalanan hanya padang pasir yang kontang, tanah gersang dan bukit bukau berbatu tanpa sebatang pokok.
Bagaimanakah bangsa arab boleh mendiami kawasan ini beribu tahun, dimana siangnya panas dan malamnya sejuk.
Dengan kehidupan persekitaran begini lah orang arab menjadi satu bangsa yang gagah dimana Allah menganugerah penghormatan kepada mereka untuk membawa panji Islam keseluruh dunia.
Siapa sangka bangsa arab yang berpuak-puak telah disatukan didalam satu barisan oleh Islam?
Siapa sangka bangsa arab yang boleh membunuh anak perempuan mereka dan selalu berperang sesama sendiri dapat mengalahkan bala tentera Rom yang berlipat ganda kekuatannya di Yarmouk?
Pada 15-20 ogos 636 CE Emperor Rom, Heraclius menghantar 150,000 bala tenteranya untuk memerangi tentera Islam pada zaman Khalifah Umar Al Khatab.
Mereka bertemu di kawasan Sungai Yarmouk dimana perbatasan Jordan-Syria-Israel sekarang ini.
Sebelum itu Rasulullah saw pernah menulis surat kepada Maharaja Heraclius kandungannya seperti berikut:
"Bismillahir rahmanir rahiim…
Dari Muhammad, hamba Allah dan utusan-Nya
Kepada Heraclius, raja Romawi Salaamun ‘ala manit-taba’al huda, amma ba’du (keselamatan bagi yang mengikuti petunjuk, selanjutnya)
Saya mengajak Anda dengan seruan Islam. Masuklah Islam, niscaya Anda akan selamat. Allah akan memberikan pahala kepada-Mu dua kali.
Jika Anda berpaling (tidak menerima) maka Anda menanggung semua dosa kaum Arisiyin.
Katakanlah, “Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah”.
Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)”. (QS. Ali Imran: 64)".
Maharaja Heraclius tidak mengendahkan surat Rasulullah saw malah merancang untuk menghancurkan pengaruh Islam.
Tentera Rom seramai 150,000 orang terdiri dari bangsa Franks, Georgians, Slavs, Armenian dan kristian arab, dipimpin oleh Commander Vahan dan Jabalah ibnu Al Aiham seorang arab kristian.
(Sehingga sekarang bangsa Armenia tidak berbaik dengan Turkey dan semasa saya ke bandar Anis, perbatasan Turkey-Armenia masih ditutup).
Khalid Al Walid, Abu Ubaidah Al Jarrah, Amr ibn Al As, Yazid Abi Sufian dan Abd Rahman Abi Bakar mengetuai 25,000 tentera islam.
Tentera Rom sebelum ini memang terkenal dengan taktik peperangan mereka yang hebat dan kebanyakan tentera mereka adalah mercenaries (tentera upahan).
Di Yarmouk tentera pengempur utama Rom barisan hadapan di rantai kaki mereka agar mereka tidak boleh berundur dan berjuang sehingga ke akhir hayat.
Begitulah kesungguhan Maharaja Heraclius mahu mengalahkan tentera Khalid Ibnu Al Walid dan membenteras penyebaran Islam.
Apabila Khalifah Umar Al Khatab mendapat khabar tentera Rom berjumlah 6 kali ganda besar kekuatan dari tentera islam, beliau telah mengistihar jihad dan 6000 sukarelawan bertolak ke Yarmouk.
Ianya termasuk 100 veteran peperangan Badr, 1000 sahabah rasulullah termasuk 3 sahabah yang telah dijanjikan syurga.
Yang termuda adalah Abdrehman ibnu Khalid berumor 20 (anak Khalid Ibnu Walid) dan Ammar ibnu Yasir adalah paling berumor iaitu 70 tahun.
Kontingen 6000 sukarelawan termasuk juga isteri-isteri sahabah yang mengekori di belakang. Mereka membaca syair jikalau tentera Islam tewas sudah tentu isteri-isteri sahabah akan menjadi hamba kepada tentera Rom. Ini membakar lagi semangat tentera Islam.
Kisah peperangan selama 4 hari itu boleh dibaca secara terperinci dalam banyak buku sejarah dan akhirnya pada 20 Ogos 636 tentera Islam telah dapat mengalahkan tentera Rom dengan kebijaksanaan taktik dan maneuvering yang dilakukan oleh Khalid Ibnu Walid menggunakan light horse brigade (mobile guard), iaitu pasukan berkuda mobile yang pantas untuk ‘outflanked’ kedudukan musuh.
Kemenangan ini ibarat seperti sebuah pasukan bolasepak dengan dua pemain mengalahkan pasukan dengan sebelas pemain. Subhanallah.
Dengan kekalahan di Yarmouk, Heraclius telah berpindah dari Antioch ke Constantinople dan memperkukuhkan kubu disana sehingga tumbang kerajaan Byzantin Rom pada 29 mei 1453 oleh Sultan Muhammad Al Fatih.
Ini lah salah satu sebab mengapa Al Quran diturunkan ditanah arab kepada bangsa yang nampak ganas, garang dan panas baran. Merekalah yang membawa panji panji Islam ke serata dunia.
(Jadi, janganlah berasa hati dengan sifat orang arab yang nampak kasar kerana itu adalah tabiee mereka).
Setelah empat tahun rasulullah saw wafat, bangsa arab telah boleh mengalahkan tentera yang terkuat di dunia pada masa itu.
Boleh kah agaknya orang melayu yang terkenal dengan sifat sopan santun, suka berkiasan, menikam dengan berpantun dan berperangai lemah lembut ditugaskan membawa panji panji Islam seperti bangsa arab?
Ingat tak bagaimana mudahnya Alfonso de Albuquerque dengan beberapa buah bahtera perang portugis mengalahkan Melaka yang terkenal dengan pahlawan Hang Tuah dan Hang Jebat pada tahun 1511?
Mungkinkah sifat kita perlu lebih berkurang ajar?
Quo Vadis bangsa ku.
Hayati puisi Usman Awang ini:
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah muallaf bertakrif Melayu
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh di cari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturahim hati yang murni
Maaf diungkap sentiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa disambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran
Bagaimanakah Melayu abad kedua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka.
Allahuallam
Catatan oleh:
Ir Haji Zainuddin Bin Haji Omar
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
FB: zainuddin omar

Repost oleh #daengzaddam

C&P: 1/6/2021 @ 20 SYAWAL 1442H: 5.23 AM 


No comments: