Monday, 8 February 2021

PENGETAHUAN AM – PINGAT KEBERANIAN

 Di Malaysia terdapat 5 pangkat dalam darjah-darjah Gagah Perkasa iaitu:

1.Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.) – dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan keberanian luar biasa.
• Konstable Polis Veloo a/l Rajavelu adalah penerima pertama S.P pada tahun 1963 atas keberaniannya mempetaruhkan nyawanya memerangi kegiatan lanun di Klang.
• Satu-satunya orang awam penerima S.P ialah Abdul Jalil bin Ibrahim, Asst. General Manager Bumiputra Finance Berhad yang dibunuh di Hong Kong pada tahun 1983 ketika menyiasat kes Skandal BMF.
2. Panglima Gagah Berani (P.G.B) - dikurniakan kepada mereka yang telah menunjukkan kegagahan dan keberanian yang luar biasa ketika berhadapan dengan musuh
• Mengikut renjervalour blogspot, penerima pertama P.G.B ialah Sgt. Chong Yong Chin dari Batalion Pertama Rejimen Persekutuan. Penanugerah keberanian Sgt Chong YC telah diluluskan oleh DYMM SPB YDP Agong yang pertama pada 1957, walaupun beliau hanya menerima Pingat PGB secara rasminya pada 5 Ogos 1965. Beliau dikurniakan pingat keberanian atas keberaniannya memimpin platunnya menentang pengganas komunis ketika darurat sebelum merdeka.
• Menurut Wikipedia penerima pertama PGB ialah Lt Abdul Rahman Khamis dari Rejimen Askar Melayu Di Raja…
3. Jasa Perkasa Persekutuan (J.P.P) - dikurniakan kepada mereka yang telah menunjukkan kegagahan dan keberanian yang luar biasa di luar medan peperangan
4. Pingat Tentera Udara (P.T.U) - dikurniakan kepada anggota Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kerana keperwiraan atau taat setia yang teristimewa ketika menjalankan kewajipan penerbangan dalam masa operasi ataupun tidak.
5. Kepujian Peruntukan Keberanian (K.P.K) - dikurniakan kepada anggota Angkatan Tentera dan Pasukan Polis Malaysia yang telah menunjukkan atau melakukan sesuatu yang dianggap gagah berani tetapi tindakan itu tidaklah sebegitu tinggi untuk membolehkan mereka dikurniakan pingat.
Catatan :
1. PW1 Kanang anak Langkau dari Rejimen Renjer Di Raja adalah satu-satunya penerima 2 pingat Gagah perkasa iaitu Pingat S.P dan Pingat P.G.B.
2. Selain daripada Pingat Keberanian yang dikurnikan oleh Kerajaan Malaysia, ada juga Rakyat Malaysia yang telah menerima Pingat Keberanian dari Kerajaan British terutama ketika Perang Dunia Kedua, Darurat dan Konfrantasi. Antaranya ialah:
a. CPOSM Abdul Kadir bin Said dari Malay Navy yang menerima Pingat DISTINGUISHED SERVICE MEDAL (DSM) dari Kerajaan British atas keberaniannya semasa berkhidmat dengan Kapal British HMS Kudat menentang Tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua.
b. BRITISH EMPIRE MEDAL – PW 2 Gon a/k Senada, PW 2 Jimba a/k Layang dan Linkan a/k Kasau, ketiga-tiganya dari Sarawak Rangers yang menerima BEM dari Kerajaan British semasa Konfrontasi.
d. S/Lt Mohd Zain bin Hussein dari Malay Navy menerima MEMBER OF BRITISH EMPIRE semasa Perang Dunia Kedua.
e. Tracker Awang a/k Rawang – iban Tracker dengan Worcestershire Regiment, British Army menerima Pingat GEORGE CROSS dari Kerajaan British semasa Darurat pada 1951.
f. GEORGE MEDAL (BRITISH) – L/Kpl Abd Rahman Awang dari 4 RAMD (Darurat), Goh Chin Hee (PDRM) ketika Darurat, Kpl. Manggong ak Pingit dari Sarawak Rangers ketika Darurat dan Sybil Kathigesu seorang jururawat dari Ipoh yang menerima GM ketika Perang Dunia Kedua.
g. 2 anggota Malay Navy menerima Pingat PACIFIC STAR ketika perang Dunia Kedua iaitu ABSM Ramli bin Mohd Said dan POSM Johari bin Md Amin.
h. Lain-lain pingat yang diterima anak Malaysia ialah MILITARY CROSS (BRITISH) dan MILITARY MEDAL (BRITISH), kedua pingat ini yang paling ramai penerimanya dari Rakyat Malaysia semasa Perang Dunia kedua, Darurat dan Konfrontasi…..

Post on my FB : 8 February 2019
Copy and paste: 8 February 2021 @ 26 Jamadilakhir 1442H: 7.07 am

No comments: