Wednesday, 10 February 2021

BUAH KURMA @ TAMAR

Buah kurma atau dalam Bahasa Arabnya adalah tamar, kaya dengan berbagai khasiat. Terdapat 1,400 jenis kurma di seluruh dunia. Jika diperhatikan, pokok kurma seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma kaya dengan protein, serat gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti kalsium, besi, sodium dan potasium.

Kurma juga merupakan makanan utama Baginda Rasulullah s.a.w. Selalunya menjelang Ramadhan, buah ini sudah tentu menjadi pilihan utama kepada umat-umat islam yang berpuasa. Kita disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 13 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau terawih. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya, makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat yang menyebabkan kita cepat rasa mengantuk.
Kurma diangkat tinggi oleh Rasuluallah saw kerana mempunyai nilai kandungan khasiat yang tinggi. Kandungan serat yang terdapat di dalam kurma adalah 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa dan lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus protein. Ini menunjukkan kandungan gula di dalam buah kurma telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap oleh tubuh berlaku serta-merta. Sebaliknya, gula di dalam kebanyakan buah-buahan yang dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus ke dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap oleh tubuh sebagai tenaga.
Kurma yang dimakan tanpa membuang kulitnya amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana kulitnya mengandungi serat yang boleh melawaskan. Kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurunkan sedikit pada peringkat tamar. Selain itu, ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellent source atau sumber mujarab. Di dalam susu, yogurt juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya hanya sedikit sahaja.
Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksid di dalam tubuh atau memudaratkan. Sebaliknya, ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami :
• sembelit
• lemah otot
• sengal-sengal badan
• letih dan lesu
• mengalami tekanan
• menguatkan ingatan
Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan. Sebenarnya kurma juga setanding dan mampu untuk menguatkan ingatan.
Ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam gula, mampu untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Begitu juga dalam rawatan kaedah sufism, menjadikan kurma salah satu penawar penyakit.
Kurma juga boleh dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini. Sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, salai atau kering, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus untuk menjadikannya rasa lebih enak. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
Antara khasiat lain kurma:
• Tamr (kurma kering) berfungsi untuk menguatkan sel-sel usus dan dapat membantu melancarkan saluran kencing kerana mengandungi serabut-serabut yang bertugas mengontrol laju gerak usus.
• Kurma mengandung antioksidan yang dikenal sebagai tanin. Tanin diketahui bersifat anti-infeksi, anti-inflamasi dan anti-hemoragik.
• Buah kurma kaya dengan zat garam mineral yang menetralisasi asam, seperti Kalsium dan Potasium. Buah kurma adalah makanan terbaik untuk menetralisasi zat asam yang ada pada perut karena meninggalkan sisa yang mampu menetralisasi asam setelah dikunyah dan dicerna yang timbul akibat mengkonsumsi protein seperti ikan dan telur.
• Buah kurma yang direbus dapat memperlancar saluran kencing.
• Buah kurma Ajwah dapat digunakan sebagai alat ruqyah dan mencegah dari ganguan jin.
• Buah kurma mengandung vitamin A yang baik dimana ia dapat memelihara kelembaban dan kejelian mata, menguatkan penglihatan, pertumbuhan tulang, metabolisme lemak, kekebalan terhadap infeksi, kesehatan kulit serta menenangkan sel-sel saraf.
• Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.
• Kalium dalam kurma adalah komponen penting dari sel dan cairan tubuh yang membantu mengendalikan denyut jantung dan tekanan darah, sehingga memberikan perlindungan terhadap penyakit jantung koroner dan stroke.
• Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
• Kurma sangat dianjurkan sebagai hidangan untuk berbuka puasa. Ada hal yang sudah ditetapkan dalam bidang kedokteran bahwa gula dan air merupakan zat yang pertama kali dibutuhkan orang berpuasa setelah melalui masa menahan makan dan minum.

Posted @ FB : 10 February 2013
Reposted : 10 February 2021 : 7.21 am

No comments: