Thursday, 14 January 2021

Negara Lain Manfaatkan Tokoh Melayu Legenda Sebagai Kuasa Sejarah Masing-Masing

SUMBER: FB SRIKANDI

Ramai anak-anak Melayu di Malaysia tidak perasan bahawa tahun lepas (2019), dua negara di Asia Tenggara telah bangkit memartabatkan dua tokoh Melayu legenda dalam karya agung Melayu, Sulalatus Salatin dengan membina tugu yang mengenang sumbangan tokoh-tokoh Melayu tersebut dalam sejarah negara masing-masing.
Di Singapura; tugu Sang Nila Utama, Tan Tock Seng, Munshi Abdullah dan Naraina Pillai didedahkan kepada umum sebagai tanda pengiktirafan komuniti pelbagai kaum yang telah membentuk Singapura selama ini.
"More than 700 years ago, this Srivijayan prince from Palembang was said to have arrived on the white sandy shore of Temasek. Encouraged by the vision of a lion as a good omen, Sang Nila Utama established the kingdom of Singapura, the Lion City, and it became a thriving maritime emporium.
***
These personalities are but a fraction of the huge cast of contributors in Singapore's 700-year journey..."
(Singapore Bicentennial Office)
Sang Nila Utama, adalah tokoh di dalam Sulalatus Salatin, yang menurunkan keturunan raja-raja Singapura Purba dan Kesultanan Melaka.
Manakala di Indonesia, tepatnya di Pulau Bintan, telah ditegakkan tugu Hang Tuah, laksamana legenda seluruh Alam Melayu Nusantara.
“Patung Hang Tuah terlihat gagah perkasa lengkap dengan keris Taming Sari kebesarannya, persis seperti penggambaran akan kesaktriaan Laksamana Hang Tuah tersebut di masa kejayaannya."
(Abdul Wahab Kamis, Group General Manager PT BRC)
Kebangkitan negara-negara ini dalam mengangkat tokoh sejarah Melayu tempatan adalah satu petunjuk baru kepada persiapan menghadapi cabaran masa depan. Persiapan untuk menjadi kuasa ekonomi dan teknologi serantau.
Bukanlah perihal tugu yang difokuskan, tetapi inisiatif dan minat negara-negara itu dengan tokoh Melayu legenda ini begitu penting dan menarik sekali. Tanpa tugu pun, ada pelbagai cara lain boleh ditunjukkan oleh Malaysia bagi memberitahu dunia bahawa kita ada tokoh-tokoh hebat dalam khazanah sejarah sendiri yang menyumbang kepada sejarah dan khazanah dunia. Kita tidak boleh berdiam diri hanya melongo, melihat saja negara-negara lain memanfaatkan apa jua kekayaan dalam karya-karya agung Melayu. Thailand pun kini berusaha untuk menjadikan rekabentuk keris-keris Patani sebagai 'keris Thailand'.
Sejarah, adalah alat yang amat berkuasa untuk memperkasa sumber manusia. Setiap negara di dunia masing-masing akan menggunakan apa yang ada dalam tangan mereka dari segi khazanah sejarah bagi membangunkan peradaban masing-masing.
Terutamanya Singapura, yang kini berusaha keras untuk keluar dari garismasa Stamford Raffles dan zaman kolonial British dengan memanjangkan sejarah Singapura sejauh Kerajaan Singapura Purba yang hanya disebut secara terperinci dalam karya agung Melayu, Sulalatus Salatin.
Di negara lain, aset-aset budaya dan sejarah di dalam Sulalatus Salatin ini benar-benar diambil serius, malah dijadikan senjata 'soft power' manakala di Malaysia, ada 'bijakpandai' dan para pengikutnya memitosdongengkan terus karya agung ini, direndah-rendahkannya dan disia-siakan.
~Srikandi
kekuatan dari sejarah

Copy and paste:
14/1/2021: 2 Jamadilakhir 1442H: 10.31 pm

No comments: