Wednesday, 20 January 2021

Lautan Teduh


Oleh Srikandi

Berapa ramai anak Melayu yang tahu nama lautan yang terletak di antara Benua Amerika dan Benua Asia dalam istilah bahasa sendiri?
Jika ditanya lokasi lautan ini mungkin jawapan yang akan didengar adalah: Lautan Pasifik.
Tidaklah salah, cuma kita ada istilah dalam bahasa Melayu sendiri, yang mana bukanlah bergantung kepada istilah bahasa asing yang diserap sepenuhnya ke dalam bahasa Melayu. 'Pacific'...tukar c jadi s, tukar c jadi k maka jadilah 'Pasifik'.
Bertuahnya, kita memang ada nama lautan tersebut dalam bahasa sendiri.
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat:
[lau.tan] | لاءوتن
Definisi : 1. laut yg besar (luas): tidurlah jangan ingatkan orang yg jauh di seberang ~; L~Teduh lautan di antara Amerika dgn Asia dan Australia, Lautan Pasifik; 2. kumpulan sesuatu yg sangat banyak: ~ api; ~ air mata; ~ padi kawasan padi yg luas;
Jadi, kita secara rasminya memang telah pun ada nama lautan ini dalam bahasa Melayu. Tercatat dalam Kamus Dewan pun. Nama Lautan Teduh ini pula cukup mudah disebut dengan 2 sukukata sahaja berbanding 'Pacific' dengan 3 sukukata.
Tidaklah nanti sembang bangsa Melayu bangsa pelayar, bangsa pelaut handal, bangsa hebat mengurus perdagangan maritim, bangsa tersohor di Selat Melaka bla...bla... bila ditanya nama laut besar di antara Alam Melayu dan pulau-pulau orang Maori sampai Hawaii dan Rapa Nui tu...jem! Tak tahu la pulak.... bila dijawab 'Pasifik'...eh itu nama omputeh bagi. Kau tak ada bahasa sendiri kah? Kata tadi bangsa pelayar bagai. Ah, sudah...termanggu-manggulah garu-garu kepala yang tak gatal tu.
Ini samalah macam kes 'Laut China Selatan'. Ape ke hei negeri China nun jauh kat atas tu, boleh laut dia sampai menyentuh Pantai Timur semenanjung. Orang Kelantan, Terengganu bagai jejak air pantai dah dikira jejak laut selatan negeri China. Amende...
Jadi, dalam hantaran sebelum ni, Srikandi dah kongsikan nama lamanya mengikut apa yang nenek moyang kita dahulu khabarkan kepada para pengembara Arab dahulukala sampai dicatat dalam karya-karya abad ke-9 Masehi, iaitu Laut Melayu.
Bila orang tanya ini laut apa dalam sejarah kamu? Kalian dah tahu apa jawapannya, tak payah lagi ikut skema jawapan penjajah Eropah yang bagi nama tu.
Kelak Negeri China nak buat 'magic' tuntut perairan tu pakai nama 'Laut China Selatan', kita dah ada bukti nama sendiri. Tidaklah kita kalah sebelum berjuang. Barulah namanya berpantang maut sebelum ajal.
~Srikandi

my history is immortal

Copy and paste: 20/1/2021 @ 7 Jamadilakhir 1442H: 4.56 am 

No comments: