Saturday, 23 January 2021

AMRU BIN SABIT - MASUK SYURGA WALAUPUN TAK PERNAH SOLAT

SUMBER DARI FACEBOOK

Walaupun sudah beberapa tahun Rasulullah mengajak beliau untuk memeluk agama Islam, beliau tetap enggan.
Entah mengapa, pada hari Uhud itu, ketika Rasulullah SAW dan para sahabat sedang dalam misi menentang para kuffar, hidayah datang menyapa hati beliau.
Segera diambilnya pedang & tombak, lalu bergegas ke medan tempur Uhud bersama kudanya. Beliau berjuang habis-habisan. Akhirnya beliau terkena serangan yang banyak. 
Namun, para sahabat yang lain masih belum tahu bahawa beliau ini sudah menjadi saudara baru mereka. Mereka sempat bertemu dengannya sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.
"Kerana apa kau datang ke sini? Demi kaummu atau kecintaanmu kepada Islam?"
Jawab beliau dengan yakin:
"Kerana kecintaanku kepada Islam. Aku telah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan aku telah masuk Islam. Aku mengambil pedangku, lalu aku maju bersama Rasulullah dan aku berperang hingga aku terluka seperti ini."
Sebelum menghembuskan nafas terakhir, beliau berwasiat:
"Jika aku mati, maka hartaku aku serahkan kepada Muhammad yang dapat digunakannya sesuai dengan kehendaknya".
Apabila Rasulullah mendengar kisah ini, baginda berkata:
"Sesungguhnya beliau benar-benar termasuk penghuni syurga!"
MashaAllah Tabarakallah. Belum pun sempat sehari bergelar Muslim, ternyata beliau sudah menempah tiketnya ke syurga Allah.
Itulah dia kisah seorang pemuda yang belum sempat bersujud walaupun satu kali, tetapi telah dijamin syurga. Beliau kekal bahagia selama-lamanya di sana.
Jika nak dibandingkan, tentulah jumlah solat kita yang lahir-lahir sudah berstatus orang Islam ini jauh lebih banyak daripada beliau. Tapi ternyata, yang dihitung Allah adalah keikhlasan hati & pengorbanan yang sedia beliau lakukan.
Ilmu, umur, tempoh kita masuk Islam, itu semuanya tidak sepenting hati yang ikhlas, mahukan perubahan & sedia berkorban.
Akhirnya yang dihitung Allah adalah penghujung hidup kita. Andai hari ini kita baru mula bertaubat, ketahuilah, kita belum terlambat!
Tercatatlah satu lagi sirah dalam dunia Islam, iaitu perang Uhud. Hari berganti hari, Abu Hurairah RA yang banyak mengetahui kisah-kisah Rasulullah ini sengaja menguji sahabat-sahabatnya yang lain:
"Ceritakan kepadaku mengenai kisah seseorang yang masuk syurga padahal belum pernah solat sekali pun sepanjang hidupnya."
Ternyata para sahabat tidak ada yang mengetahui. Mereka kembali bertanya:
"Siapakah dia?"
Abu Hurairah menjawab:
"Usoirim dari Bani Abdul Asyhal."
رضي الله عنهم
Radhiyallahu anhum.
Semoga Allah meredhai semua jasa & perjuangan beliau & para sahabat yang lain. Semoga kita juga dapat mengikuti jejak langkah beliau.

Usoirim, atau nama sebenarnya Amru bin Tasbit, termasuk 70 muslimin yang syahid ketika peperangan Uhud. Diabadikan jasadnya di kawasan perkuburan Uhud ini.
Bukit-bukit besar di belakang itu adalah Bukit Uhud.

Uwais Madinah
Malaysian in Medina.
Copy and paste:
23 Januari 2021 @ 11 Jamadilakhir 1442H: 11.06 pm

No comments: