Thursday, 7 January 2021

7 RAHSIA ISTIGHFAR

SUMBER: FB AL-QURAN DAN HADIS

Istighfar adalah memohon ampun kepada Allah dengan kalimat, "Astaghfirullaahal'aziim" atau dengan kalimat lain yang semakna
Permohonan ampun ini dilakukan dengan hati yang tulus dan disusuli dengan penyesalan atas kesalahan yang telah diperbuat serta bertekad untuk tidak mengulanginya
Inilah 7 Rahsia Istighfar
1 : MENDATANGKAN KEAMPUNAN ALLAH
Sehingga aku berkata (kepada mereka): "Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun."
Nuh 71:10

2 : MENGATASI KESULITAN DAN TERBUKANYA PINTU REZEKI
"Barangsiapa beristighfar secara rutin, pasti Allah memberinya jalan keluar dalam kesempitan dan memberi rezeki yang tiada terhingga padanya."
Hadis Riwayat Abu Daud

3 : MENAMBAH KEKUATAN
"Wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!"
Hud 11:52

4 : MEMPEROLEH BANYAK KENIKMATAN
"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu,"
Hud 11:3

5 : TURUNNYA RAHMAT
"Alangkah baiknya kalau kamu memohon ampun kepada Allah supaya kamu diberi rahmat."
An-Naml 27:46

6 : SEBAGAI PENUTUP MAJLIS
"Barangsiapa yang duduk dalam satu majlis (perkumpulan orang) lalu di dalamnya banyak perkataan sia-sia atau (perdebatan) kemudian sebelum ia bangkit dari majlis membaca (Istighfar):
"Subhaanakallahumma wa bihamdika asyhadu allaa ilaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaih"
Maksudnya, "Maha suci Engkau Ya Allah, dan aku memujiMu dan aku bersaksi bahawa tiada Allah melainkan Engkau, aku memohon ampun dan bertaubat kepadaMu.
Maka ia akan diampuni kesalahan-kesalahan yang diperbuatnya selama di majlis itu.
Hadis Riwayat Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Hibban, Abu Daud dan Al-Hakim

7 : TERHINDAR DARI AZAB ALLAH
"Dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun)."
Al-Anfaal 8:33

Copy and paste:
7/1/2021: 23 Jamadilawal 1442H: 9.50 am

No comments: