Thursday, 9 July 2020

Matahari sudah terbit dari barat?

Kredit : Su Han Wen Shu : FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)

Ini adalah contoh kerosakan yang Imran Nazar Hosein ke lapangan ilmu.
Di sini, anda melihat bahawa Imran Nazar Hosein menyatakan pendapatnya bahawa matahari terbit dari barat bererti kebangkitan ilmu sains dan teknologi dari negara-negara barat.
Hujjahnya adalah:
لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ۚ
"Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah."
[Surah Rum, ayat 30]
Maka dengan ini, dia menghuraikan bahawa apabila berlaku percanggahan antara ayat Al-Quran dan hadith,maka diwajibkan mendahulukan Al-Quran, kerana Al-Quran telah menyatakan bahawa ciptaan Allah tidak akan berubah, manakala hadith menyatakan bahawa matahari akan terbit dari barat.
Oleh itu ada percanggahan di antara ayat Al-Quran dan hadith di sini.
Soalnya: benarkah tafsiran Imran Nazar Hosein terhadap ayat tersebut?
Mari kita lihat apakah tafsiran Para Ulama terhadap ayat berkenaan:
Imam Bukhari mengatakan sehubungan dengan makna firman-Nya:
"Tidak ada perubahan pada fitrah Allah.
(Surah Rum: ayat 30)
Iaitu agama Allah; fitrah orang-orang dahulu artinya agama orang-orang dahulu, agama dan fitrah maksudnya ialah Islam:
حَدَّثَنَا عَبْدَانُ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ، أَخْبَرَنَا يُونُسُ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، أَخْبَرَنِي أَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "مَا مِنْ مَوْلُودٍ يُولَدُ إِلَّا عَلَى الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانه أَوْ يُنَصِّرانه أَوْ يُمَجسانه، كَمَا تَنْتِج الْبَهِيمَةُ بَهِيمَةً جَمْعاء، هَلْ تُحِسُّونَ فِيهَا مِنْ جَدْعَاءَ"؟ ثُمَّ يَقُولُ: {فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ}
Telah menceritakan kepada kami Abdan, telah menceritakan kepada kami Abdullah, telah menceritakan kepada kami Yunus, dari Az-Zuhri, telah menceritakan kepadaku Abu Salamah ibnu Abdur Rahman, bahwa Abu Hurairah r.a. pernah mengatakan bahwa Rasulullah S.A.W telah bersabda:
"Tidak ada seorang bayi pun yang dilahirkan melainkan atas dasar fitrah, maka kedua ibu-bapanya yang menjadikannya seorang Yahudi, atau Nasrani atau Majusi.
Sama keadaannya dengan haiwan ternakan yang melahirkan anaknya dalam keadaan sempurna, maka apakah kalian melihat adanya kecacatan pada anak haiwan itu.
Setelah itu Nabi Saw. membacakan firman Allah Swt.:
"(tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus;
«Surah Rum: ayat 30»
[Sahih Bukhari, 4402]
Maka dengan itu adalah amat jelas bahawa maksud خَلْقِ اللَّه yang Imran Nazar Hosein petik bukanlah bererti ciptaan Allah, ianya merujuk kepada fitrah Allah, di mana setiap bayi akan lahir dalam keadaan fitrah Allah (agama Islam).
Maka dengan itu, kita lihat bahawa Imran Nazar Hosein telah tersilap dengan mentafsirkan ayat Al-Quran, tanpa merujuk kepada hadith, walhal Rasulullah S.A.W sendiri yang tafsir ayat Al-Quran ini.
Setelah kita menjelaskan kesalahan tafsir yang Imran Nazar Hosein lakukan tentang Surah Rum, ayat 30;
Mari kita lihat hadith tentang terbitnya matahari dari barat; adakah ianya kejadian yang majaz (metafora) atau hakiki?
Mari kita lihat hadith ini:
عَنْ أَبِي ذَرٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَبِي ذَرٍّ حِينَ غَرَبَتْ الشَّمْسُ أَتَدْرِي أَيْنَ تَذْهَبُ قُلْتُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ فَإِنَّهَا تَذْهَبُ حَتَّى تَسْجُدَ تَحْتَ الْعَرْشِ فَتَسْتَأْذِنَ فَيُؤْذَنُ لَهَا وَيُوشِكُ أَنْ تَسْجُدَ فَلَا يُقْبَلَ مِنْهَا وَتَسْتَأْذِنَ فَلَا يُؤْذَنَ لَهَا يُقَالُ لَهَا ارْجِعِي مِنْ حَيْثُ جِئْتِ فَتَطْلُعُ مِنْ مَغْرِبِهَا فَذَلِكَ قَوْلُهُ تَعَالَى { وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ }
Daripada Abu Dzar:
Nabi S.A.W. berkata kepada Abu Dzar ketika matahari sedang terbenam:
"Tahukah kamu kemana matahari itu pergi?".
Aku jawab;
"Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu".
Baginda bersabda:
"Sesungguhnya ia (matahari) akan terus pergi dan bersujud di bawah Arasy lalu ia minta izin kemudian diizinkan dan sehinggalah dia minta agar terus saja bersujud, namun tidak diperkenankan dan minta izin namun tidak diizinkan dan dikatakan kepadanya:
"Kembalilah ke tempat asal kamu datang".
Maka matahari itu terbit (keluar) dari tempat terbenamnya tadi".
Begitulah sebagaimana firman Allah dalam Surah Yasin ayat 38 yang bermaksud:
(Dan matahari berjalan pada tempat peredarannya (orbitnya).
Demikianlah itu ketetapan Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui) ".
[Sahih Bukhari, 2960]
Maka dengan ini kita dapat lihat, bahawa terbitnya matahari dari barat merupakan satu tanda kiamat yang hakiki, bukan majaz.
Dan apabila terbitnya matahari dari barat, tidak berguna bertaubat dan beriman setelah itu:
"‏ إِنَّ مِنْ قِبَلِ مَغْرِبِ الشَّمْسِ بَابًا مَفْتُوحًا عَرْضُهُ سَبْعُونَ سَنَةً فَلاَ يَزَالُ ذَلِكَ الْبَابُ مَفْتُوحًا لِلتَّوْبَةِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ نَحْوِهِ فَإِذَا طَلَعَتْ مِنْ نَحْوِهِ لَمْ يَنْفَعْ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا ‏"‏ ‏.‏
Rasulullah S.A.W bersabda:
"Di sebelah barat wujudnya sebuah pintu (tempat terbenamnya matahari), yang luasnya adalah 70 tahun perjalanan. Pintu itu akan terus terbuka untuk menerima taubat sehinggalah matahari bangkit dari arahnya (matahari timbul dari barat).
Maka bila matahari terbit dari sebelah barat, maka tidaklah bermanfaat iman seseorang kepada dirinya, yang sementara dia tidak beriman sebelumnya, atau dia berusaha sebaik-baiknya dalam beriman. "
[Sunan Ibn Majah, 4070]
Jika kita mengikut ta'wilan dari Imran Hosein, maka tiada lagi taubat kita hari ini yang diterima, kerana "matahari sudah terbit dari barat" mengikut ta'wilan batil ini.
Hakikatnya, matahari belum terbit dari barat, dan Insya Allah, taubat kita semua masih diterima, sentiasalah bertaubat sehingga kematian menjemput kita.
Semoga Allah menjauhkan kita daripada mentafsirkan ayat Al-Quran dan hadith mengikut hawa nafsu kita.
Wallahualam.
Copy and paste: 9 Julai 2020 / 17 Zulkaedah 1441H: 5.41 pm

No comments: