Thursday, 9 July 2020

HADIS ADALAH WAHYU ALLAH

Ustazah Suriani Sudi
(Petikan dari : Majalah Manhaj 1436H)

Mengapa perlu mengikut hadis nabi?
Kerana hadis juga adalah wahyu seperti Al Quran. 

Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Najm : 3-4)
"Dan id tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya."

APAKAH ITU HADIS SAHIH?
Hadis Sahih adalah hadis yang cukup padanya lima syarat utama:

1. Ia diriwayat oleh perawi yang adil. Perawi yang ilmu ulum hadis adalah seorang perawi yang cukup padanya 5 syarat :
  • Perawi mestilah seorang Ialam bermakna perawi yang kafir ditolak periwayatannya. 
  • Perawi mestilah seorang yang telah baligh
  • Perawi mestilah seorang yang berakal kerana seorang yang tidak sempurna akalnya tidak akan sedar akan apa yang diucapkannya.
  • Perawi mestilah seorang yang menjaga maruah. Seorang yang menjaga maruahnya adalah seorang yang berakhlak dan mempunyai sifat malu. Seorang yang memiliki sifat-sifat ini akan sentiasa menjaga adabnya dan agamanya dan sudah tentu tidak akan melakukan pembohongan ke atas hadis Nabi s.a.w. 
  • Perawi bukanlah seorang yang fasiq, iaitu yang sentiasa bergelumang dengan dosa serta tidak merasa bersalah apabila melakukannya.
2. Perawi adalah seorang yang dhabit - perawi yang kuat hafalannya dan tidak melakukan kesilapan dengan apa yang dihafal. Ini sekiranya dia memelihara hadis secara hafalan. Adapun mereka yang memelihara hadis secara penulisan maka hendaklah dipastikan bahawa penulisannya itu terpelihara dari sebarang perubahan. 

3. Sanad atau rantaian perawi mestilah bersambung, maksudnya sanad bersambung ialah setiap perawi mestilah bertemu dengan perawi yang hadis diambil daripadanya. 

4. Hadis yang diriwayatkan tidak bertentangan maksudnya dengan hadis yang diriwayatkan oleh perawi thiqah yang lain. 

5. Tidak ada kecacatan yang merosakkan hadis tersebut - maksudnya ialah kecacatan yang dapat dilihat oleh mereka yang sangat pakar dalam bidang hadis seperti Imam Bukahari dan Imam Daruqutni.

HADIS HASAN
Hadis Hasan pula merupakan hadis yang rendah sedikit tarafnya berbanding hadis Sahih. Hal ini kerana hadis Hasan tidak memenuhi salah satu daripada syarat-syarat Hadis Sahih iaitu didalam sanad tersebut terdapat perawi yang kurang dhabit (kurang ingatan). Di mana perawi hadis sahih mestilah dhabit yang sempurna akan tetapi hadis Hasan dhabitnya kurang sedikit. 

HADIS DAIF
Hadis Daif pula hadis yang tidak mencukupi syarat hadis sahih dan Hasan yang lima. Tidak cukup satu syarat sahaja telah menjadikannya daif. 

Hadis daif pula terbahagia kepada 2 bahagian :
  1. Daif Ringan - disebabkan sanad yang tidak bersambung, terdapat perawi yang tidak dikenali di dalam sanad dan salah seorang perawi mempunyai hafalan yang buruk. 
  2. Daif Berat - antaranya adalah hadis palsu, hadis yang diriwayatkan oleh pendusta, hadis yang diriwayatkan oleh ahli bidaah dan hadis yang terdapat kecacatan padanya. 
HADIS MAUDHU'
Hadis Maudhu' hakikatnya bukanlah hadis Nabi. Ini kerana ia adalah hadis yang  direka-reka yang bukan disebutkan oleh Nabi s.a.w.  akan tetapi pereka hadis telah menyandarkan kata-kata kepada Nabi s.a.w. 

KEDUDUKAN HADIS MAUDHU'
Hadis Maudhu' adalah hadis yang ditolak periwayatannya. Maksudnya ia adalah hadis yang tidak boleh dijadikan hujjah. 
Sesiapa yang meriwayatkan hadis Maudhu' dalam keadaan ia mengetahui bahawa itu adalah hadis maudhu', maka ia berdosa. 
Melainkan ia meriwatkan dengan tujuan untuk pembelajaran dengan syarat ia perlu menjelaskan bahawa itu adalah hadis maudhu'. 

Nabi s.a.w telah memberi amaran agar tidak melakukan penipuan ke asa baginda s.a.w dengan sabdanya, 
"Barangsiapa yang berdusta ke atasku secara sengaja, maka sesungguhnya ia menempah tempat duduknya di dalam neraka."
(Muttafa 'Alaih)

Disalin pada :
9/7/2020 bersamaan 18 Zulkaedah 1441H : 10.13 pm
Haji Zulheimy Maamor

No comments: