Thursday, 30 July 2020

KELEBIHAN KOTA MADINAH ALMUNAWWARAH

Banyak hadith Rasullulah SAW yang menyebut tentang kelebihan dan keutamaan Kota Suci Madinah dan buminya, kelebihan tinggal dan beramal di dalamnya, juga larangan daripada melakukan kejahatan di dalamnya. Di sini akan di sebutkan beberapa hadith mengenai beberapa hukum yang berkaitan dengannya, semoga ia dapat menjadi renungan dan panduan kepada semua.
1- Rasulullah SAW menjadikan Madinah sebagai Tanah Haram dan berdoa untuk keberkatan ahlinya
Maksud hadith :
“Sesungguhnya Ibrahim telah mengharamkan Makkah dan berdoa untuknya dan aku mengharamkan Madinah sepertimana Ibrahim mengharamkan Makkah dan aku berdoa untuk (keberkatan) cupak dan gantangnya sepertimana Ibrahim AS berdoa untuk Makkah.”

Menurut riwayat yang lain : “Ya Allah, jadikanlah berkat Madinah dua kali ganda daripada berkat yang Engkau jadikan bagi Makkah.”
(Hadis Bukhari No.2129,1885.Sahih Muslim No.1360,1369)

Hukum Haram Madinah
Menurut Jumhur ulama’ (Imam Maliki,Syafie dan Ahmad) haram menangkap binatang perburuan dan memotong pokok-pokok yang tumbuh di Madinah . Ini berdasarkan hadith :
Maksudnya : “…dan aku mengharamkan Madinah di antara dua tanah hitamnya , jangan dipotong pokoknya dan jangan ditangkap binatang perburuannya.” (Hadis Muslim No.1362)
Sesiapa yang melakukannya hendaklah meminta ampun dan beristighfar bertaubat kepada Allah dan tidak dikenakan sebarang denda ke atas mereka.
Namun menurut pendapat Ibnu Abi Zi’b,Ibnu Abi Laila dan Ibnu Al-Munzir; dikenakan denda ke atas mereka seperti denda membunuh perburuan atau memotong pokok di tanah haram Makkah.
Pendapat qadim (lama) Imam Syafie dan satu riwayat dari Imam Ahmad pula hukuman ke atas mereka yang melakukannya ialah salab: diambil semua barang yang ada bersamanya kecuali pakaian yang menutupi auratnya sahaja.
(Imam Nawawi,Syarah Sahih Muslim 9/134-139 Al Hafiz Ibnu Hajar)

2- Amaran atau Ancaman Melakukan Kezaliman atau Maksiat di Madinah.
Maksudnya: “Madinah adalah tanah haram , letaknya di antara Bukit E’ir dan Bukit Thur, sesiapa yang melakukan kezaliman (maksiat) di dalamnya, maka ke atasnya laknat Allah ,Malaikat dan manusia seluruhnya dan semua amalan baiknya samada yang wajib atau sunat tidak diterima oleh Allah daripada pada hari kiamat”
(Sahih Al-Bukhari No.6755,1870,Sahih Muslim No.1370) .

3- Kelebihan Bersabar Menanggung Kesusahan Yang Dihadapi Di Madinah
Maksudnya : “Mana-mana individu umatku yang bersabar menanggung kesusahan dan kepayahan di Madinah aku akan memberi syafaat kepadanya pada hari Kiamat atau aku menjadi saksi kepadanya”.
(Sahih Muslim No.1378)

4- Kelebihan Mati Di Madinah
Maksudnya : “Sesiapa yang mampu untuk mati di Madinah hendaklah dilakukannya , sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di Madinah .”
(Dr.Ar-Rifa’i ,Al-Ahadith Al-Waridah Fi Fadhail Madinah ms.264)

Mafhum hadith ini, sesiapa yang boleh tinggal di Madinah sampai mati janganlah keluar darinya, demikianlah juga kalau boleh berdoa biar Allah matikan di Madinah seperti doa Saidina Umar bin Al-Khattab RA:
“Ya Allah rezekikan daku agar mati syahid di jalan Engkau dan jadikan kematianku di negeri Rasul Engkau, SAW.

5- Kelebihan Belajar Di Masjid Nabawi
Maksudnya : “Sesiapa yang memasuki masjid kami untuk mempelajari satu kebaikan atau mengajarnya adalah umpama mujahid di jalan Allah , dan sesiapa yang masuk dengan tujuan lain adalah umpama orang yang melihat kecantikan barang orang lain.”
(Fadhail Madinah ms 510,Al-Albani , Sahih Al-Jami’ As-Soghir No.6184, ahih Sunan Ibnu Majah No.184)

6- Madinah Terpelihara Daripada Ancaman Dajjal dan Wabak Taun
Maksudnya : “Di setiap pintu Madinah terdapat malaikat yang mengawasi wabak taun dan dajjal daripada menyerang Madinah.”(Sahih Al-Bukhari No.1890)
7- Madinah Sebagai Tapak Iman
Maksudnya :”Sesungguhnya iman akan kembali ke Madinah sebagaimana ular kembali ke lubangnya.”
(Sahih Al-Bukhari No.1876,Sahih Muslim No.147)

8- Kelebihan Bersolat Di Masjid Nabawi.
Maksudnya : “Pahala sembahyang di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram.
(Sahih Al-Bukhari No.1190,Sahih Muslim No.1394)

Jumhur Ulama berpendapat : “Semua bangunan tambahan selepas zaman Rasulullah SAW adalah termasuk dalam “Masjidku”. Ini bermakna sesiapa yang bersolat di mana-mana bahagian tersebut tetap akan mendapat ganjaran seribu kali ganda.”
Moga bermanfaat.
Wallahua’lam.
Sumber : fitrahalhajj
Copy and paste: 30 Julai 2020 / 9 Zulhijjah 1441H: 3.29 pm

Wednesday, 29 July 2020

Tiada Bukti India Hindu Asal Di Malaysia!

Kredit : Buletin Istiqomah
SAYA pernah menghadiri Bicara Arkeologi Siri 4/2017 anjuran Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Muzium Arkeologi Lembah Bujang dari Kedah pada 27 Februari 2017.
Hati saya agak terpaut dengan sesi ceramah Dr. Nazaruddin Zainun bertajuk Warisan Hindu-Buddha Di Kedah Tua – Suatu Kritikan. Ceramah beliau lebih kepada penemuan bukti-bukti di sekitar Lembah Bujang setakat ini.
Dan apakah implikasi penemuan ini terhadap pendapat umum tentang warisan Hindu-Buddha di Lembah Bujang dan di empayar Kerajaan Kedah Tua secara amnya.
Dengan mengutarakan tujuh keperluan asas berdasarkan pendapat George Coedes dalam proses Indianisasi sesebuah kerajaan dan masyarakat setempat, Dr. Nazaruddin mengetengahkan bukti-bukti ini.
Beliau turut membincangkannya dan kemudian memberi peluang kepada hadirin untuk membuat kesimpulan peribadi di atas perbincangan tersebut.
Oleh itu, saya terpanggil untuk menulis artikel ini berdasarkan fakta dan juga kritikan peribadi saya dalam membahaskan kebenaran akan kewujudan warisan Hindu-Buddha yang diamalkan oleh penduduk setempat.
Sebelum saya buat kesimpulan itu, apakah fakta terkini tentang Lembah Bujang dan apakah tujuh elemen penting untuk menentukan bahawa sesebuah kerajaan lokal itu mengalami proses Indianisasi menurut Coedes?
Baca: Melayu Pendatang, Malaysia Tanah Air Kaum India
Juga: Konsep Alam Melayu Dari Sudut Sejarah
Elemen pertama yang perlu ada ialah; adakah Kerajaan Kedah Tua itu mengamalkan sistem beraja seperti di India yang menekankan kepada konsep devarāja atau bahasa mudahnya ‘raja itu mewakili tuhan’ atau god-king?
Pertamanya, bagaimana kita hendak melihat interpretasi devarāja di dalam sesebuah kerajaan? Devarāja adalah satu konsep di mana raja itu adalah yang paling agung, tiada yang lebih agung daripadanya di muka bumi.
Iaitu tuhan di bumi. Konsep ini hampir kepada konsep Chakravartin di India seperti terdapatnya binaan monumen pengasas Empayar Maurya (323 – 185 SM) iaitu Chandragupta Maurya yang besar.
Elemen devarāja dapat dilihat dengan jelas di Kompleks Percandian Angkor Wat di Kemboja. Diukir di dinding wat itu ialah susuk Suryavarman II yang lebih besar daripada subjeknya.
Wajah Jayawarman VII juga diukir dengan gah dan besar sekali di Candi Bayon. Ini adalah antara contoh devarāja yang boleh dilihat jelas pada Kerajaan Khmer Angkor.
Adakah bukti devarāja ini dapat dilihat di Lembah Bujang?
TIDAK! Tiada satu pun bukti devarāja yang ada di Lembah Bujang apatah lagi di seluruh Kedah Tua. Maka, kerajaan lokal Kedah Tua TIDAK mengalami Indianisasi.
Elemen kedua yang perlu ada menurut Coedes ialah bukti penerimaan ajaran Hindu-Buddha oleh penduduk lokal. Apakah contoh bukti penerimaan ini? Contoh yang paling mudah ialah Kitab Sang Hyang Kamahayanikan.
Ia ditulis oleh Mpu Shri Sambhara Surya Warama dari Kerajaan Mataram Kuno di Jawa. Kitab suci ini menceritakan tentang ajaran Mahayana dan membicarakan dewa-dewa dalam Mazhab Mahayana.
Sebutan yang terdapat di Candi Borobudur seperti Ruphadatu dan Kamadhatu juga terdapat di dalam kitab ini.
Ini adalah contoh di mana kerajaan lokal itu sudah menyerap kepercayaan dan juga mengamalkan cara hidup Hindu-Buddha. Sinkretisme adalah sesuatu yang perlu untuk dikatakan adanya proses Indianisasi.
Adakah bukti ini terdapat di Lembah Bujang? membicarakan dewa-dewa dalam Mazhab Mahayana.
TIDAK! Tiada satu pun bukti konkrit yang boleh dianggap sebagai mutlak. Yang ditemui di Lembah Bujang hanyalah patung kecil yang dibawa masuk oleh orang luar dari India.
Penemuan arkeologi di Bukit Batu Pahat di Perlis pula lebih bersifat ajaran tantrik atau ritual sahaja.
Elemen ketiga pula ialah adanya adaptasi mitologi purana dalam sastera tempatan.
Epik Mahabhrata dan Ramayana serta kitab-kitab agama rujukan lainnya merupakan asas penting Hindu manakala Buddha pula mempunyai 3 buah kitab utama iaitu Sutta Pițaka, Vinaya Pițaka dan Abhidhamma Pițaka.
Di Indonesia, pujangga-pujangga mereka telah menyadurkan kisah-kisah di dalam kitab di atas ke dalam sastera tempatan. Antara contoh utama ialah watak Petruk, Gareng, Bagong dan Semar dalam sastera lokal.
Bukan di dalam buku sastera sahaja, saya pernah melihat tugu besar Irung Petruk di jalan raya menuju ke Selo dari Boyolali dan patung 4 watak ini tersedia menyambut anda di pintu masuk Taman Wisata Baturaden di Jawa Tengah.
Adakah Lembah Bujang mempunyai bukti penemuan adaptasi purana dalam sastera tempatan?
TIDAK! Hingga kini tiada satu pun penemuan kitab sastera yang menjurus kepada proses Indianisasi ini.
Elemen keempat pula adakah ditemui apa-apa tinggalan prasasti berbahasa Sanskrit di Lembah Bujang?
Di Indonesia, prasasti yang menggunakan Bahasa Sanskrit berhuruf Pallava ditemui Kabupaten Kutai, Kalimantan Timur. Prasasti sekitar 400 Masihi ini dinamakan Prasasti Kutai atau Prasasti Mulawarman.
Ianya menceritakan tentang Raja Mulawarman yang menghadiahkan lembu yang banyak kepada Kaum Brahmana. Satu lagi prasasti menggunakan Bahasa Sanskrit ialah Prasasti Cidanghiyang yang dibuat Kerajaan Tarumanegara di Jawa Barat.
Adakah sebarang prasasti berbahasa Sanskrit ditemui di Lembah Bujang?
TIADA! Walaupun dua prasasti ditemui iaitu Prasasti Cherok Tok Kun dan Prasasti Budhhagupta, namun, kedua-duanya ditolak sebagai bukti kukuh kerana tiada tarikh pada prasasti tersebut.
Elemen kelima, menurut Coedes, proses Indianisasi itu perlu ada bukti penggunaan ‘Kalendar Saka’.
Apakah Kalendar Saka? Kalendar ini menggunakan sistem ‘Candrasengkala’ yang bermaksud ‘Pernyataan Angka Tahun’. Hanya terdapat lima hari di dalam kalendar ini iaitu Legi, Pahing, Pon, Wage dan Klewon.
Antara prasasti yang bertanda tahun saka ialah Prasasti Canggal yang bertarikh 654 saka dan Candi Diyono bertarikh 682 saka. Isi baris Candi Diyono ialah;
‘svasti śaka varṣātīta 682’ yang bermaksud: ‘Kemuliaan di tahun Saka 682 yang telah berlalu.’
Adakah ditemukan sesuatu yang bertarikh Kalendar Saka di Lembah Bujang?
TIADA! Hingga kini tiada ditemukan apa-apa yang bertanda Kalendar Saka.
Elemen keenam pula ialah adaptasi sistem penulisan India. Terdapat 52 buah prasasti berbahasa Melayu Kuno/Sanskrit yang ditemui di Asia Tenggara dengan 29 buah daripadanya menggunakan aksara Pallava.
Manakala 16 buah prasasti menggunakan aksara Jawa Kuno atau Kawi, 4 buah prasasti pula menggunakan aksara rencong dan 3 buah prasasti yang terakhir menggunakan gabungan aksara Pallava, Jawa Kuno dan Arab/Jawi.
Adakah salah satu daripada 52 prasasti ini ditemui di Lembah Bujang?
TIDAK! 52 prasasti… dan satu pun tidak terletak di Lembah Bujang malah tiada prasasti yang berbahasa Sanskrit atau beraksara identifikasi Melayu ditemui.
Elemen ketujuh atau yang terakhir ialah penerapan atau pengaruh Dharmaśāstra (Undang-Undang Hindu-Buddha) dalam urusan kerajaan tempatan kuno. Dharmaśāstra ditulis dalam bentuk puisi.
Ia menerangkan tanggungjawab, tugas dan etika terhadap diri sendiri, keluarga dan juga masyarakat. Undang-undang ini amat penting di Negara India, malah, ia diadaptasi di awal pembentukan negara moden India.
Kerajaan Khmer Angkor adalah salah sebuah kerajaan kuno yang menggunakan Dharmaśāstra ini.
Adakah teks Dharmaśāstra ini ditemui atau ia diguna pakai di Lembah Bujang?
TIDAK! Tiada langsung bukti penggunaan undang-undang ini ada di Kedah Tua.
Tujuh persoalan berdasarkan saranan Coedes sudah ditanya dan kesemuanya langsung TIADA pun di Lembah Bujang.
Apakah kesimpulannya?
Berdasarkan kepada bukti-bukti yang ada sehingga hari ini, penduduk asal dan tempatan di Lembah Bujang dan Kedah Tua TIDAK pernah menganut ajaran Hindu-Buddha.
Penemuan candi-candi purba di Lembah Bujang yang lebih bersifat tantrik dan seni binanya yang mudah adalah jelas tidak menampakkan suatu tamadun yang sudah diindianisasikan pernah terjadi.
Berdasarkan bukti hingga kini, relik dijumpai di situ berkemungkinan besar dibawa masuk oleh pendatang asing yang buat penempatan sementara dan tidak berasimilasi dengan demografi Lembah Bujang, mahupun Kedah Tua.
Oleh itu, ubahlah minda anda! Rantau Asia Tenggara ini bukan semuanya pernah melalui proses Indianisasi. Kedah Tua antara yang tidak melalui proses ini. Sekian.
(Tulisan asal oleh Afzan Yusuf)
Copy and paste: 29 Julai 2020 / 7 Zulhijjah 1441H : 7.34 am

Asal-Usul Nama MALAYSIA dan Apa Maknanya?

Kredit: Tok Raden : FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)

Kita semua tahu bahawa MALAYSIA ialah nama negara kita setelah berlaku percantuman antara 11 negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Sebelum penubuhan Malaysia, kita di Semenanjung Tanah Melayu memanggil negara kita Persekutuan Tanah Melayu. Semasa negara kita merdeka dari British pada tahun 1957, nama negara kita pada masa itu ialah PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.
Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan pada tahun 1948 oleh penjajah British, dengan persetujuan Raja-Raja Melayu dan UMNO(United Malays National Organisation). Sebelum itu, negeri-negeri yang tergabung di dalam Persekutuan Tanah Melayu di panggil negeri-negeri TANAH MELAYU sahaja. Di dalam bahasa Inggeris, negeri-negeri Tanah Melayu dipanggil ‘Malay States’, sementara Persekutuan Tanah Melayu di panggil ‘Federation of Malaya’, atau ‘Malaya’ sahaja.
Persoalannya, bagaimana timbul nama MALAYSIA, iaitu gabungan nama-nama MALAYS dan ‘IA’. Dan kenapa pemimpin-pemimpin kita terdahulu menamakan nama negara kita MALASIA. Apakah dengan pertukaran nama dari Persekutuan Tanah Melayu kepada MALAYSIA, terhapuslah kata asal MELAYU sebagaimana dalam nama Persekutuan Tanah Melayu?
Kalau kita kaji nama-nama negara-negara di dunia, terdapat nama-nama utama negara dunia, iaitu yang berakhir dengan ‘land’ , ‘tan’ dan ‘ia’. Semuanya membawa maksud yang hampir sama, bermaksud ‘tanah’. ‘Land’ ialah dari bahasa Inggeris/Eropah, ‘tan’ dari bahasa Farsi, dan ‘ia’ dari bahasa Latin.
Antara nama-nama berakhir dengan ‘land’ ialah England(Tanah bangsa Angels), Iceland(tanah air batu atau ‘ice’), Scotland(tanah bangsa Scots), Swaziland(tanah bangsa Swazis), Finland(tanah bangsa Finns) dan sebagainya. Tidak lupa juga nama Thailand(tanah bangsa Thai).
Antara nama-nama negara berakhir dengan ‘tan’ ialah Pakistan(tanah suci), Tajikistan(tanah bangsa Tajik), Afghanistan(tanah bangsa Afghan) dan Kirgyztan(tanah bangsa Kysgyz). Lain-lain nama termasuk Baluchistan, Kazakhstan, Turkemanistan.
Hampir separuh nama-nama negara dunia berakhir dengan perkataan ‘ia’. Antaranya termasuk Russia(tanah bangsa Ross), Somalia(tanah bangsa Somali), Algeria(tanah bangsa Algiers), Bolivia(tanah bangsa Bolivars), India(tanah sungai Indus), Columbia(tanah Columbus), Mongolia(tanah bangsa Mongols), Ethiopia(tanah bangsa kulit hitam) dan sebagainya.
Dari paparan di atas, jelaslah nama MALAYSIA adalah versi ‘latinised’ berpangkalkan perkataan MALAYS, ungkapan dalam bahasa Inggeris bagi perkataan MELAYU. Jadi MALAYS-IA bermakna LAND OF THE MALAYS, atau lebih tepat, TANAH BANGSA MELAYU.
#Tanah Melayu

Copy and paste: 29 July 2020 / 7 Zulhijjah 1441H: 7.31 am

ZOMBIE: PENGASAS KERAJAAN ISLAM DI BRAZIL

1. Ganga Zombie atau lebih dikenali sebagai Zombie merupakan pemimpin Muslim Afrika yang mengasaskan negara Islam di Brazil. Beliau memainkan peranan yang besar dalam perjuangan membebaskan hamba di sana. Kisah Komander Zombie bermula dengan penjajahan Portugis di Brazil dan adanya keperluan tenaga kerja untuk membina koloni baru. Portugis mendarat di pantai benua Afrika seperti negara-negara Eropah yang lain untuk mencari para hamba dan memperkudakan mereka sebagai hamba abdi di negara koloni mereka.
SITUASI DUNIA SEBELUM KEBANGKITAN ZOMBIE
2. Afrika merupakan tempat di mana Barat mendapatkan bekalan hamba abdi untuk membina koloni mereka. Hal ini disebabkan Afrika merupakan tanah jajahan yang terbesar yang ditemukan oleh penjajah Eropah. Bilangan hamba abdi Afrika yang dibawa ke Eropah atau Amerika Latin mencapai jumlah beberapa juta orang. Di Brazil sahaja, jumlah hamba abdi dari Afrika yang dibawa semasa tempoh penjajahan Portugis telah mencapai setengah juta orang. Secara umumnya, jumlah mereka di Amerika Latin mencapai tiga belas juta orang. Sebahagian sejarawan pula menganggarkan jumlah mereka lebih daripada itu.
3. Perdagangan hamba berkembang di antara abad ke-16 dan ke-19. Perkara ini berpunca daripada penemuan benua Amerika yang menyebabkan keperluan tenaga buruh meningkat untuk bekerja di ladang kopi, kapas, koko, tebu, lombong emas dan perak, pembinaan bangunan, perkhidmatan domestik dan lain-lain. Tambahan pula, sesetengah hamba Afrika dapat mengajar tuan mereka yang terdiri daripada orang berkulit putih, beberapa kemahiran yang tidak diketahui oleh tuannya, terutamanya dalam bidang pertanian dan pembinaan.
4. Pada masa itu, perdagangan hamba menjadi salah satu elemen ekonomi yang paling penting di Eropah dan Amerika. Kempen memburu hamba tersebar luas di Afrika ditambah pula hubungan perniagaan telah termeterai di antara ejen-ejen Afrika dan para pedagang Eropah. Ejen-ejen Afrika menyerang kampung-kampung, memburu penduduknya dan membawa mereka ke pantai benua Afrika. Di sana, kapal-kapal bangsa Eropah sedang menunggu mereka untuk membuat transaksi pembelian hamba.
5. Mereka dibawa masuk ke dalam perut kapal dengan cara dibelenggu dengan besi. Banyak di antara mereka yang mati sebelum sampai ke destinasi mereka. Bagi yang hidup, mereka hidup dalam keadaan yang sangat tidak berperikemanusiaan, di mana mereka dihalang daripada mendapatkan pendidikan dan rawatan perubatan. Mereka hanya mampu berubat daripada rakan-rakan mereka yang menguasai kaedah rawatan Afrika. Selain itu, mereka dilarang daripada mengamalkan ritual keagamaan. Bahkan, sesetengah dari mereka dipaksa menganut agama Kristian.
6. Kebanyakan dokumen sejarah di muzium-muzium Brazil mengesahkan bahawa kebanyakan orang Afrika yang dibawa sebagai hamba adalah orang Islam dan membaca Al-Quran dalam Bahasa Arab. Para ulama yang ada bersama mereka tetap berjihad mengajarkan ajaran Syariah Islamiah. Pelbagai seksaan ditimpakan ke atas para hamba atas alasan pemberontakan, bahkan kadang-kadang tanpa alasan yang jelas seperti disebat, dibakar, dicederakan sehingga cacat.
7. Disebabkan perlakuan kejam yang dialami oleh mereka, sesetengah hamba mula melarikan diri ke dalam hutan. Mereka berkerjasama untuk membina komuniti mereka sendiri yang dipanggil "Hutan Negro" untuk memberontak terhadap tuan berkulit putih. Banyak pertempuran meletus di antara kaum hamba dan Portugis, di mana seringkali dimenangi oleh tuan berkulit putih disebabkan keupayaan tentera mereka yang lebih besar. Di Palmares yang merupakan salah satu penempatan yang dibina oleh kaum hamba, Ganga Zombie dilahirkan dan dibesarkan yang kemudian mengubahnya sebagai sebuah kerajaan yang bersatu untuk menentang kolonialisme dan sistem perhambaan Portugis.
ZOMBIE PENGASAS NEGARA ISLAM BRAZIL
8. Zombie dilahirkan sebagai orang merdeka di Palmares pada tahun 1655 (terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ahli sejarah mengenai tahun kelahirannya). Bapa saudaranya, Zumba adalah pemimpin di penempatannya pada waktu itu. Dia berperang dengan penjajah Portugis dalam beberapa siri pertempuran yang mana Zombie turut ikut serta bersamanya. Pada akhirnya, Zumba membuat perjanjian dengan Portugis untuk menetapkan pembebasan hamba yang melarikan diri ke Palmares. Sebagai gantinya, Palmares harus tunduk terhadap kuasa Portugis. Zombie yang pada ketika itu masih muda, menolak perjanjian ini dan memimpin kudeta terhadap bapa saudaranya, yang dikatakan mati diracun oleh pengikutnya yang turut menentang perjanjian tersebut.
9. Palmares pada waktu itu mengamalkan ekonomi sistem barter dengan penempatan jiran, terutamanya produk pertanian. Mereka menanam tembakau, kacang, tebu, dan kentang. Mereka juga menternak ayam dan beberapa jenis ternakan, yang kemudiannya mereka menukarnya dengan barangan yang dibuat oleh tetangga mereka. Cukai dikenakan kepada para penduduk bagi mengumpulkan dana untuk tujuan kemasyarakatan. Sistem perundangan dan hukuman dalam kehidupan seharian juga digubal seperti hukuman mati untuk perzinaan dan hukuman mencuri. Mereka menubuhkan sistem ketenteraan yang kuat, terancang, serta mendirikan menara tinggi untuk mempertahankan negeri dari sebarang serangan luar.
10. Zombie memimpin Palmares dan bertempur dengan Portugis selama bertahun-tahun. Dia menyeru ke arah akidah yang benar iaitu agama Islam dan Palmares berada di puncak kegemilangan ketika berada di bawah pemerintahannya. Ajaran Islam berkembang pesat di Brazil kerana dia mendukung usaha menerangi negaranya dengan undang-undang Islam, menggalakkan para ulama untuk berdakwah dalam kalangan mereka dan mengingatkan mereka tentang asal-usul mereka bahawa mereka beragama Islam. Pada ketika ini, dia mengumumkan penubuhan "Negara Islam Brazil".
11. Sejak dari pengisytiharan tersebut, bermulalah pertempuran Zombie melawan Portugis, yang berpanjangan dalam masa yang cukup lama dari tahun 1678 sehingga 1694. Dia mencapai kemenangan yang berterusan dan dia menduduki lebih dari 20 daerah di wilayah Bahia, Brazil lalu menggabungkannya ke dalam negaranya. Serangan yang bertali arus dari tentera Portugis menyebabkan negaranya menjadi lemah, tetapi ia tidak menghalangnya daripada terus memberi penentangan.
12. Ibu kota Zombie itu dinamakan "Makakus" yang bermaksud monyet dalam Bahasa Portugis. Dipercayai bahawa Makakus dinamakan sedemikian kerana penjajah Portugis ingin mengejek Zombie dan para pengikutnya. Hal ini disebabkan sebahagian besar sejarah tentang Zombie dan negaranya, Palmares sampai kepada kita adalah melalui musuh mereka. Makakus sebenarnya dibentengi dengan dinding yang diperbuat daripada tanah lumpur yang dikeringkan yang tebal dan kuat. Setelah bertahan untuk tempoh yang lama, ibu kota pun jatuh setelah menerima serangan meriam yang bertalu-talu dari pihak kolonial.
13. Pada 20 November 1695, Zombie telah ditangkap kerana dikhianati oleh salah seorang pengikutnya yang diancam bunuh jika dia tidak membocorkan lokasi sang komander. Ganga Zombie dibunuh selepas ditangkap, dipenggal kepalanya dan alat kelaminnya dipotong. Tubuhnya yang telah cacat tersebut dilukis dan lukisan itu dipamer di bandar-bandar utama untuk menakut-nakutkan sesiapa yang ingin memberontak terhadap penjajah.
14. Penghapusan semua warga Palmares berlangsung lebih dari dua dekad. Ada yang dibunuh dan ada yang lain dijadikan hamba dan dijual sebagai langkah menghalang percubaan untuk menyatukan mereka lagi. Ini diikuti dengan kempen besar-besaran untuk membiarkan para hamba dalam kelaparan dan dipaksa murtad. Semua dokumen yang berkaitan dengan gerakan penentangan yang diketuai oleh Zombie di Brazil telah dimusnahkan atau hilang, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Justeru, semua angka yang sampai kepada kita adalah sekadar anggaran. Anda mungkin akan melihat nombor dan tarikh yang berbeza dari seorang penulis dengan penulis yang lain akibat kekurangan statistik yang tepat.
15. Revolusi Zombie bukan satu-satunya revolusi dalam sejarah Brazil melawan penjajah yang dilakukan oleh orang Islam. Walau bagaimanapun, nama Zombie menjadi sangat terkenal dek hebatnya penentangannya melawan penjajah dalam tempoh yang lama. Namanya diabadikan sebagai salah seorang tokoh sejarah yang hebat dalam sejarah Brazil, bahkan terdapat banyak filem dibuat mengenai perjuangannya yang ditayangkan di pawagam Brazil.
16. Akhirnya, satu undang-undang digubal untuk mengharamkan sistem perhambaan di Brazil pada tahun 1888 setelah banyak nyawa melayang dan keturunan pahlawan-pahlawan Afrika ini melupakan identiti Islam mereka. Pada 13 Mei setiap tahun, Brazil merayakan Hari Kesedaran Afro-Brazil. Tetapi rakyat Brazil dari keturunan Afrika mendesak untuk merayakannya pada 20 November sebagai memperingati Zombie dan perjuangannya menentang penjajahan dan perhambaan.
Rujukan:
)جهاد الترباني (مائة من عظماء أمة الإسلام غيروا مجرى التاريخ
)خالد رزق تقي الدين( المسلمون في البرازيل ، مدينة "سلفادور" ولاية باهيا، موقع شبكة الألوكة.
)دكتور تي بي إرفنج وإلم درايف إن إي( الملك زومبي وحركة الماليين (المسلمين) في البرازيل، موقع شبكة الألوكة.
)عبد الرحمن ناصر( القصة الحقيقية لـزُومبي: قائد ثورة تحرير العبيد ضد الاستعمار البرتغالي، موقع ساسة بوست.

Disediakan oleh:
Aser Fikar
Penyelidik
Ahlussunnah Wal Jamaah Research Group (ARG)

Copy and paste: 29 Julai 2020 / 7 Zulhijjah 1441H : 7.26 am

DOA ARAFAH

Puasa sunat pada Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf boleh dilakukan oleh umat Islam di Malaysia pada hari Khamis, 30 Julai 2020 Masihi bersamaan 9 Zulhijjah 1441 Hijrah

Assalamualaikum sahabat...
Doa Arafah - Hari Arafah sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:
1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus
2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.
13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu
15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.
19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
27 Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..
28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
32 Ya Allah HAPUSKAN COVID 19 DARI SELURUH DUNIA 🌍 DAN SEMBUHKANLAH MEREKA YANG DIJANGKITI
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin 🤲🤲🤲
Sumber:SuamikuImamkuIsterikuMakmum
Copy and paste: 29/7/2020 @ 7 Zulhijjah 1441H : 7.21 am

KENAPA MASJIDIL HARAM DINAMAKAN HARAM? Assalamualaikum w.b.t

Sumber: Kembara Sahabat Haramain Mekah & Madinah

Assalamualaikum w.b.t
Semoga sahabat sekalian sentiasa berada dalam keredhaan Allah S.W.T…

Kenapa masjidil haram dinamakan haram? Masjidil Haram merupakan sebuah masjid terbesar dimana terdapat kaabah di Kota Mekah yang merupakan tujuan utama dalam ibadah haji.
Masjid ini dibangun mengelilingi kaabah yang menjadi arah kiblat bagi umat Islam dalam mengerjakan ibadah solat.Allah sw.t menjadikan hukum Tanah Haram sama dengan Makkah sebagai memuliakannya.Tanah Haram ini telah diharamkan oleh Allah s.w.t semenjak dijadikan bumi sehingga hari kiamat.

Antara sebab masjid haram dinamakan haram kerana:
1. Haram dimasuki orang kafir.
Allah Ta’ala berfirman dalam surah:
“Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidil haram sesudah tahun ini (iaitu tahun penaklukan kota Mekkah)” (At-Taubah :28)
At-Thabari rahimahullah menafsirkan,
“Janganlah kalian biarkan mereka (orang kafir) mendekati masjidil haram dengan masuk ke kota Mekkah. Maka perhatikanlah larangan kepada mereka memasuki kota Mekkah kerana jika mereka masuk, mereka akan mendekati Masjidil Haram.” (Tafsir At-Thabari 19/141, Muassasah Ar-Risalah, Syamilah)

2. Batas tanah haram
Batas tanah haram yang berlaku semua ketentuan tentang tanah haram itu adalah batas miqat makani sebagaimana yang berlaku buat Jemaah haji. Maka para batas miqat itulah seorang non-muslim tidak boleh masuk lagi ke dalamnya.
3. Ketentuan terkait dengan Wilayah Al-Haram
Selain tidak boleh dimasukki oleh non-muslim, tanah haram di Makkah juga memiliki ketentuan-ketentuan lainnya. Antara lain adalah:
Solat Pahalanya 100 000 kali ganda.
Dari Jabir Radhilallahu’anhu sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda :“Solat di masjidku lebih utama beribu kali (dibandingkan) dengan solat selainnya kecuali di Masjidil Haram. Solat di Masjidilharam lebih utama seratus ribu dibandingkan solat di dalamnya. (HR Ahmad dan Ibnu Majah). Tidak ada larangan untuk melakukan solat pada waktu-waktu tertentu.

Dari Jubair bin Muth’im bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:“Wahai Bani Abdi Manaf, janganlah kalian melarang seorangpun yang akan tawaf mengelilingi tujuh kali sekitar kaabah dan seorang yang akan menunaikan solat pada waktu malam atau siang”(HR Abu Daud dan Nasa’I, dan Tirmidzi dan Ibu Majah dan di shahihkan Al-Albani)
4. Haram membawa senjata
Di Tanah Haram Makkah, haram hukumnya membawa senjata. Sebagaimana Sabda Rasulullah S.A.W.Dari Jabir bin Abdillah radhiualluanhu, ia berkata: Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda :” Tidak diperbolehkan bagi kalian membawa senjata di Makkah”, (HR Muslim)
5. Haram menumpahkan darah (pembunuhan) dan mematahkan tumbuhan.
“….maka sejak itu (negeri Makkah) haram dengan keharaman hingga hari kiamat, duri-durinya tidak boleh dipatahkan, binatang buruannya tidak boleh diusir atau diganggu, barang yang jatuh di Makkah tidak boleh diambil kecuali intuk mencari (pemiliknya), tumbuh-tumbuhannya tidak boleh diteban…”
(HR Bukhari dan Muslim)

Kesimpulannya, tanah yang dimuliakan Allah s.w.t. menjadi satu asbab mengapa rukun haji itu wujud dan di wajibkan ke atas kita.Maka rugi bagi yang tidak dapat hadir ke Tanah Haram padahal dia mampu.Moga kefahaman ini memberi dorongan kepada kita berazam untuk kesana.
Copy and paste: 29 July 2020 / 7 Zulhijjah 1441H: 7.15 am

Monday, 27 July 2020

Pesta Aidilfitri orang Melayu

EddiePutera Portraitist
Pesta Aidilfitri orang Melayu datang lagi.
Pesta ciptaan orang melayu yang amat gah. Hari yang amat keramat bagi orang melayu, dan hari yang menyebabkan gumpalan gumpalan wang orang melayu gugur sebanyak mana juga titisan air mata mereka pada pagi raya.
Hari yang sepatutnya mensucikan diri orang melayu dari sifat sifat buruk dan hanyir ini sudah ditradisikan oleh orang melayu kepada satu hari yang amat penuh dengan onar.

Mana mungkin mereka boleh rasa insaf apabila dalam satu bulan sebelum pesta raya ini, mereka sudah isi perut mereka dengan berbagai warna makanan yang tak pernah mereka mahu makan ketika lain masa. Mana mungkin juga mereka boleh mengaku hero di hari kemenangan kerana mereka sudah awal awal lagi tewas di tangan kedai perabut Ah Seng, kedai asesori kereta Ah Chong, Jakel, Mydin, Tesco dan Seng Hup. Mereka sudah tewas pada hari pertama apabila diumumkan oleh pemegang mohor raja raja bahawa esoknya hari perjuangan bermula untuk berpuasa.
Berpusu pusu mereka ke hotel hotel 5 bintang, ke restoren restoren mewah, ke gerai gerai yang tumbuh macam misai tidak dicukur. Mereka hulurkan tengkuk2 gemuk mereka untuk disembelih dengan tawaran tawaran yang tak masuk akal.Makanlah sepuas hati kamu kata mereka. Bayar sahaja RM65 satu kepala dan isilah perut kamu dengan apa sahaja kamu suka sampai perut kamu bulat macam ikan buntal. Maka diusunglah satu angkatan keluarga dari anak kecil hinggalah yang tua gayut bertongkat untuk beratur di meja meja buffet. Tersengih panjang tokey tokey kedai melihat nafsu mereka. Kata mereka, bila lagi mau mewarnakan bulan yang mulia ini.
Kemudian mereka yang amat sopan pada bulan bulan lain mula bertukar menjadi makhluk yang amat buas beberapa hari menjelang pesta mereka ini. Mereka berdondon dondon penuhi jalanraya. Mahu pulang ke kampung kata mereka. Hari Pesta begini tak mungkin kita mahu duduk di kota. Mereka mesti, wajib, perlu dan tidak boleh tidak untuk tidak pulang. Mereka mesti, wajib, perlu dan tidak boleh tidak untuk tidak mohon maaf pada kaum keluarga. Mati pun tidak apa asalkan musti mahu pulang. Kenapa pada hari pesta ini sahaja mereka rasa itu wajib ? Sedangkan pada 11 bulan yang lain, mereka penuh dengan alasan busy dan tidak ada masa. Mengapa tunggu hari pesta ini untuk mohon maaf pada pak ngah, mak ngah, pak teh, mak teh ? Mengapa pada hari pesta ini wajib untuk kunjungi mereka ? Mengapa 11 bulan yang lain, mereka hanya wajib pergi Mabul, Langkawi, Sunway Lagoon dan Genting Highlands sahaja, tetapi tidak wajib menjenguk Pak Ngah ? Mengapa 11 bulan yang lain mereka penuhi penerbangan Air Asia ker Koh Samui, Beijing dan Jakarta tetapi tidak ke rumah ayah bonda di kampung ? Busy kata mereka. Mengapa meratap menangis hiba dan hingus serta air mata meleleh leleh pada pagi pesta raya, ketika bersalaman mohon maaf, sedangkan 363 hari yang lain haram tidak mahu peduli.
Tidak cukup satu hari, orang melayu sekarang sudah sambung hari Pesta Raya ini kepada 30 hari. Berebut rebut mereka untuk bertanding rumah terbuka siapa lagi hebat. Umpat keji mereka diteruskan di meja meja gossip open house. Tidak boleh tidak jika tidak pergi open house si Ahmad. Walaupun perut sudah kenyang, kita musti pergi juga merempuh 3 benua dari Ampang ke Shah Alam. Nanti kalau Ahamd tidak balas kunjungan datang ke open house mereka, satu tahun dikejinya si Ahmad. Hari minggu selama 4 minggu berturut turut, mereka tidak ada agenda lain tapi balas membalas open house. Minyak kereta habis, jam, anak anak keletihan, mata mengantuk, perut boroi kekenyangan, hati panas di jalanan dan masam muka suami isteri, hanya kerana mahu dan wajib hadir pada jemputan open house.
Inilah Pesta Aidilfitri orang melayu. Hari yang sepatutnya menjadi hari kemenangan, yang pada asalnya dinamakan HARI RAYA AIDILFITRI , sudah dinaik tarafkan sebagai PESTA AIDILFITRI.
Hari yang sepatutnya, kita mandi, pakai baju bersih, ke masjid, dan kemudian pulang menjamu selera tanda kemenangan selepas Ramadhan, kini amat haru celaru serta penuh noda tradisi orang melayu. - Eddie Putera, July 2013
* NaDz
Copy and paste from FB : 27 Julai 2020 / 5 Zulhijjah 1441H : 7.45 am

Rahsia Sujud Di Dalam Solat

Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-
Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat. Bila perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke , menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim…dll.
Paling HEBAT lagi maka dia memeluk Islam…hebat tak kuasa SUJUD?
Sebenarnya:-
1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)


Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:,
Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.

“Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu” ,(HR Muslim)
Firman Allah SWT yang bermaksud:-
” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45)
Dari Sudut Tasawuf
Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.
Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah
( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).

Firman Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).
Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.
Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.
Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.
P/S: Islam itu kan indah.. solat itu sempurnakan dan berikan kebaikan kepada Hambanya zahir dan batin. Bila kita sempurnakan hak Allah (solat) , Dia akan menyempurnakan hak kita sebagai hamba (hikmah dan kebaikan ) Konsep GIVE AND TAKE…
Copy and paste fromFB
27.7.2020 / 5 Zulhijjah 1441H : 7.43 am

Sunday, 26 July 2020

Wukuf di Arafah tentukan sah haji

Zamanuddin Jusoh

Beda Islam pada Nabi Muhammad dan Nabi Sebelumnya

TELAH kita ketahui agama Islam lahir di masa Nabi Muhammad SAW. Namun, pada masa sebelum nabi pun sudah dikenal Islam, hanya bukanlah berbentuk sebagai agama. Lalu, apa bedanya ajaran agama Islam dalam agama-agama terdahulu dengan agama Islam yang diwahyukan kepada Nabi terakhir Muhammad SAW?
Allah SWT berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, ruku’lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan. dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan Jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang Muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, Maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, Maka Dialah Sebaik-baik pelindung dan sebaik- baik penolong,” (QS. Al-Hajj: 77-78).
Ayat al-Quran di atas jelas menunjukkan bahwa keimanan berkaitan dengan ibadah. Ibadah berkaitan dengan perbuatan kebajikan. Perbuatan kebajikan mengharuskan perjuangan di jalan Allah yang telah memilih keimanan bagi orang-orang yang beriman.
Agama Islam adalah agama yang pertama dan yang terakhir, dan Allah yang memberi nama umat Islam sebagai “muslim”. Konsekuensi dari keislamannya itu mewajibkan penganutnya menjalankan ajaran-ajaran-Nya secara utuh agar kelak pada hari kiamat Rasulullah SAW menjadi saksi di hadapan Allah bahwa umatnya telah menerima dan mengamlkan seluruh ajaran itu. Dengan begitu tercapailah kebahagiaan dunia dan akhirat sebagaimana yang dijanjikan-Nya.
Dalam ayat di atas Allah telah menamakan umat Islam “muslimin”, bukan disebut sifatnya saja. Sebab, Islam bagi seorang mukmin adalah sifat, identitas, ilmu pengetahuan dan segala-galanya.
Penganut agama Ibrahim, Ismail, Ishaq, Yaqub, Musa, Isa, semua adalah juga “muslimin” dan agama yang mereka terima adalah Islam, tetapi Islam terbatas pada “sifatnya” saja, tanpa nama dan ilmu pengetahuan.
Arti Islam ialah,
1. Salam – aman – damai
2. Salamah – selamat (dari segala gangguan)
3. Istislam – penyerahan diri secara menyeluruh kepada Allah SWT.

“Islam” akan terus kokoh kuat pada diri seseorang bila itu merupakan sifatnya. Tetapi kalau hanya namanya saja akan mempunyai banyak arti. Misalnya seorang berkata, “Aku melihat bulan.” Seseorang akan terkenang pandangannya kepada bulan yang ada di langit, yang bersinar pada malam hari menerangi bumi dan mengambil cahayanya dari matahari. Mungkin saja orang itu tidak cantik, tetapi diberi nama bulan. Atau sengsara keadaannya diberi nama Said (bahagia). []
Sumber: Anda Bertanya Islam Menjawab/Karya: Prof. Dr. M. Mutawalli as-Sya’rawi/Penerbit: Gema Insani
Copy and paste: 26 July 2020 / 4 Zulhijjah 1441H : 7.30 am

THE FIRST MALAYSIAN TO BE AWARDED "PINGAT GAGAH BERANI"

201161 Sergeant Cheng Eng Chin @ Chong Yong Chin was a member of the 1st Battalion Federation Regiment.
In the operations conducted in 1954/55 the 1st Federation Regiment (1st. Bn. Fed. Regt.) under the command of Lt Col Trevor OBE, the Battalion managed to kill one woman Communist Terrorist. The Enemy was killed at Sungei Bong, Butterworth by a member of No. 8 Platoon, C Company, 1st. Bn. Fed. Regt. The Enemy killed was named Khor Khar Hong, who was 19 years old. In the years 1955/56, the unit was deployed on the borders of Malacca and Muar. Within 24 hours of the operations, 2 Enemy were killed, two were wounded, one later died due to the severity of the wounds, 7 of the Enemy were captured too. On the 26th August 1956, Lau Leo, who was the personal senior assistant to the then the Secretary General of the Malayan Communist Party, Chin Peng and Yeung Kuo was killed by the 1st. Bn. Fed. Regt which at that time was under the command of Lt Col J.H. Law OBE.
In 1956, another Enemy was killed by the members of the 1st. Bn. Fed. Regt. In Operation Latima in the District of Jasin, Malacca. The name of the Enemy was Pang Kong Yee. He was actually wounded by the Police Field Force before being finally killed by the 1st. Bn. Fed. Regt. In that same year another Enemy bearing the name Ah Lau was killed again by the same Regiment. On the 17th July 1957, two Enemy were killed again by the same Regiment in the District of Bahau. The Officers involved in this operation were Lt Low Lai Fook, Lt. Baljit Sing and Lt. Abu Bakar bin Narat. In 1960 1st. Bn. Fed Regt, merged with the 1st Armored Car Regiment to become the 1st Federation Reconnaissance Regiment.
201161 Sergeant Cheng Eng Chin @ Chong Yong Chin was a member of the 1st Battalion Federation Regiment, who participated in all the above mentioned firefights. He displayed extraordinary courage in the face of the Enemy during all these contacts with the Enemy. He was form Gelang Patah in Johor Bahru, Johor. He was born on the 1st December 1930. Sergeant Chong Yong Chin started his Military career on the 17th February 1953. In December of that year he was promoted to a Lance Corporal. In January of 1955 he was promoted to a full Corporal and in November of that same year was promoted to a Sergeant. His fighting skills were legendary.
Throughout his service with the Federation Regiment he participated in numerous battles against the Enemy always displaying his cool leadership and his resolute determination in eliminating the Enemy, he was an exemplary soldier which many found difficult to emulate. His exploits were the talk of his peers, men and Officers of the Regiment. Sergeant Chong Yong Chin was cited for valour by his Officers. He was the first recipient of the Pingat Gagah Berani. The valour award was approved by the first King of Malaya. He received the award on the 5th August 1965, a Thursday at the Dewan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur from the 3rd King of Malaya, His Royal Highness Al-Sultan Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail.
(Resource: RenjerValour Blogspot)


Copy and paste: 26 July 2020 / 4 Zulhijjah 1441H : 7.12 am

Saturday, 25 July 2020

Anda Menyatakan Islam Politik ??

Kredit to: Winda A

Ramai pendakwah hari ini mencampurkan politik dengan Islam, mereka berusaha untuk mendorong orang lain ke arah politik tertentu yang telah wujud dengan nama Islamisme. Orang Islam hari ini mendakwa bahawa mereka ingin menerapkan Syariat Islam melalui saluran politik yang sah hari ini. Mari kita kembali ke awal, membincangkan perkara itu dengan wajar, dan cuba menilai ideologi kumpulan ini mengikut apa yang diajarkan oleh Islam.
Ulama terkenal Abu-Al-Wafa Ibn-Uqail mengatakan “Politik adalah setiap keputusan yang diambil untuk memperbaiki kehidupan orang-orang dan memerangi rasuah, walaupun itu adalah keputusan yang dibuat oleh nabi Muhammad , tetapi tidak pernah diambil dan tidak pernah ada perintah dalam Al-Quran yang merujuk kepadanya. Sesiapa yang mengatakan “ Tidak ada politik kecuali untuk perkara-perkara yang telah ditangani oleh Syariah ??? Ia pasti disalah anggap dan mendakwa bahawa para sahabat itu adalah inovator.
Nabi Muhammad bukanlah seorang ahli politik, ahli kongres, duta besar atau menteri. Nabi tidak pernah memegang jawatan itu. Dia tidak pernah mencari mereka di antara suku Quraisy walaupun mereka semua ada dalam beberapa zaman pada zamannya. Dia tidak pernah memberikan pidato politik mewah sepanjang hidupnya, dan juga tidak pernah mengaku sebagai ahli politik. Ketika dia ditawari oleh orang-orang musyrikin Makkah untuk diisytiharkan sebagai raja mereka sebagai balasan untuk mengetepikan dakwah Islam, dia menolak dan berkata, “Sekiranya mereka meletakkan matahari di telapak tangan kananku dan bulan di sebelah kiriku, aku tidak akan sesekali berhenti memberitakan Islam sehingga aku melihatnya berlaku atau mati ketika mencuba, dan dia berkeras untuk menyebarkan pesanannya dalam menghadapi penganiayaan, penghinaan, boikot sosial, kemiskinan, kelaparan, serangan fizikal yang kejam, dan menjadi sasaran pembunuhan oleh kebanyakan orang Arab. Atas sebab inilah , dia menjadi pendakwah terbaik yang pernah ada.
Setelah 13 tahun berdakwah, nabi berhijrah ke Madinah. Pada masa itu, majoriti masyarakat di sana sudah memeluk Islam. Mereka mempercayainya sebagai utusan dari Maha Pencipta , jadi mereka mematuhinya lebih banyak daripada yang mereka lakukan dengan raja mana pun. Akibatnya, setiap masalah atau keluhan kehidupan duniawi secara automatik diajukan kepada nabi Muhammad Saw. Inilah sebabnya mengapa pada tahap ini kenabiannya mengambil bentuk kedudukan politik. Pada masa itu juga , jumlah orang di Madinah sangat sedikit dan begitu juga dengan keperluan dan masalah mereka. Melalui keikhlasan dan sikap kesopanannya, dia berhasil menangani masalah politik dengan cara demokratik yang mengagumkan pada saat bumi belum mengetahui makna demokrasi, tetapi hanya tahu monarki.
Ketika sahabat Odai Ibn Hatem menceritakan kisah imannya, dia menggambarkan nabi itu dan berkata: Saya melakukan perjalanan untuk menemui nabi di Madinah. Semasa saya tiba, saya dapati dia sedang solat di masjid. Saya masuk dan menyambutnya lalu dia memandang saya dan berkata: Siapa pengembara itu?? Saya menjawab: Odai Ibn Hatem, Lalu Dia bangun menyambut saya dan memegang tangan saya dan mengajak saya terus ke rumahnya. Dalam perjalanan ke sana, seorang wanita lemah yang sangat tua memanggilnya dengan namanya. Dia berhenti dan terus mendengar permintaan wanita itu untuk waktu yang sangat lama. Saya berkata kepada diri sendiri, Saya boleh bersumpah bahawa ini bukan raja. Setelah dia selesai, kami terus berjalan , Ketika kami memasuki rumahnya, dia mengambil bantal yang terbuat dari kulit yang diisi dengan arum, dan menyerahkannya kepada saya dengan berkata : Duduklah di sini , memerhatikan itu satu-satunya bantal yang ada di dalam bilik, maka saya berkata : Tidak, anda duduklah , tetapi dia mengatakan: Tidak, tetapi kamulah yang harus duduk di atasnya, dan nabi duduk di lantai. Melihat ini, saya berkata kepada diri sendiri, Saya bersumpah bahawa dia bukanlah seorang raja. Direkod oleh Ibn Ishaq, Ibn Hisham dan lain-lain
Oleh itu, nabi tidak datang untuk mengajar salah satu ilmu politik yang kita ketahui hari ini, tetapi dia diutus untuk mendidik setiap manusia, sama ada raja, ahli politik, jurutera, doktor, jururawat, saintis, seorang suami, seorang hamba, seorang petani, dan lain-lain, mengenai Pencipta alam semesta ini, dan bagaimana menjadi hamba yang tulus kepadanya, sama ada anda seorang presiden atau petani.
Apa yang sungguh mengagumkan ialah sebilangan orang bukan Islam memahami perkara ini dengan mudah ketika mereka membaca mengenai Islam, sementara sebilangan orang Islam tidak.......
Pemerintahan bukanlah kedudukan yang di inginkan dalam ajaran Nabi
Copy and paste: 25/7/2020 : 3 Zulhijjah 1441H : 4.09 am