Thursday, 6 June 2019

2019 - PERJALANAN KE MELAKA

Sejak ditamatkan kontrak perkhidmatan dengan Yayasan Jantung Malaysia, saya sudah jarang membuat perjalanan, lebih banyak menghabiskan masa di rumah tambah pula selepas menjalani pembedahan Pintasan Jantung (CABG) di Institut Jantung Negara pada 23 Mac 2019 yang lepas. 

Hanya baru-baru ini pada hari raya kedua, saya menumpang kakak saya yang ketiga bersama anaknya berhari raya di Kg. Semin, Lubok Cina, N. Sembilan  iaitu dirumah mertua Abang Sulong ku, dan juga ke rumah menantu kakak saya di Lendu, N. Sembilan. 

Pada pagi 6 Jun 2019 (Hari Raya kedua), kakak saya mengambil saya dan isteri dari rumah kami di Lembah Keramat, Kuala Lumpur untuk meneruskan perjalan ke Lubok Cina , Negeri Sembilan. 

Perjalanan dari Lembah Keramat, KL ke Lubok Cina mengambil masa 1 jam 30 minit sejauh 113 km. melalui Lebuhraya PLUS exit di Pedas Linggi.




Lubok China terletak dalam daerah Alor Gajah, Melaka, bersempadan dengan Negeri Sembilan, kerana itu tidak hairanlah jika penduduk di Lubok China ini menggunakan longhat Negeri Sembilan dalam pertuturan harian mereka. 

Kg. Semin bukanlah asing bagiku kerana ia juga adalah kampong isteri ku Hjh Norziah Ahmad. 
Kedua orang tua ku juga berasal dari Lubok China...arwah Ayah ku dari Kg. Nerambai, Lubok China, NS manakala arwah ibu ku dari Kg. Sungai Siput, Lubok China, Melaka. 


Simpang ke Lubok China dari Pedas Linggi.








Berhari raya di rumah Mertua Abang Sulong di Kg. Semin 

Selesai berhari raya di Kg. Semin, kami bertolak menuju ke Lendu, Melaka iaitu ke rumah Besan Kakak ku. 
Dari Kg Semin ke Lendu hanya 23 km dan mengambil masa perjalanan 30 minit. 




Dalam perjalanan ke Lendu, melalui Rumah arwah Atok isteri ku (anak panah) yang kini disewakan. 

 Bulatan di Lubok China, Sempadan Melaka / NS
  Pekan Lubok China 
Dulu di sini ada sederet rumah kedai... sekarang hanya tinggal satu kedai sahaja...yang lain telah dirobohkan...


Bangunan Pejabat Pos Lubok China ini mengingatkan aku kembali pada tahun 70 an dulu, dimana ketika aku masih di Sekolah Rendah. 
Pernah suatu ketika dulu, ketika aku pulang ke kampung, arwah atok ku (Atok Yasin bin Kidam) membawa ku ke Pejabat Pos ini untuk mengambil wang pencennya sebagai bekas anggota Polis ketika zaman darurat dulu.... kami ke Pekan Lubok China menaiki bas... di Pejabat Pos inilah arwah Datuk ku dulu ambil duit pencen beliau... yang aku masih ingat, selepas ambil duit pencen, arwah Atok ku belanja makan roti canai dan teh tarik di sebuah warung yang aku pun tak ingat di mana warung itu terletak....




Lendu adalah adalah sebuah pekan di Melaka yang terletak di bawah parlimen Masjid Tanah. 
Disini juga terdapat Universiti Teknologi MARA kampus Alor Gajah, Melaka. 

Selesai berhari raya di Lendu, kami meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur......

No comments: