Monday, 24 June 2019

SIAPA BUNOH MAAROF?

Hari ini aku perasan ramai yang mengerling bila aku berjalan di sekitar ibu negara. Bukan tengok aku, tetapi t-shirt aku. Siapa Bunoh Maarof? Ya, itulah kalimat yang tertera di t-shirt hitam aku hari ini. Aku ada alasan kenapa memakai t-shirt ini. Pada yang tahu, tahulah. Pada yang belum, meh aku story mori sikit kisahnya.

Lama sebelum orang Cina seperti Tan Sri Teh Hong Piow membuka Public Bank, Tan Sri Azman Hashim dengan Arab Malaysiannya dan Tan Sri Rashid Huseein dengan RHBnya, tak ramai tahu yang ada seorang anak Melayu LEBIH AWAL mencipta sejarah apabila mengasaskan sebuah bank pertama di tanah air kita yang dinamakan Malay National Bank.
Maarof, seorang peguam, adalah anak kelahiran Sri Menanti, Negeri Sembilan dan antara kelompok Melayu elit yang mendapat pendidikan Inggeris yang hidup sezaman dengan tokoh pemikir Melayu, Zainal Abidin Ahmad yang digelar Pendeta Zaaba dan nasionalis negara yang juga penulis, Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako.
Bezanya, ketika nasionalis negara dan pemimpin politik sibuk berjuang untuk kemerdekaan, Maarof memilih haluan BERBEZA dengan mengasaskan bank pertama khas untuk orang Melayu yang lokasinya bertempat di Klang Street, di ibu negara.
Niatnya cukup jelas, jika orang Melayu mahu maju dalam politik dan membangun, mereka mesti mempunyai sistem ekonomi yang kuat, satu daripadanya ia melalui sistem perbankan yang sistematik.
Bagaimanapun Maarof telah DICULIK pada 4 Disember 1947 ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur menuju ke rumah ibunya di Seremban, Negeri Sembilan.
Selepas tiga hari diculik, mayatnya ditemui dalam keadaan cukup menyayat hati, digantung pada sebatang pokok dalam hutan, berhampiran Batu 13, Jalan Kuala Lumpur-Bentong, Pahang pada Sabtu, 7 Disember 1947.
Anak beliau yang juga pelakon terkenal tanah air, Allahyarham Datuk Mustapha Maarof sewaktu hayatnya dulu cukup yakin bapanya menjadi mangsa komplot pihak tertentu yang tidak mahu melihat tokoh Melayu bangkit terutama dalam bidang ekonomi kerana penubuhan Malay National Bank itu dilihat bakal menjadi saingan kepada dua bank di Tanah Melayu ketika itu, The Chartered Bank milik British dan bank milik China iaitu Overseas Chinese Banking Corporation (OCBC).
Keluarganya percaya pihak yang cemburu dengan langkah berani Maarof mengambil tindakan drastik dengan menculik dan membunuh Maarof.
Sampai sekarang misteri pembunuhan Maarof tidak terjawab. Dan kalau korang biasa pergi ke Bangsar, pasti akan melalui Jalan Maarof dan itulah latarbelakang pemilik nama tersebut.
Tak lama lagi genap 70 tahun pembunuhan itu berlaku, dan aku takkan malu malah bangga dengan tshirt yang aku pakai hari ni.
Mengapa tidak?
Copy and paste from Facebook
24 June 2019: 10.35 am

No comments: