Saturday, 8 June 2019

REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA (RAMD)

ASKAR MELAYU
Saya bukan bekas Rejimen Askar Melayu DiRaja, Saya juga bukan bekas Tentera Darat. Saya adalah bekas pegawai Yang Di tauliahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ke dalam Tentera Udara Diraja Malaysia. Hari ini tergerak Pula hati kecil saya untuk menulis mengenai Rejimen Askar Melayu DiRaja.
Sejarah ketenteraan di Malaysia bermula sejak abad ke-15 iaitu zaman Kerajaan Melayu Melaka lagi. Lahirnya pahlawan-pahlawan Melayu yang menjadi tunjang utama dalam organisasi ketenteraan.


Demi memastikan Tanah Melayu mempunyai sebuah pasukan bersenjata yang dianggotaioleh anak watan di sebabkan sultan dan pembesar Melayu tidak begitu senang dan yakin terhadap kehadiran anggota bersenjata asing yang memelihara kedaulatan dan keselamatan negara, dan pada mulanya British tidak mengambil serius dengan cadangan tersebut dan akhirnya terpaksa akur dengan kehendak para sultan dan pembesar Melayu. Rejimen ini pada awal telah menggabungkan beberapa unsur tradisi yang wujud dalam masyarakat Melayu seperti pemakaian songkok, sampin dan penggunaan tulisan jawi pada lencana yang menjadi lambang kegagahan dan keberanian. Cogan kata Taat Setia yang menjadi moto turut menggambarkan sifat serta pegangan hidup masyarakat Melayu.

Berikut adalah cabutan sejarah ringkas mengenai penubuhan Rejimen Askar Melayu sehingga negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957:
Pada tahun 1902, Raja-Raja Melayu terutamanya Sultan Alang Iskandar Shah (Sultan Perak), Tuanku Muhamad Ibni Yam Tuan Antah (Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan), Raja Chulan (Kerabat DiRaja Perak) dan Dato Abdullah Haji Dahan (Undang Luak Rembau) telah menggesa Kerajaan Kolonial British di Malaya untuk menubuhkan satu rejimen tentera yang dianggotai oleh orang-orang Melayu tempatan.
Setelah 30 tahun kemudian, pada 23 November 1932, Jabatan Perang British memberikan persetujuan untuk penubuhan satu pasukan Askar Melayu sebagai satu rejimen tempatan dalam Angkatan Tentera British (Rejimen ini dilatih dan diurus oleh Rejimen Tentera British Malaya). Pada 23 Januari 1933, Majlis Perundingan Persekutuan (Federal Consultative Council) telah meluluskan Akta No. 11 yang dikenali dengan nama Akta Rejimen Askar Melayu dan meluluskan peruntukan $70,000 bagi pembelian Kong Sang Rubber Estate di Port Dickson untuk tapak bagi kegunaan sebagai Pusat Latihan Rekrut Askar Melayu.
Pasukan Askar Melayu bermula dengan penubuhan Kompeni Percubaan Pertama (1st Experimental Company) pada tahun 1933 dan merupakan titik permulaan pasukan tentera anak watan di Tanah Melayu.
Pada 1 Februari 1933, seramai 25 orang anak Melayu daripada 100 orang calon telah dipilih sebagai “sesuai untuk diambil menjadi rekrut” di dalam pasukan Askar Melayu. Pasukan Askar Melayu ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1933 di Haig Lines, Port Dickson, Negeri Sembilan. Pasukan ini dikira sebagai percubaan kerana pada peringkat itu, ia bertujuan untuk menilai kesesuaian orang-orang melayu sebagai anggota tentera, dan bagaimana mereka dapat menyesuaikan diri dengan disiplin tentera.
Pada 1 Januari 1935, atas kesungguhan anak-anak Melayu, Kompeni Percubaan Askar Melayu ditukarkan menjadi Rejimen Askar Melayu dengan kekuatan permulaan seramai 150 orang anggota. Pengambilan anggota-anggota baru dipercepatkan. Dengan penambahan 232 orang anggota baru, dua Kompeni tempur telah ditubuhkan, dengan satu pasukan Ibu Pejabat sebagai elemen perintah, dan dikuatkan dengan platun bantuan dilengakan dengan mesingan Vickers, satu seksyen Semboyan dan satu unit tambur.
Pada 1 Januari 1938, Batalion Pertama Askar melayu (1 Melayu) mempunyai kekuatan 17 pegawai british dan 6 Pegawai Melayu, 11 Pegawai Waran dan 759 Pegawai Tak Bertauliah dan anggota Lain-Lain Pangkat.
Pasukan telah dianugerahkan panji-panji Rejimen Pertama pada 12 Feb 1939 oleh Sir Henry Gurney di Taiping, Perak.
Pada bulan Mac 1941, Gabenor Negeri-Negeri Selat memberikan kuasa untuk menambah kekuatan Rejimen Askar Melayu menjadi dua battalion. Batalion Ke-2 Askar Melayu ditubuhkan pada 1 Disember 1941. 1 Melayu dan 2 Melayu bersama-sama battalion Ke-2 Loyal Regiment (North Lancashire) diletakkan di bawah pemerintahan 1st Malaya Infantry Brigade. Briged ini akan memainkan peranan besar dalam mempertahankan Tanah Melayu semasa penjajahan Jepun.
Semasa Perang Dunia ke Dua, seramai 152 anggota Melayu (termasuk 7 pegawai Melayu) Rejimen Askar Melayu bersama 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban di Malaya dan Singapura.
Tiga minggu sebelum Merdeka, pada 5 Ogos 1957, Raja2 Melayu telah membuat 7 wasiat. Salah satu dari wasiat itu (wasiat no.3) adalah mengenai Askar Melayu. Wasiat INI berbunyi:
"Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara"
Apabila Merdeka pada 31 Ogos 1957, maka ujudlah Perlembagaan Persekutuan. Askar Melayu Di catit dalam Perlembagaan Persekutuan Di bawah Perkara 8. KESAMARATAAN:
(1) Semua orang adalah sama rata di sisi Undang-Undang Dan berhak mendapat perlindungan Yang Sama rata di sisi Undang-Undang.
(5) Perkara ini tidak menidaksahkan atau melarang -

(f) apa-apa peruntukan Yang mengehad pengambilan masuk tentera ke dalam Rejimen Askar Melayu kepada orang Melayu.

Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan pula memperuntukkan: "Yang Di Pertuan Agong hendaklah menjadi Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan."
Perkara 137(1) perlembagaan persekutuan menyebut:
"Maka hendaklah ada suatu Majlis Angkatan Tentera yang hendaklah bertanggongjawab do bawa kuasa am Yang Di Pertuan Agong bagi Pemerintahan, Tatatertib Dan Pentadbiran Angkatan Tentera, Dan segala perkara lain Yang berhubungan dengannya selain perkara Yang berhubungan dengan penggunaan Angkatan Tentera bagi maksud operasi."
Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan menyebut:
"Yang Di Pertuan Agong berkuasa memberi ampun, tunda hukumdan legs hukum berkenaan dengan segala kesalahan Yang telah dibicarakan oleh Mahkamah tentera ..."
Maka jelaslah Askar Melayu hanya dianggotai oleh anggota-anggota berketurunan Melayu sahaja, tidak seperti Rejimen Renjer DiRaja dan lain-lain rejimen dalam Tentera Darat Malaysia yang boleh dianggotai oleh anggota dari pelbagai kaum. Askar Melayu DiRaja melambangkan keberanian anak-anak Melayu dalam mempertahankan ketaatsetiaan kepada raja dan negara, menegakkan kesucian agama Islam dan mempertahankan kedaulatan negara dari ancaman musuh.
Rejimen Askar Melayu DiRaja merupakan pasukan terunggul di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Pada kemuncaknya, pasukan ini mempunyai kekuatan sebanyak 27 batalion.Tetapi apabila sudah tiada lagi ancaman dari komunis, maka bermula pada penghujung 1994, Rejiman Askar Melayu Diraja telah dikecilkan menjadi 25 buah batalion sahaja. Akan tetapi selepas terjadinya Krisis pencerobohan Lahad Datu pada 2013, TDM pada bulan Mei 2014 telah mengaktifkan semula batalion ke-26 melalui Kuasa Waran Perjawatan FED(M)/3000/1/14. Batalion ini kini ditempatkan di Kem Kukusan, Tawau, Sabah.


Keamanan yang dimiliki kini tidak berlaku dengan sendirinya. 0anya memerlukan pengorbanan nyawa, pan!aindera,anggota, darah, peluh dan mata wang serta keluarga.

Ramai Di antara rakyat Malaysia kini masih tidak mengingati atau tahu pengorbanan pahlawan pejuang bangasa di mana mereka terpaksa hidup terseksa sewaktu negara ditakluki Tentera Jepun, menghadapi kehidupan sewaktu darurat menentang komunis dan pergaduhan kaum, ketika Indonesia melan!arkan konfrontasi.
Kehidupan selesa yang dimiliki oleh generasi muda kini telah melenyapkan perasaan mereka terhadap pengorbanan tentera-tentera dahulu. Hal ini mungkin terjadi disebabkan oleh pengaruh budaya barat yang telah meresap dalam benak pemikiran anak muda sehingga mereka lalai dan ini menjadi masalah yang besar kepada negara bagi membentuk sebuah masyarakat yang berilmu di mana pembelajaran seharusnya bermula daripada sejarah dan nilai-nilai yang lepas.
Oleh kerana saya mencerita Kan perihal Askar Melayu, saya juga tidak menafikan penglibatan kor -kor lain dalam Tentera Darat Dan juga dalam perkhidmatan TLDM Dan TUDM dalam pengorbanan mereka mempertahankan negara. Penglibatan mereka Yang lain adalah masa Dharurat, konfrontasi Indonesia.
Kesetiaan kepada Raja dan negara adalah prinsip kedua daripada lima prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara yang menjadi ideologi kebangsaan Malaysia. Prinsip ini menekankan kepada rakyat betapa pentingnya kesetiaan yang perlu ada dalam kalangan rakyat terhadap Raja, yang menjadi pemerintah negeri/negara. Amalan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dalam Perlembagaan Malaysia telah meletakkan Seri Paduka Baginda sebagai Kepala Utama Negara. Oleh itu, adalah menjadi tanggung jawab setiap rakyat yang menjadi rakyat/warganegara Malaysia untuk taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada Raja/Sultan yang memerintah negeri tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
Pada saya, Askar Melayu DiRaja adalah benteng terakhir bagi mempertahankan kedaulatan Raja2 Melayu Dan Bangsa Melayu Di Tanah Melayu. Rejimen Askar Melayu hendaklah melatih semua Pegawai Dan Anggota2 mengenai adat istiadat melayu Dan Raja2 Melayu sehingga sebati dengan jiwa mereka hingga ke akhir hayat. Jangan Pula Ada Di antara Mereka Yang menjadi musuh dalam selimut Dan pengkhianat agama, Raja, Bangsa , Dan Negara baik semasa perkhidmatan mahu pun setelah Bersara.
Wallahualam
Mej Mior Rosli TUDM Bersara

10 Jan 2019

Copy and paste: FB Sejarah & Kebudayaan Melayu & Etnik Etnik Lain di Kepulauan Nusantara
8/6/2019 : 3.58 pm

No comments: