Thursday, 27 June 2019

DOA ARAFAH : SEKALI SEPANJANG HAYAT

MAKA BERSUNGGUH-SUNGGUHLAH!
Beberapa tahun sebelum dipanggil menjadi tetamu Allah, tertonton sebuah rancangan televisyen yang dihoskan oleh Ustaz Don. Sangat terkesan.

Menurut beliau, ramai orang membuat persediaan fizikal dan mental termasuk kewangan yang mencukupi sebelum terbang ke Tanah Suci. Namun, ramai yang terlupa bahawa DOA DI ARAFAH juga sesuatu yang perlu dipersiap-siagakan. Malah kemuncak daripada segala doa yang pernah dan akan kita lafazkan selagi hidup.

Sebaik selepas ASAR menjelang tenggelam matahari (maghrib) ALLAH turun ke langit dunia untuk mengkabulkan segala doa dan permintaan hamba-hamba-Nya dan ALLAH bersedia untuk menerima segala taubat hamba-Nya. Tanpa hijab.

Malangnya tempoh masa antara 2 - 3 jam tidak semuanya berusaha untuk memanfaatkannya. Selepas 10 minit atau 20 minit ramai jer yang masuk ke khemah baring-baring, berbual-bual kosong malahan ada yang tergamak menghisap rokok..(Nauzubillahiminzalik).
Maka, saranan beliau (dan Alhamdulillah telah kami praktikkan...) berlatihlah untuk melafazkan doa selengkapnya, sepenuhnya, sekhusyuknya, sehingga berjam-jam - usah biarkan walau sesaatpun waktu itu berlalu tanpa sebarang pengucapan kepada Allah.
Caranya : deraflah DOA ARAFAH sejak dari sekarang. biar berjela-jela panjangnya....mulakan dengan mohon keampunan kepada Allah. Selawat dan salam kepada Rasulullah saw. Puji-pujian sebanyak-banyaknya.... kemudian setiap satu perenggqan khususkan untuk seorang ahli keluarga...bermula dengan ibu...bapa..pasangan hidup...anak-anak-anak-anak...adik beradik...saudara-mara....para sahabat jauh dan dekat....kariah masjid....jiran tetangga..hinggalah kepada para pemimpin negara dan kepimpinan termasuk untuk umat Islam keseluruhannya.
Masya-Allah. Apabila tiba detik itu nanti....tidak terasa 2- 3 jam berlalu. Air mata berlinangan, berjejeran sepanjang-panjang waktu berwukuf. Rasakanlah dan nikmatilah betapa nikmatnya erti khusyuk dan syahdu di ketika itu.
Cari tempat yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu terlindung. Usah berpayung. Kerana pandangan mata biar tembus terus ke langit atas sana.
Dan seboleh mungkin jauhi daripada kumpulan2 tertentu yang memilih untuk mengaminkan sahaja doa yang dipimpin oleh ketuanya....kerana bisa mengganggu kekhusyukan kita.
Dan janganlah jadi seperti seorang rakan jemaah yang terlepas kata : Alah...kita nak doa apa lagi.....minta ampun minta maaf, murah rezeki, sihat tubuh badan dan panjang umur dah le... (NAUZUBILLAHIMINZALIK).
ARAFAH bukan biasa-biasa. Ingat tu !
Semoga bermanfaat buat para bakal Duyufurrahman.
IN-SYA-ALLAH.
Copy and paste from Facebook
27.6.2019: 8.52 pm

No comments: