Monday 3 June 2019

Wahid Satay.

Abdul Wahid bin Haji Ahmad atau lebih dikenali sebagai "A. Wahid" atau "Wahid Satay" merupakan seorang penyanyi dan pelakon filem Melayu Malaysia. Wahid Satay dilahirkan di Indragiri(RIAU-daratan) Indonesia pada tahun 1930 dan pindah ke Singapura pada tahun 1935.
Gelaran Wahid Satay itu diberikan mendiang Loke Wan Tho, pemilik Pertubuhan Cathay dan digunakan sejak beliau berlakon dalam filem Pontianak bersama Maria Menado yang dapat bertahan selama tiga bulan di Panggung Cathay dan memberikan saingan kepada filem Hollywood, Samson and Delilah.
Sewaktu menjadi pelakon filem di Cathay keris, Wahid banyak membintangi filem-filem bercorak lawak jenaka, malah digelar Jerry Lewis Malaya.
Wahid juga berlakon dalam banyak filem seperti filem Pak Pandir, Jula Juli Bintang Tiga, Masuk Angin Keluar Asap, Serangan Orang Minyak dan Cucu Datuk Merah yang dikeluarkan oleh Studio Cathay Keris.
Pada tahun 1958, Wahid berlakon dalam filem Sumpah Orang Minyak sebagai pelakon pembantu. Pada 1959, beliau juga menjadi pelakon pembantu dalam filem Rasa Sayang Eh. Wahid mula memegang peranan utama dalam filem Pak Pandir pada tahun 1960. Pada tahun 1960 juga sebagai pelakon utama dalam filem Che Mamat Parang Tumpul.
Puas hati dengan kelakonannya, beliau dihantar oleh Cathay Keris Film bersama Rose Yatimah, Latifah Omar dan pengarah, Hussein Haniff, ke Pesta Filem Asia ke-10 pada 1963 di Tokyo.
Pada 1961 beliau berlakon dalam filem Sultan Mahmud Mangkat Dijulang memegang watak sebagai awang, dan dalam filem Puteri Gunung Ledang sebagai watak utama pada tahun 1961. Dalam Chelorong Cheloreng (1962) memegang sebagai watak utama. Filem Badang 1962, pelakon utama sebagai Badang. Dalam filem Mabuk Kepayang (1962) sebagai pelakon Utama. Filem Pontianak Gua Musang (1964) memegang sebagai watak utama. Filem Tiga Botak (1965) memegang sebagai watak utama. Filem Naga Tasik Chini (1966) memegang sebagai watak utama. Filem Dua Kali Lima (1966) memegang sebagai watak utama.Filem Mat Tenggek (1979) memegang sebagai watak utama. Filem Tuan Besar (1980) memegang sebagai watak utama sebagai Tuan Wahid. Filem Pontianak Harum Sundal Malam (2004) sebagai artis jemputan, pembesar istana. Filem Senario XX (2005) memegang sebagai pelakon pembantu, watak sebagai tok ketua.
Selain berlakon, Wahid juga berbakat sebagai pelukis dan penyanyi serta pernah mencipta lagu untuk M. Ishak dan Ahmad Jais. Wahid Satay mengarang lagu "Sumpah Setia" untuk rakaman Ahmad Jais & The Antartics di tahun 1967.
Filem Badang merupakan filem terakhir beliau.
Selain berlakon, beliau pernah melakukan pelbagai kerja lain seperti memunggah kelapa ke perahu Bugis yang berlabuh di Sungai Kallang, mencuci pinggan di Satay Club di Beach Road dan menjadi kelasi kapal mengelilingi dunia.
Ketika itu, jika tidak belayar, Wahid menyumbangkan suara dan bermain alat muzik dengan pancaragam Sri Pemuda Harmonian Party.
Wahid kini menetap di di Eunos Crescent, Singapura.
Filemografi
Filem

Pontianak - (1957) - (Pelakon)
Satay - (1958) - (pelakon utama) - watak sebagai (kamil)
Serangan Orang Minyak - (1958) - (pelakon pembantu)
Sumpah Pontianak - (1958) (pelakon utama)
Rasa Sayang Eh - (1959) - (pelakon utama)
Pak Pandir Moden - (1960) - (pelakon utama)
Che Mamat Parang Tumpul - (1960) - (pelakon utama)
Sultan Mahmud Mangkat Dijulang - (1961) - (pelakon tambahan) - watak sebagai (awang)
Puteri Gunung Ledang - (1961) - (pelakon utama)
Seri Mersing - (1961) - (pelakon)
Gado-gado - (1961) - (pelakon utama)
Lela Satria - (1961) - (pelakon utama)
Chelorong Cheloreng - (1962) - (pelakon utama)
Badang - (1962) - (pelakon utama) - watak sebagai (badang)
Mabuk Kepayang - (1962) - (pelakon utama)
Jula Juli Bintang 7 - (1962) - (pelakon utama)
Gila Talak - (1963) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Wahid & Wahab)
Pontianak Gua Musang - (1964) - (pelakon utama)
Muda - (1965) - (pelakon tambahan)
Tiga Botak - (1965) - (pelakon utama)
Naga Tasik Chini - (1966) - (pelakon utama)
Dua Kali Lima - (1966) - (pelakon utama)
Anak Dara - (1966) - (Pelakon)
Mat Tenggek - (1979) - (pelakon utama)
Dendang Perantau - (1979) - (pelakon utama)
Tuan Besar - (1980) - (pelakon utama) - watak sebagai (tuan wahid)
Pontianak Harum Sundal Malam - (2004) - (artis jemputan) - watak sebagai (pembesar istana)
Senario XX - (2005) - (pelakon pembantu) - watak sebagai (tok ketua)

Lagu-lagu
Selamat Tinggal (1967) diiringi oleh The Blue Beats.
Anugerah
Anugerah Oskar Black Gold bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik di Pesta Filem Asia di Manila pada 1963

Pelawak Terbaik dalam Pesta Filem Asia di Taiwan pada 1966.
Anugerah Perdana Emas oleh MediaCorp dalam acara Pesta Perdana 2007

Copy and paste: FB Sedara Mara Melayu Nusantara
3 Jun 2019 : 5.30 am

No comments: