Friday, 28 September 2018

ANTARA SEBAB DOA UMAT ISLAM TIDAK DIMAKBULKAN

Pada zaman Nabi Musa berlaku kemarau yg panjang. Nabi Musa bersama 70 ribu lain umatnya melakukan solat istisqa' iaitu solat memohon agar Allah menurunkan hujan. Tetapi hujan tetap tidak turun. Seperti yang kita ketahui Nabi Musa as digelar dengan Kalimullah kerana boleh berbicara langsung dengan Allah.
Nabi Musa berbicara dengan Allah: "Ya Rabb, Engkau selalu memperkenankan doaku." Lalu Allah menjawab antara kalian itu terdapat seseorang yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat. Sejurus itu bertanya Nabi Musa kepada ummatnya:
"Siapa antara kalian yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat. Diminta meninggalkan tempat ini kerana hujan tidak turun kerana orang ini." .
Orang tersebut berasa bersalah kerana menjadi sebab hujan tidak turun. Maka berbicara dihatinya jika dia bangun meninggalkan tempat itu maka terbukalah didepan khalayak akan aib dirinya yang tersorok selama 40 tahun. Lalu dia pun mohon agar Allah mengampunkan dosanya dan menyesal diatas dosa-dosanya itu.
Tak lama selepas itu, hujan pun mula turun. Nabi Musa as kehairanan. Tiada yang mengaku berbuat dosa 40 Tahun dan tiada yang meninggalkan tempat ini, tetapi Allah menurunkan hujan.
Lalu Nabi Musa bertanya kepada Allah:
"Mengapa Engkau menurunkan hujan wahai Allah?" Lalu, ALLAH menjawab kerana telah bertaubat orang tersebut.
Nabi Musa bertanya kepada Allah: "Bolehkah aku ingin tahu siapakah orangnya itu?" Allah menjawab: "Selama 40 tahun Aku tidak pernah membuka aibnya, adakah Aku akan membuka aibnya setelah dia bertaubat kepadaKu?" .
Perbuatan dosa seseorang boleh membinasakan satu kaum dan taubat yang dilakukan oleh seseorang itu juga dapat menyelamatkan satu kaum dan begitulah Maha Pengasih dan Maha Pengampunnya Allah SWT
FENOMENA BERDOA DI DINDING (WALL) FB
Dalam era ledakan teknologi maklumat kini, sudah menjadi satu trend bagi pengguna laman sosial Facebook untuk meluahkan perasaan masing-masing di wall mereka. Sudah menjadi kelaziman untuk mereka mengungkapkan cinta, memaki hamun, merungut, fitnah, mengumpat dan sebagainya. Sungguh memalukan dan menunjukkan sikap tidak professional mereka yang bertentangan dengan Islam.
Yahudi ada satu dinding setinggi 19m di Jerusalem. Dinding ini digelar ''Western Wall'' iaitu tempat mereka berdoa dan meluah perasaan. Mereka akan menuliskan doa mereka pada sekeping kertas, kemudian kertas itu diselitkan pada celah-celah lubang di dinding itu.
Oleh kerana Mark Zuckerberg seorang Yahudi Iluminati, dia membuat facebook berkonsepkan western wall ini. Sebab itu di facebook ada wallfeeds dimana kita update status kita. Mereka membuatkan kita seperti berdoa kepada tuhan mereka.
Walaupun kita tidak berniat begitu, tetapi itulah hakikatnya.

Tengoklah pada anak-anak muda sekarang, ramai tak bersolat dan tak ingat Allah. Hati anak muda ini telah terpisah dari Islam. Jadi, motif utama yahudi membuatkan anak-anak muda ini ke ke arah tuhan mereka dengan cara berdoa melalui wall facebook. Itulah strategi pertama mereka. Kita tidak terasa apa-apa tetapi itulah cara agama mereka yang kita ikuti,
~UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN, #PRAY & FITNAH DAJJAL
Kapal hilang : #pray4mh370
Kapal kena tembak : #pray4mh17
Gaza diserang : #pray4gaza
Syiria dizolimi : #pray4syiria
Mesir ditindas : #pray4Rabaah
Sabah di serang : #pray4sabah 
Al-Aqsa diruntuhkan: #pray4Aqsa

Macam2 pray sudah kita buat...
Tetapi apa yang ada sebalik 'pray' tu.

1. Arak jual atas kapal, ada mana2 NGO pernah buat bantahan?? Bantah jer kena kata pembangkang.
2. Malaysia nak tubuh negara islam supaya boleh bantu Mesir, Suria, Gaza? Tetap tak mahu.
3. Anak2, adik2, akak2, keluar date, buat dono.
4. Pramugari pakai separuh telanjang,
Pernah buat flashmob di airport?

5. Ulama' dan asatizah berdakwah kembangkan Islam di sabah, perlukan dana, di mana kita?
6. Minta sebut 5 majalah hiburan, Mangga, 360, Macam2 lagi.
Minta sebut 5 kitab2 tauhid, fiqh, macam mana?
Masbuk muafiq pun masih keliru.

Nak berzikir 200 kali setiap pagi & selawat pun susah.. berkira sgt dgn Allah. padahal kalo Allah nk berkira dgn kita, mmg habislah kita semua.
7. Mak, akak, adik tak tutup aurat,
Senyum jer..

Cara kita berpakaian pun takde beza dgn cara pakaian Non - Muslim. Kalau duduk sebelah nampak sama je ''berpakaian tapi telanjang'' 
Orang pun konfius dia ni islam atau non muslim?
Dalam fb bukan main pray.. pray.. pray.. tapi profile pic masyaallah.. dedah sana sini..

Ingat Israel nak takut dengan kita?
Dengan masjid sepi, pusat2 hiburan sesak dgn org Islam..
Umat Islam bercakaran/berpecah belah angkara Politik Democrazy..
Dia gelak saja tengok kita terus mcm ini.
Dia kata kita Muslim Coca cola..
Bila buka buih melimpah.
Tapi sekejap jer lenyap..
Malu kita..

Negara penuh dengan maksiat.
Akhlak runtuh, macam mana Allah nak terima doa kita.
Kita menumpang doa orang2 soleh ja.
Bila orang soleh banyak meninggal,
Bencana kian banyak..
Kalau kita terus macam ini..
Tak mustahil Rakyat Palestine pula

Sudah letih melihat ummah dalam kepura-puraan.
Bukan marah...
Tapi kita harus bangkit...
Biar Islam sebati dengan darah daging kita.

Sila jangan terasa jika sedang berusaha.
Terasalah untuk menjadi lebih baik.

Pesanan untuk diri sendiri, dan semua yang membaca.
Menjadi kewajipan setiap umat Islam untuk saling ingat mengingati antara satu sama lain, supaya umat Islam menjadi kuat dan doa2 kita mustajab.
Hanya satu perkara yg Zionis paling takut, iaitu MASJID penuh setiap waktu solat dan amalkan full sunnah, bersatu padu.. kerana jika ini berlaku, Bantuan Allah pasti akan sampai. Doa2 umat islam akan dimakbulkan Allah swt.
Wallahu a'lam
Barakallahufikum
===================================================================================================================
KESIMPULAN
“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai..” Surah Ali ‘Imran: 103
Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya. (AL A’RAAF 96)
Manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya,mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat,mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar,mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan lebih sesat lagi.(QS: Al-A’raaf 179)
kredit:Nuno
Copy and paste: FB Info Akhir Zaman
28.9.2019: 10.00 am

No comments: