Friday, 21 September 2018

AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR

Kamu adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah
dari yang munkar, dan beriman kepada Allâh.
(QS Ali Imran/3:110)

APAKAH MAKSUD AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR?
Mengajak, menyuruh dan menyeru ke arah kebaikan dan mencegah atau menghalang daripada melakukan perkara-perkara mungkar atau yang ditegah oleh syarak.
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa dikalangan kamu yang berilmu telah melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, supaya tidak dipersoalkan di akhirat kelak. Sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman" ( Hadis sahih riwayat Muslim )
APAKAH RELEVENNYA MENGAMALKAN AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR ??
1) Dapat menegakkan hukum Allah dan Syariat Islam
2) Gejala sosial yang berlaku dapat diatasi
3) Pembangunan masyarakat berjalan lancar
4) Ekonomi bertambah baik dan mantap
5) Keselamatan terjamin
6) Dapat mengangkat martabat agama dan umat Islam
7) Dapat memelihara maruah, harta, keturunan dan hak individu dan hak awam.

KESAN JIKA AMALAN MUNGKAR BERLELUASA
1) Kemungkaran/maksiat berleluasa
2) Ajaran Islam tidak berkembang. 
3) Masyarakat hidup huruhara


Rasulullah SAW bersabda :
‘Ketika amanah tidak dipegang teguh oleh pemimpin, maka tunggulah saat kebinasaan.’
Bertanya Abu Hurairah: Bagaimanakah orang yang tidak memegang teguh amanah itu, wahai Rasulullah (s.a.w)?’
Rasulullah (s.a.w) menjawab: ‘Ketika (apabila) sesuatu urusan telah diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya (yakni, jawatan diberikan kepada mereka yang bukan alim atau pakar atau faqih mengenai urusan tersebut), maka tunggulah saat kehancuran.’ 
[Hadith Bukhari]

Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkannya) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderong kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingan adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menhulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. 
(Surah Al A’raf, Ayat 176)

Fahamilah ucapan Abu Bakar al-Siddiq apabila menjadi khalifah:-
“Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat. Orang yang lemah dalam kalangan kamu adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat dalam kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), insya Allah. Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan.
Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya. 
Jika aku derhakakan Allah dan RasulNya, maka tiada ketaatan untukku” 
(Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).


''Dan mereka semuanya (di padang Mahsyar) akan berhimpun mengadap Allah (untuk dihisab pada hari kiamat); kemudian berkatalah orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang yang sombong (yang menjadi pemimpinnya):
Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut-pengikut kamu; maka adakah kamu dapat menolak daripada kami sedikit dari azab Allah?
Mereka menjawab: Kalaulah Allah menunjukkan jalan selamat kepada kami, tentulah kami tunjukkan jalan itu kepada kamu. (Sekarang) sama sahaja kepada kita, samada kita menggelisah dan mengeluh atau kita bersabar, tiadalah sebarang jalan bagi kita untuk melepaskan diri (dari azab itu).
(Surah Ibrahim, Ayat 21)

"Al Qur'an Surah Hud ayat 113 :
"Jangan kalian cenderung menyokong orang yang zalim; kelak kalian akan dibakar oleh api neraka. (ketika itu) kalian tidak akan ada selain Allah sebagai penyelamat dan kalian tidak akan mendapat apa-apa pertolongan."

Dalam hadis, Nabi SAW menyatakan bahawa jika wujud pengikut yang membenarkan & membiarkan penipuan seseorang pemimpin, dan memberi bantuan (undian) kepada pemimpin yang zalim, maka di akhirat kelak, pengikut itu tidak diakui umat oleh nabi SAW.
Nabi SAW ada bersabda;
إِنَّهُ سَتَكُونُ بَعْدِي أُمَرَاءُ مَنْ صَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُ
Maksudnya;
“Sesungguhnya selepas dariku, akan ada pemimpin. Barangsiapa membenarkan mereka dengan penipuan yang mereka lakukan, dan membantu mereka atas kezaliman yang mereka lakukan, maka dia bukan dari kalanganku dan aku bukan dari kalangannya” 
[An-Nasai : 4136]


Copy and Paste: Fb The Hidden Truth
21 September 2018 : 3.41 pm

No comments: