Monday, 2 April 2018

2018 - MSU COLLEGE KUALA TERENGGANU

Selesai Program di University College Bestari di Setiu, Terengganu, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu untuk satu lagi program Pemeriksaan Kesihatan pada 2 April 2018. 

Perjalanan dari University College Bestari di Setiu ke Kuala Terengganu adalah sejauh 59 km mengambil masa perjalanan lebih kurang 1 jam. 

Di Kuala Terengganu kami menginap di Batu Burok Beach Resort yang terletak di Kg. Batu Burok Kuala Terengganu. Ini bukan kali pertama saya menginap di sini, rasanya dah hampir 4 kali...


Batu Burok Beach Resort
906, Jalan Pantai Batu Burok
Kampung Batu Burok
20400 Kuala Terengganu
Terengganu
Tel: 09-622 1410





Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu

Pantai Batu Burok merupakan pantai peranginan yang paling terkenal di daerah Kuala Terengganu. Nama Batu Burok ini merujuk kepada batu-batu yang membentuk pulau kecil yang timbul didalam laut bertentangan dengan pantai. Batu-batu inilah yang digelar batu Burok. 
Di Pantai Batu Burok ini juga terdapat nilai sejarah kerana disinilah Gendang Gangsa atau Gendang Dong-Son ditemui pada tahun 1964. Gendang ini dipercayai digunakan sebagai alat muzik untuk hari perayaan, perkahwinan dan upacara kematian. 
Gendang Gangsa merupakan sejenis artifak peninggalan masyarakat zaman Logam. 

 

  

Warong Pak Maidin yang terletak di sebelah Batu Burok Beach Resort ini dimiliki oleh bekas jaguh lompat jauh Negara, Kamaruddin Maidin, anak tempatan Terengganu yang pernah mewakili negara di Sukan Olimpik di Rome pada tahun 1960. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 2009. 

MSU COLLEGE KUALA TERENGGANU
2 APRIL 2018
Pada 2 April 2018 kami menjalankan program pemeriksaan Kesihatan di MSU College Kuala Terengganu (dulunya dikenali sebagai Kolej PTPL). MSU College Kuala Terengganu terletak di Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu. 



 






Selesai program di MSU College Kuala Terengganu, sebelum pulang ke Hotel kami mengambil kesempatan untuk bersiar- siar di sekitar Kuala Terengganu. Antara yang kami kunjungi ialah Pasar Payang yang memang terkenal di sini. 




Telur Penyu antara yang dijual di Pasar Payang



Kami meneruskan perjalanan balik ke Kuala Lumpur pada 3 April 2018 setelah selesai 2 program di Terengganu pada 2018. 

No comments: