Saturday, 21 April 2018

2018 - FELDA PALONG 1 & PALONG 14, 15 & 16

Pada 20 April 2018, Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia bergerak dari Pejabat di Kuala Lumpur menuju ke Gemas, Negeri Sembilan. 


Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Gemas adalah sejauh 176 km dan mengambil masa perjalanan lebih kurang 2 jam 23 minit. 
Kami menginap di Hotel Tropicana yang terletak di Kawasan Industri Gemas. 


Hotel Tropicana
1, Jalan Lintang
Kawasan Industri Gemas
73400 Gemas
N. Sembilan
Tel: 07-948 2668



Gemas sebuah bandar kecil di Negeri Sembilan bersempadan dengan negeri Johor.  Gemas merupakan pertemuan persimpangan landasan keretapi barat dan timur Malaysia. Stesen Keretapi Gemas ditubuhkan pada tahun 1922 dan masih beroperasi hari ini. 
Di Gemas juga pernah berlaku pertempuran Sengit semasa Perang Dunia Kedua iaitu di Jambatan Gemencheh. Ia merupakan tapak pertempuran sengit antara Tentera Jepun dengan Tentera Australia.

                2. Pertempuran Jambatan Gemencheh

Jambatan Gemencheh semasa Perang Dunia Kedua.





PROGRAM KESEDARAN PENYAKIT JANTUNG
FELDA PALONG 1, GEMAS, NEGERI SEMBILAN
21 APRIL 2018

Program Kesedaran Penyakit Jantung berlansung di Dewan Orang Ramai, FELDA Palong 1 dari jam 9.00 pagi hingga jam 2.00 petang. 
Kami turut dibantu oleh jururawat dari SALAM Senawang Specialist Hospital. 

Jarak dari Hotel Tropicana Gemas ke FELDA Palong 1 adalah 18 km






PROGRAM KESEDARAN PENYAKIT JANTUNG
FELDA PALONG 14, 15 DAN 16, GEMAS, N. SEMBILAN
22 APRIL 2018

Program kedua berlansung di Dewan Serbaguna Semai Bakti FELDA Palong 14, 15 dan 16 juga dari jam 9.00 pagi hingga jam 2.00 petang. 

Jarak dari Hotel Tropicana Gemas ke FELDA Palong 14 adalah sejauh 46.7 km













Selesai program, kami meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur yang hanya mengambil masa 2 jam lebih. 
Kami sempat singgah di Cendol Joseh, Ulu Bendul, Negeri Sembilan sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.


Cendol Special satu mangkok RM12.00

Demikianlah berakhirnya perjalanan kami ke Negeri Sembilan bagi tahun 2018. Insya Allah tahun hadapan, kami akan menjelajah ke daerah lain pula di Negeri Sembilan. 



No comments: