Tuesday, 10 April 2018

2018 - SMK SEREMBAN 2

PROGRAM: SEKOLAH 2018
TEMPAT: SEK. MEN. KEB. SEREMBAN 2
TARIKH : 10 - 11 APRIL 2018

Rujuk : 2018 - KUALA PILAH NS

Selesai program di Kg. Dioh Kecil di Kuala Pilah pada 8 April 2018, kami rehat 1 hari kemudian pada 9 April 2018 kami bertolak ke Seremban 2 untuk program kami di Sek. Men. Keb. Seremban 2 pada 10-11 April 2018. 


Perjalanan dari Pusat Bandar Senawang ke Sutera Hotel di Seremban 2 adalah sejauh 14.5 km mengambil masa hanya 19 minit perjalanan. 




Kami menginap di Sutera Hotel di Seremban 2 semasa program

Sutera Hotel Seremban 2
No. 77 & 78, Jalan S2 B1
70300 Seremban
Negeri Sembilan
Tel: 06-601 3774

Terletak berhampiran dengan pusat membeli-belah AEON Mall Seremban 2. Mempunyai kolam renang tebuka, dewan acara dan kafe.Ianya lebih dikenali sebagai S2 Hotel. 





Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2(SMK S2) terletak di Seremban 2, Negeri Sembilan bersebelahan dengan Green Street Homes dan kira-kira 7 kilometer dari Bandar Seremban. Ia telah siap dibina pada pertengahan bulan Disember 2002 dan beroperasi sepenuhnya pada 6 Januari 2003.

Datin Maznah Bt Yusof ialah pengetua pertama sekolah ini dengan dibantu oleh Guru Penolong Kanan 1 pertama En. Jamil B Mohd. Tahir dan diganti oleh Pn. Hjh. Sadariah Bt Md Jali pada bulan Julai 2003 serta En. Abdul Wahid B Abdul Ghani dan En. Mad Pazir B Md. Ahair selaku GPK Ko-kurikulum dan GPK Hal-Ehwal Murid.




Bersantai di Seremban 

Selesai program di SMK Seremban 2 pada 11 April 2018 kami meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
10 April 2018: 1.47 pm


No comments: