Friday, 6 April 2018

Bersabar ketika ditimpa Musibah

" Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud :
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun daunnya" [HR Bukhari] 
Ada lagi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Tidaklah seorang muslim ditimpa keletihan, penyakit yang berpanjangan, kesusahan, kesedihan, gundah gulana sehingga duri yang menusuknya, melainkan Allah ampunkan dosa dosanya dengan sebab tersebut" [HR Bukhari"
Ketahuilah olehmu bahawa musibah juga adalah tanda bahawa Allah ingin memberikan kebaikkan kepadamu. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Siapa sahaja yang Allah kehendaki kebaikkan padanya, Allah akan menimpakan musibah kepadanya."
[HR Bukhari]

Ada tiga kebaikkan apabila seseorang itu diuji dengan musibah oleh Allah, lalu dia beruntung kerana mendapatkan salah satu darinya atau mendapat kesemuanya.
(1) Diampunkan dosa dosa kecilnya.
(2) Ditambahkan pahala baginya.
(3) Dinaikkan darjat kemuliaannya di sisi Allah.

Jangan engkau hilang sabar! Kerana ada yang hilang sabar dengan musibah yang menimpanya, lalu menyalahkan Allah yang menyebabkan derita sakitnya itu. Wal'iyyazubillah!

Oleh kerana itu, ketika engkau diuji dengan musibah, mohonlah kepada Allah agar sentiasa diberikan RahmatNya untuk terus mampu bersabar ketika berhadapan dengan musibah.


19 Rejab 1439H
6 April 2018
Copy and paste: Whatsapp Group Skot Intake 139/80

No comments: