Tuesday, 8 August 2017

Siri Menjawab Kristian 4

[Misionari Kristian: Nabi Muhammad Tidak Tahu Jalan Ke Syurga? Benarkah Tuduhan Ini?]
Ini juga merupakan persoalan yang sering kali digunakan oleh golongan misionari Kristian ketika mereka berdakyah. Mereka menyatakan bahawa nabi Muhammad tidak tahu jalan ke syurga kerana di dalam setiap kali solatnya dia akan meminta kepada Allah ٱهْدِنَا الصِّرَاطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ bermaksud “tunjukilah kami jalan yang lurus”. Ini menunjukkan nabi Muhammad tidak tahu jalan ke syurga.
Logik yang dibawa oleh mereka, sekiranya ada seseorang itu bertanya kepada kita “dimanakah KLCC? ” itu menunjukkan dia tidak tahu jalan ke sana, lalu dia meminta untuk tunjukkan kepada dia jalan ke KLCC. Sama juga situasi yang berlaku kepada nabi Muhammad, dia minta tunjukkan jalan yang lurus itu bermaksud dia tidak tahu jalan yang lurus itu. Sedangkan Jesus, di dalam Bible tahu jalan ke syurga. Jesus menyebut: “Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku.” (Yohanes 14: 6)
Jawapan:
1) Surah al Fatihah ayat 6 itu tidak mengisyaratkan nabi Muhammad tidak tahu jalan yang lurus akan tetapi ia adalah cara Allah mengajar kaum muslimin meminta kepada Allah agar istiqamah di atas kebenaran kerana di celah-celah itu terdapat jalan-jalan yang dimurkai. Lihat sambungan ayat seterusnya “iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni’mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.” (Surah al Fatihah: 7)
2) Nabi Muhammad adalah seorang rasul yang tahu jalan ke syurga. Disebut di dalam al Quran bahawa baginda tahu jalan yang lurus, firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus, Yang tetap di atas jalan yang lurus (agama Islam).” (Surah Yasin: 3-4)
3) Di dalam hadis shahih nabi Muhammad mengatakan dia adalah orang pertama yang masuk ke syurga:
“Aku adalah orang pertama yang mengetuk pintu syurga” (Shahih al Jami' no 1450)
Kalau baginda tidak tahu jalan ke syurga, macam mana baginda boleh mejadi orang pertama menjejak kakinya ke syurga?
4) Di dalam hadis shahih yang lain nabi menyebut yang bermaksud:
“Aku telah meninggalkan pada kamu sekalian dua perkara yang kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu : Kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya” (Takhrij Mishkat al Masabih : 1/140)
Sekiranya nabi Muhammad tidak tahu jalan ke Jannah, bagaimana baginda dapat menjamin kepada umatnya agar bepegang kepada Kitab Allah dan sunnahnya nescaya ia tidak akan sesat buat selama-lamanya.
5) Bagi muslim, kami tidak ada masalah dengan ayat di dalam Bible yang mengatakan Jesus tahu jalan ke syurga (John 14: 6). Ini kerana di dalam Islam, nabi Isa atau Jesus sememangnya tahu jalan ke syurga. Kerana setiap nabi dan rasul akan membimbing kaumnyanya pada zamannya mengikut syariatnya. Sekiranya kamu mendakwa mahu mengikuti Jesus adakah kamu benar-benar mengikutinya atau mengikuti gereja?
Kesimpulan
Nabi Muhammad dan Nabi Isa (Jesus) kedua-dua mereka mengetahui jalan ke syurga. Ini kerana mereka adalah rasul-rasul Allah yang muslim (tunduk dan patuh kepada perintah Allah). Mereka datang membimbing manusia menuju ke Jannah. Apa yang mereka ajarkan itu menjadi contoh utama untuk diikuti.
TEAM R&D MRM
Sumber: Facebook - Multiracial Reverted Muslim
8.8.2017 : 3.53 pm

No comments: