Oleh: Hj Zulheimy Maamor
13 Jun 2025: 11.11 pm
Hari ini aku terbaca satu post mengenai seseorang yang mendengar pelbagai bunyi ketika bercamping dalam hutan... ada bunyi orang berbisik... ada bunyi mcm suara menjerit.. bunyi mengilai dan macam-macam... apa pun yang mereka fikirkan, itu andaian mereka masing-masing...
Bila baca kisah bunyi-bunyian dalam hutan... saya pun ada pengalaman juga... cuma saya bukan dalam hutan... tapi di tepi tebing sungai Rejang yang dikelilingi oleh hutan di waktu malam yang sunyi.....
Ketika itu kami menjalankan tugas rondaan... ketika malam semakin larut, kami akan berhenti rehat dimana ada jeti kosong di perkampungan... tapi kalau jeti penuh.. kami akan berhenti dimana-mana tebing sungai dan melepaskan sauh...
Waktu itu dalam sesuatu operasi, adakalanya ada seorang anggota tentera Darat atau anggota Polis hutan yang akan ikut bersama bot kami... selalunya mereka ini adalah pengendali bot rubber dinghy yang membawa anggota mereka menjalankan tugas operasi.... setelah menurunkan anggota mereka dalam kawasan operasi, mereka akan tambat bot mereka dibelakang Bot RCP kami....
Seronok bila ada anggota TD atau PPH ini dalam bot kami. Banyak yang kami dapat belajar dari mereka tentang ilmu hutan dan lain-lain...
Contohnya biskut kompo yang kami bawa bersama, mereka ajar macamana nak buat kuih bingka dengan biskut itu, dan kalau malas nak buat bingka... masukan minyak dalam kuali dan goreng kembali biskut itu... pasti sedap dan rangup...
Ada seorang anggota Renjer berbangsa Iban yang pernah attached dengan bot kami.... dia orang tempatan Kapit... jadi dia ni memang mahirlah tentang kawasan hutan dan sungai-sungai area sini... dia dibesarkan di situ...
Pada suatu malam yang agak kelam dan gelap ... cahaya bulan pun tak ada... kami berhenti di sebuah kawasan yang tidak jauh dari sebuah perkampungan (tidak ingat kampung apa)... tempat kami berhenti itu ditebing sungai yang kelilingi oleh hutan tebal....
Sewaktu berehat sambil menikmat kopi panas dan biskut kompo yang dah digoreng kembali... aku berbual-bual dengan anggota Renjer itu (lupa nama dia).... dia ni memang ramah ...suka bercerita tentang pengalaman dia beroperasi di hutan....
Ketika itu suasana di hutan agak riuh... bermacam-macam bunyi yang kami dengar.... bunyi kera, bunyi burung-burung.... dan adakalanya disambut dengan bunyi yang agak seram juga.....
Masa tu meremang bulu roma aku..... tapi askar Renjer ini relax je.... mungkin sebab dia dah biasa....sekali sekala dia menoleh ke arah aku ... dia tengok aku macam cuak je bila dengar bunyi - bunyi tu... dia senyum..... maklumlah aku Navy bukan Askar Darat..... bunyi tu pasti asing bagi kami.... tapi si Renjer ni macam biasa je....
Tiba-tiba suasana berubah menjadi sunyi sepi... tiada lansung kedengaran bunyi burung, kera atau monyet .... memang sunyi teramat sunyi.... aku lihat askar Renjer tu mata dia meliar melihat tebing sungai....
Dia beritahu aku.... dia sebenarnya lebih suka bila dengar bunyi-bunyi haiwan hutan itu, hati dia tenang... kerana bagi seorang tentera yang mahir dalam ilmu hutan... tambah pula orang Iban... bunyi itu adalah isyarat utama... mereka ini boleh kenal setiap bunyi yang didengar dalam hutan itu.... dia boleh beza bunyi suara kera, suara burung, bunyi angin , bunyi haiwan pemangsa dan bunyi yang datang dari alam sana (tang ini yang tak sedap)


Tapi kalau tiba-tiba suasana hutan menjadi sunyi sepi... yang itu dia tak berapa suka.... itu petanda ada sesuatu sedang perhatikan kita (harimau, gajah, dan lain-lain haiwan liar).... kerana haiwan - haiwan kecil seperti kera, monyet, burung dsb tadi pun tahu bila bahaya mendatang.... Bila Harimau, gajah atau ular sawa besar lalu kawasan itu...haiwan-haiwan itu akan lari dan kawasan itu akan jadi sunyi sepi....Sebab tu orang macam si Renjer itu dia tak heran sangat pasal bunyi riuh atau mengilai boleh jadi bunyi burung-burung dalam hutan, tapi dia sangat takut kalau takdak bunyi langsung, itu petanda bahaya... satu mata sedang perhatikan kita....
Dia juga ada beritahu saya yang bunyi seperti mengilai tu sebenarnya bukanlah bunyi hantu... itu adalah bunyi burung, kerana katanya ada bunyi dari burung-burung ini yang memang menyeramkan kalau kita tidak tahu itu bunyi apa sebenarnya.... hanya mereka yang mahir dalam ilmu hutan sahaja tahu itu bunyi apa.... yang tak tahu itulah yang akan viral buat cerita macam-macam.... untuk menyedapkan lagi konten mereka... namun apa pun terpulanglah pada penilaian masing-masing....
Saya ini pun bukannya jenis berani sangat.... kalau dah dengar bunyi pelik-pelik dari hutan tu.... tegak jugalah bulu roma.... tapi kalau kita tahu serba sedikit ilmu hutan atau ilmu Agama.... in sya Allah kita boleh hadapinya dengan tenang... tak perlu seriau.... cuma kalau tiba-tiba dia muncul depan mata... yang tu baru seriau... Apa yang kita belajar dari tok Nenek kita dulu ialah... Buka langkah seribu.... bukan buka langkah silat.....
Sekian sedikit pengalaman masa lalu sekadar mengisi malam yang sunyi ini.... kalau yang sedang baca ini... cuba-cubalah jeling-jeling sikit kat belakang tu atau kat tingkap bilik tu.... kot-kot ada sesuatu yang sedang memerhati kita...



13/6/2025: 11.12 pm
No comments:
Post a Comment