Oleh: Helmi Effendy
The Patriots
15 May 2025
Orang awam ni bila dok sembang pasai hutan, kebanyakannya sembang ikut andaian. Depa tak penah redah pun. Bila kawan aku Kapten Adam Lenin, anggota aktif dari Rejimen Renjer Diraja Malaysia, tulis kat Twitter pasai bahaya bila hutan tetiba sunyi senyap, ada pula yang buat lawak, ada yang cakap “banyak tengok tv”, siap ada yang ejek kata “riuh-rendah hutan tu sebab makhluk gaib dok mengilai”. Siap ejek dia dia buat apa dalam rumah.
Hangpa nak tau dak, yang “mengilai” dalam hutan tu selalu bukan hantu pun, tapi burung.
Serius ni. Dalam ilmu hutan, terutamanya untuk askar-askar renjer, bunyi tu adalah isyarat utama. Hang dengaq bunyi kera menyalak, tupai jerit, burung hantu berbunyi. tu semua tanda kawasan tu masih aktif dengan haiwan kecil, maknanya belum ada ancaman besar.
Tapi bila tiba-tiba semua senyap, tu baru patut seriau. Sebab haiwan kecik pun tau bahaya. Bila harimau, gajah, ataupun ular sawa besar mai, semua akan diam atau lari jauh, tinggal hutan tu jadi kosong. Sunyi. Dan tu la yang Adam maksudkan. Bila sunyi tu berlaku, itu petanda ada sesuatu yang sedang perhati hang.
Hangpa tau dak, ada burung yang suara dia boleh buat orang seram sejuk? Yang boleh bunyi macam perempuan mengilai?
Contohnya:
- Burung Ketitir (Spotted Dove) – kadang bunyi dia macam suara lembut tapi beralun, waktu malam boleh keliru dengan suara orang berbisik.
- Burung Hantu Serak (Barn Owl) – bunyi dia memang menyeramkan, macam orang terjerit dalam nada ngeri.
- Burung Tok Wi (Malayan Night Heron) – burung ni kalau bunyi masa malam, memang rasa macam dengar suara nenek mengilai perlahan.
Kalau takdak ilmu, boleh jadi panik. Tapi bagi anggota Rejimen Renjer Diraja, depa kenal setiap jenis bunyi dalam hutan. Depa boleh beza mana satu suara burung, suara kera, bunyi angin atau bunyi langkah pemangsa. Tu sebab askar renjer bukan setakat kuat fizikal. Depa ni scout, tracker, observer, survivalist. Orang-orang yang hidup dengan deria mereka, bukan dengan emosi. Sebab tu orang macam Adam dia tak heran sangat pasal bunyi mengilai boleh jadi bunyi burung-burung dalam hutan, tapi dia sangat takut kalau takdak bunyi langsung.
Sebenarnya konteks asal yang Adam tulis tu bukan nak menakutkan orang. Tapi dia tulis sebagai respon kat satu isu viral kat Twitter, rakaman kononnya nampak “nenek kebayan” tengah menunggu orang dalam hutan. Video tu viral, ramai yang share sambil tambah cerita seram.
Tapi Dr Zamir Mohyedin, jugak sahabat aku yang merupakan saintis fizik, masuk tegur: katanya kita sebagai masyarakat Melayu-Islam patut lawan pemikiran tahyul, jangan cepat buat konklusi benda ghaib kalau takdak bukti. Sekadar penulis The Patriots defend sahabat penulisnya yang lain. End up yang gambar tu rupa-rupanya dahan pokok yang mati. Adam pun sokong benda tu, dan dia bagitau, dalam hutan ni banyak benda logik yang bunyinya tak logik. Adam pesan bukan bunyi yang patut kita takutkan, tapi takdak bunyi dalam hutan.
Bagi yang tak kenai, Kapten Adam Lenin ni bukan sembang kosong. Dia anggota tentera darat, aktif dengan Rejimen Renjer Diraja, salah satu unit elit yang kerjanya memang masuk hutan, buat operasi taktikal, pengintipan, jejak musuh dan operasi khas. Nak masuk Renjer bukan senang, nak survive dalam tu lagi la susah. Tapi Adam ni bukan saja survive, dia boleh cerita kat kita balik dengan cara yang orang awam pun boleh faham.
Dan bukan tu saja, Adam Lenin juga penulis buku. Buku dia “Perang Dunia Kedua” bawah Patriots Publishing ni bukan buku lekeh. Isi dia penuh dengan strategi, sejarah perang, dan pengajaran dari medan tempur. Ditulis dari perspektif seorang tentera yang paham apa itu korban dan kehancuran.
Mai Jumpa Adam Lenin Kat PBAKL 2025
Kalau hangpa nak bersembang lebih pasai ilmu hutan, pasai survival, pasai strategi perang, mai jumpa dia sendiri kat:

Ahad, 1 Jun 2025

2.00 petang – 4.00 petang

Dewan Tun Razak 4 (S8), PWTC, reruai The Patriots
Jangan dok komen dari jauh saja. Mai depan-depan, beli buku dia, sembang elok-elok. Sapa tau, satu hari hang masuk hutan, ilmu dari dia tu la yang selamatkan nyawa hang.
Dan kalau hang rasa sunyi tu tenang, ingat pesan Kapten Adam Lenin, sunyi dalam hutan tu bukan tenang, tapi petanda ada mata yang dok perhati.
___
Penerbit pop-ilmiah Nombor #1 Malaysia kembali menggegarkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2025)!
Bersama kami di PATRIOTS, sertai gelombang ilmu yang membawa sejarah, geopolitik, budaya dan pemikiran kritis terus ke tangan anda! Hadirkan diri anda pada 23 Mei – 1 Jun 2025 di PWTC KL!
Ayuh! Buktikan cintamu kepada ilmu. PATRIOTS menanti anda di PBAKL 2025.
Copy and paste:
13 June 2025: 8.37 p.m
No comments:
Post a Comment