Sunday, 13 April 2025

TINGGAL KENANGAN (BHG 2)

KLINIK PAKAR WANITA ANG
Klinik Pakar Wanita Ang di Seksyen 2 Wangsa Maju, Kuala Lumpur meninggalkan seribu kenangan buat keluarga saya....
Di Klinik inilah lahirnya kedua putera saya... kerana ianya berhampiran dengan rumah saya....
Yang Sulong tahun 1995....Yang Bongsu tahun 2000....
Kini hanya tinggal kenangan.... Klinik itu sudah ditutup dan sekarang tapak itu diambilalih oleh KK Mart....



NASI LEMAK LENTOK
Tertelak di Lembah Keramat, hanya beberapa sahaja dari rumah saya. Nasi Lemak Lentok ini dulunya cukup popular di Lembah Keramat kerana kesedapan Nasi Lemaknya yang memang tiada tandingannya. 
Saya dan isteri sering bersarapan pagi di sini suatu ketika dahulu. Kini yang tinggal hanyalah kenangan setelah ianya menutup perniagaannya setelah berpuloh tahun beropesi. 




SYED BISTRO, LEMBAH KERAMAT
DALAM KENANGAN
Restoran Syed Bistro terletak di Lembah Keramat, Kuala Lumpur (tidak jauh dari rumah saya),agak popular suatu ketika dahulu. Namun setelah bertahun-tahun beroperasi, akhirnya menutup tirai, tak ingat tahun berapa.Sekarang premis itu diambilalih oleh Naan Corner. 





PAK USOP DALAM KENANGAN
Al Fatihah ... Pak Usop dalam kenangan.....
Hampir 20 tahun saya lihat Pak Usop secara sukarela ni setiap pagi membantu Polis Trafik mengawal lalulintas ketika saya dalam perjalanan ke tempat kerja dari rumah saya di Lembah Keramat. Mula dulu saya ingat dia ni mungkin bekas Anggota Polis Trafik kot....rupanya tidak...
Sekarang dia sudah tiada ..kembali menemui pencipta...pastinya pengguna jalanraya dari Setiawangsa ke Keramat akan merindui beliau.... jasamu sentiasa kami kenang Pak Usop... tenanglah kamu disana.... doa kami semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman... Aamiin....



WOODLANDS - MALAYSIAN BASE JETTY
Dalam Kenangan....
Malaysian Base Jetty, Woodlands, Singapore (Sekarang Woodlands Waterfront)..
Di Jetty inilah bermulanya kehidupan saya sebagai pelaut....
Di Jetty inilah kali pertama saya melapor diri ke Kapal KD Ganas tahun 1981 untuk latihan Sea On Job Training selama 6 bulan....
Semuanya sebelum Kapal-Kapal TLDM berpindah ke Pengkalan TLDM di Lumut, Perak
Di sini bermula semuanya.....









PENGKALAN TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA
WOODLANDS, SINGAPURA
Sedih dan sebak rasanya apabila mendapat khabar bahawa Bangunan-bangunan lama bekas Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia di Woodlands telah dirobohkan oleh Kerajaan Singapura baru baru ini..... saya cuba cari dalam internet perkembangan terkini tapi tak jumpa...cuma dalam FB ada sahabat post foto terkini pengkalan tersebut....
Disinilah pernah lahir wira-wira laut yang banyak menyumbang tenaga dan bakti kepada negara.....
Disinilah juga bermulalah kehidupan saya sebagai Pelaut dalam TLDM apabila pertama kali menjejakkan kaki di pengkalan ini pada tahun 1981.... jeti kapal-kapal TLDM terletak tidak jauh dari pengkalan ini sekarang sudah menjadi tempat Riadah (Admiralty Park).... saya pertama kali berkhidmat dengan Kapal KD Ganas di MBJ Woodlands, kemudian KD Raja Jarom dan akhir sekali di Pejabat Semboyan FOCRMNCCS Woodlands tahun 1982. Itulah kali terakhir saya berkhidmat di Woodlands, Singapura setelah Kapal-kapal TLDM dan pengkalan berpindah ke Lumut, Perak.
Pengkalan ini asal dulu adalah Radio Base British Royal Air Force sebelum diambilalih oleh Malayan Naval Force dan diguna sehingga lewat 90 an... kemudian diambilalih oleh Kerajaan Singapura dan dijadikan West Admiralty Prison yang juga akhirnya ditutup pada 2008.....
Banyak kenangan pahit manis kami lalui di Pengkalan TLDM di Woodlands ini... namun kini hanya tinggal kenangan.... sudah jadi padang jarak padang terkukur...








Kali terakhir saya berkhidmat di Pengkalan TLDM di Woodlands Singapura ialah di FOCRMNCCS Woodlands (Sekarang dikenali sebagai SKTLDM)... tahun 1982.
FOCRMNCCS bermaksud Fleet Operational Command, Royal Malaysian Navy Communication Contigency System sekarang ditukar menjadi Stesen Komunikasi TLDM atau SKTLDM...
(Dalam foto yang ditunjukkan olah anak panah tu..itulah FOCRMNCCS...bangunan kayu... stesen komunikasi yang pertama saya berkhidmat dalam TLDM.



SENOCO POWER STATION
1980 / 1981... ketika berkhidmat dengan Kapal TLDM berpengkalan di Woodlands, Singapura....
Setiap kali kapal balik dari pelayaran, hendak masuk ke Jeti MBJ di Woodlands pasti akan melalui tempat ini.... dulu kami panggil stokin Lee Kuan Yew
😁😁😁
Otai Navy pasti ingat.... apa nama tempat ni di Singapura?
Namanya Senoco Power Station terletak di Senoco Road, Singapura.


SUNGAI ROAD, SINGAPURA
Yang pernah bekerja atau bertugas di Singapura tentu dah biasa dengar nama Sungai Road.
Sungai Road di Singapura ini lebih kurang macam Petaling Street di Kuala Lumpur.
Banyak kenangan saya di Sungai Road ini.... Semasa bertugas di Woodlands, Singapura sekitar 1981 - 82, banyak kali juga saya pergi ke Sungai Road ni dulu.... pernah beli baju overall kat sini.. memang murah betul... overall ini perlu untuk buat kerja-kerja lasak di Kapal.....
Kat sini boleh tawar menawar...tapi awas...kalau dah tawar hingga dapat harga paling rendah...jangan tak beli pula.... nahas nanti... tapi tak semua kedai di sana macam tu... ada yang ok je... tak beli pun tak pe... cuma segelintir je....
Saya tak pasti sama ada pasar lambak ni masih ada lagi ke tidak...dah lama tak turun Singapura.... dulu bertugas kat sana... last pergi tahun 2017 ziarah arwah Pak Usu....




AIDILFITIRI DI SINGAPURA
Antara kenangan Aidilfitri yang masih saya kenang hingga kini ialah kenangan ketika menyambut Aidilfitri di Singapura tahun 1981/82 ketika saya berkhidmat di FOCRMNCCS Woodland, Singapura.
Dalam foto, bangunan kayu itu dulunya Pejabat FOCRMNCCS Woodlands (Fleet Operational Command Royal Malaysian Navy Communication Contigency System Woodlands). Generasi TLDM sekarang mungkin tidak tahu wujudnya unit ini suatu ketika. Ianya adalah pusat Komunikasi yang mengendalikan perhubungan antara pengkalan dan Kapal-kapal TLDM di laut. Sekarang unit ini telah berpindah ke Lumut dan dikenali dengan nama SKTLDM Lumut (Stesen Komunikasi TLDM Lumut).
Kenangan Aidilfitri yang saya ingat ialah dimana tahun 1982 / 82, Singapura Hari Raya jatuh satu hari lebih awal dari Malaysia, bermakna kami di Singapura sudah pun raya tapi di Malaysia masih lagi berpuasa. Jadi kami yang bekerja di Singapura ini tak berani nak keluar ke Johor Bahru kerana sana masih berpuasa... nanti kalau makan kena tangkap pula....
Untunglah di Singapura ada rumah Arwah Emak Saudara saya (Mak Usu) iaitu adik emak saya di Clementi Avenue dan Kakak Saudara saya juga ada disana di Bukit Batok. Jadi bila tak bertugas saya ambil kesempatan untuk berkunjung ke rumah Emak Saudara saya... kini Emak Saudara saya telah pun tiada... AL Fatihah....
Raya di Singapura tak jauh beza dengan di Malaysia, sama je....
Banyak berjalan luas pandangan dan luas pengalaman...itulah secebis kenangan saya ketika bertugas di Singapura......



GRAND SEASON HOTEL, JALAN PAHANG, K.L
Dibina pada tahun 1996 dan 1998, ialah sebuah hotel tiga bintang yang dibina antara tahun 1996 dan 1998 di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia adalah hotel tertinggi di Malaysia seperti yang diperakui oleh The Malaysian Book of Records,  berdiri 184 meter (603 kaki) di atas tanah. 
Hotel ini dimiliki oleh Lim Siew Kim, anak perempuan Tan Sri Lim Goh Tong, pengasas Genting Bhd. 
Hotel ini setinggi 40 tingkat dan mempunyai 800 bilik. Pada 28 Februari 2019, hotel itu berhenti beroperasi selepas lebih 20 tahun menjalankan perniagaan.

Antara kenangan saya dengan hotel ini ialah pada 5 Ogos 2017 apabila Reunion bekas pelajar SRJK (Inggeris) Gombak 1 & 2 Class of 73 mengadakan reunion di Hotel ini. Saya adalah pelajar sesi 1973 di sekolah tersebut. 




METROVISION
Masih ingat tak TV 4 (Metrovision)?
Sebuah stesen TV swasta kedua selepas TV 3 dilancarkan di Lembah Kelang pada 1 Julai 1995 dimiliki oleh Kumpulan Melewar Bhd dan diuruskan oleh Metropolitan TV Sdn Bhd. 
Namun siaran TV 4 ini jangka hayatnya tidak lama. Paa 1 November 1999, menamatkan siarannya. Pada Mac 2001, Metrovision dinamakan Channel 8 dibeli oleh Rdio Redifussion, anak syarikat Arab-Malaysian Corporation milik Tan Sri Azman Hahim. Ianya kemudian dilancarkan semula sebagai 8TV pada 8 Januari 2004 oleh Media Prima. 




LAIN-LAIN:
13/4/2025: 10.29 P.M




No comments: