Saya simpan beberapa foto-foto lama dulu dan terkini, banyak yang dah berubah, banyak kenangan yang pasti akan dikenang sepanjang hayat kita.
Foto bersama anak saudara ku (anak Sepupu ku Kaklang Zainab), Abdul Halim bin Abdul Ghapar semasa kami kecil-kecil di kampung. Kemudian foto kami bersama ketika berkhidmat dengan Tentera Laut DiRaja Malaysia dan foto selepas Pencen.
Kami pernah berkhidmat bersama di satu Kapal iaitu di KD Sri Negri Sembilan pada tahun 1987. Kemudian pada tahun 1990 saya berkhidmat di Kapal KD Lekir manakala Halim berkhidmat di kapal KD Mahawangsa. Apa yang menariknya ialah pada tahun 1990 KD Lekir & KD Mahawangsa berlayar bersama ke Hong Kong dan Korea Selatan dan sekali lagi pada tahun 1991 KD Lekir & KD Mahawangsa berlayar bersama lagi ke Australia, New Zealand dan Surabaya di Indonesia.
Adalah kenangan foto kami di Hong Kong, Korea dan Australia..
BANDAR HILIR, MELAKA
Foto Kenangan isteri saya dan anak sulong kami di Bandar Hilir, Melaka pada tahun 1998 dan 2016 ditempat yang sama.
KAMERA DAN HANDPHONE
Zaman Kamera telah berakhir apabila Talipon Bimbit mula mengambilalih peranan kamera. Sudah jarang kita lihat orang bawa kamera kecuali jurufoto profesional.
MY COMPUTER
Kenangan komputer peribadi pertama saya miliki selepas menamatkan perkhidmatan dengan TLDM ialah Komputer Intel Pentium S75i dibeli pada 20 April 1996.
Komputer terkini saya pada 15 November 2024 ialah DELL OPTIPLEX 7090
OS: Microsoft Windows 11 Pro.
SURAU AT-TAQWA
LEMBAH KERAMAT, K.L
Surau At-Taqwa dibina sejak dari zaman Generasi Pertama (arwah ayah ku) lagi. Surau yang lama telah digantikan dengan yang lebih baru dan lebih besar. Surau ini mula digunakan ketika generasi arwah Ayah ku lagi iaitu generasi pertama lewat 70 an dan awal 80 an dulu.
TAIPING & GUANGZHOUGambar Kenangan family bercuti di Taiping tahun 2003 dan di Guangzhou, China pada 2017.
MUZIUM TLDM - 2008 & 2016
Foto Kenangan anak saya di Muzium TLDM, Bandar Hilir, Melaka pada tahun 2008 dan tahun 2016 ditempat yang sama.
KL EAST MALL
KL East Mall, pusat beli-belah runcit milik penuh pertama Sime Darby Property Berhad, di buka pada orang pada 25 November 2020.
Terletak di kawasan strategik dikelilingi oleh 6 lebuh raya utama iaitu MRR2 , Lebuhraya DUKE, Lebuhraya SUKE, Lebuhraya Karak, AKLEH dan Lebuhraya SPE.
Foto kenangan sebelum terdirinya KL East Mall pada tahun 2013 dan foto KL East Mall pada tahun 2024.
SEBELUM BERDIRINYA KL EAST MALL PADA 2013
KL EAST MALL DIBUKA PADA 25 NOVEMBER 2020
TAMAN MELAWATI, HULU KELANG, SELANGOR
DULU DAN KINI
JALAN BANDAR 11, TAMAN MELAWATI
2014 - CALYPSO CAFE
2024 - NASI KANDAR BERATUR 786
JALAN BANDAR 3, TAMAN MELAWATI 2013 - RESTORAN SAMBEL COBEK SOLO
2020 - SMART SHOP
2024 - GIANT MINI
BALAI POLIS TAMAN MELAWATI
Balai Polis Taman Melawati,Hulu Kelang, Selangor terletak di sebuah rumah kedai di Taman Melawati. Setelah berpuloh-puloh tahun di situ, akhirnya Balai Polis Taman Melawati mendapat tapak baru juga di Taman Melawati dan dinaikkan taraf menjadi Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya.
DULU DAN KINI
Nasi lemak Royale di Jalan Pahang, Kuala Lumpur
Dulu Restoran Al Imam sekarang Restoran Al Kader
Jalan AU 4/1 Taman Seri Keramat Tengah
Hotel Grand Seasons di Jalan Pahang tahun 2017 & 2024
UPDATE:
28 April 2025: 9.10 p.m
No comments:
Post a Comment