Sunday, 27 April 2025

MENJADI TETAMU ALLAH - rezeki tidak diduga

Oleh: Hj Zulheimy Maamor
27 April 2015

Tidak lama lagi musim Haji 2025 akan bermula dan saya pasti ramai yang telah menerima surat tawaran Haji sebelum Ramadan lagi.
Kepada yang telah menerima surat tawaran Haji, Tahniah dan syabas diucapkan kerana terpilih menjadi tetamu Allah, yang tidak menerima tawaran, harap bersabar, giliran anda pasti akan sampai juga nanti.
Sebenarnya tawaran mengerjakan haji ini juga adalah rezeki dari Allah. Kadangkala kita tidak akan pernah jangka terpilih tahun itu.
Ini berlaku pada saya pada tahun 2017. Saya telah membuat rayuan kepada Tabung Haji pada tahun 2016 dimasa yang sama juga saya turut menghantar Surat Rayuan kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera (JHEV) untuk kuota Haji melalui JHEV. Ini disebabkan saya dan isteri telah mempunyai simpanan di TH yang mencukupi untuk menunaikan Haji. Atas nasihat seorang sahabat saya yang telah menunaikan haji terlebih dahulu, beliau telah nasihatkan saya agar membuat rayuan kepada TH dan juga JHEV, in sya Allah jika ada rezeki kita akan dipanggil jika simpanan telah mencukupi.
Bagaimana pun sebelum Ramadan tahun 2017, saya mendapat surat dari TH menyatakan mereka telah menerima surat Rayuan saya dan sekiranya sehingga Ramadan nama saya dan isteri tidak dipanggil itu bermakna kami tidak berjaya disenaraikan sebagai Jemaah Haji 2017.
Akhirnya Ramadan berakhir dan kita menyambut Aidilfitri , saya dan isteri tidak menerima sebarang tawaran dari TH. Tak apalah saya redha, mungkin tidak ada rezeki tahun itu (2017). Mungkin tahun hadapan kot.
Namun tanpa diduga pada suatu hari (tidak ingat tarikhnya) ketika sedang bersiap-siap hendak balik dari bekerja di Jalan Semarak, KL, saya mendapat panggilan talipon dari JHEV meminta saya dan isteri utnuk hadir ke Masjid Khalid Ibni Walid di Mindef untuk taklimat Haji keesokan harinya. Saya mula-mula ingatkan ini untuk taklimat haji tahun hadapan kot, sebab ketika itu jemaah Haji sudah ramai berlepas ke Tanah Suci. Namun saya terkejut apabila diberitahu taklimat itu untuk Jemaah Haji Veteran ATM, anggota ATM dan pekerja awam di Kementerian pertahanan yang dipilih untuk Kuota Haji 2017 setelah Kerajaan Arab Saudi bersetuju untuk menambah lagi kuota ATM kepada 400 orang lagi.
Saya yang tidak dapat menahan rasa gembira sehingga mengalirkan airmata terus berjumpa Boss saya dan memaklumkan berita gembira itu kepada Boss saya. Saya terus meminta jasa baik boss untuk saya terus mengambil cuti tanpa gaji selama 2 bulan bermula esoknya kerana banyak persiapan akhir perlu saya lakukan disaat-saat akhirnya seperti Urusan di TH, Urusan Kesihatan, Kursus Haji dsb....
Atas jasa baik Boss , beliau terus memberi kelulusan untuk saya bercuti bermula esoknya sehingga saya balik dari menunaikan haji...
Saya terus menalipon wife dan menasihatkan wife juga mengambil cuti tanpa gaji.
Akhirnya dengan segala urusan Haji dipermudahkan oleh Allah s.w.t disaat-saat akhir, saya dan Isteri berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan Haji pada 23 Ogos 2017, iaitu lagi seminggu seminggu nak Wukuf di Arafah pada 31 Ogos 2017....
Itulah orang kata rezeki yang tidak diduga... kalau kita bersungguh-sungguh berusaha dan tidak jemu jemu berdoa kepada Allah yang Maha Penyayang, in sya Allah , DIA tidak pernah menghampakan kita.....



Kepada sahabat-sahabat jika simpanan telah mencukupi dalam akaun TH buatlah surat Rayuan kepada TH, jangan tunggu tarikh yang telah diberikan oleh TH. Saya kalau ikutkan tarikh dalam TH, saya akan menunaikan Haji pada tahun 2039 (kalau sempat hidup masa tu...hihi_)
Kalau anda veteran ATM, kemukan juga surat Rayuan kepada JHEV kerana kita sebenarnya ada kuota untuk Veteran ATM menunaikan haji.... jangan putus asa.....
Saya mendoakan sahabat-sahabat dan saudara mara saya terpilih untuk Musim Haji 2015.... Aamiin

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
27 April 2025 : 3.29 p.m

No comments: