Taman Melawati ialah sebuah kawasan perumahan di Hulu Kelang, Selangor. Walaupun saya tinggal di Lembah Keramat, Taman Melawati adalah merupakan kawasan kejiranan kami selain Taman Permata, Wangsa Maju dan Wangsa Melawati.
Saya mula menetap di daerah Hulu Kelang ini dari tahun 1979, jadi banyaklah perkembangan yang dapat saya lihat di sekitar kawasan Hulu Kelang. Bermula dari Lembah Keramat, Taman Melawati dan Taman Permata, kawasan Bandar Baru Wangsa Maju dan Wangsa Melawati hanya wujud selepas 1983.
Saya sering ke Taman Melawati kerana disinilah terdapat banyaknya hub perniagaan dan Institusi kewangan seperti Maybank, CIMB, Bank Islam, Bank Muamalat, Bank Rakyat dan lain-lain. Terdapat juga beberapa buah sekolah di kawasan Taman Melawati ini.
Saya sertakan foto kenangan beberapa kedai-kedai yang pernah wujud di sekitar Taman Melawati yang sering saya kunjungi suatu ketika dahulu.
BALAI POLIS TAMAN MELAWATI
Balai Polis Taman Melawati lama terletak di deretan Rumah Kedai di Jalan Bandar 3, Taman Melawati. Agak lama jugalah Balai Polis ini bertapak di rumah kedai itu. Akhirnya Balai Polis mendapat tapak barunya berhampiran Lorong Selangor di Taman Melawati dan dinaikkan taraf kepada IPD Ampang Jaya.
BIOCAFE STATION
Biocafe Station ini dahulunya terletak di Jalan E1 Taman Melawati. Saya dan isteri sempat beberapa kali makan dan minum di Cafe ini sebelum ianya menutup perniagaannya.
GARDEN BISTRO CALYPSO
Kedai Makan Garden Bistro Calypso terletak di Jalan Bandar 11, Taman Melawati ini dulu sering juga saya dan isteri kunjungi. Saya tak ingat bila ianya ditutup dan sekarang diganti oleh Nasi Kandar Beratur 786.
D Manja Cafe yang terletak di Lorong Selangor, Taman Melawati adalah kedai makan favourite saya dan isteri kalau kami berurusan di Maybank atau CIMB Taman Melawati.
Namun di Manja Cafe akhir menutup perniagaannya dan diganti dengan Kedai Kopi Hj Zul. Seingat saya saya pernah sekali masuk kedai Kopi Hj Zul ini iaitu semasa COVID dulu. Saya masih simpan lagi MySejahtera semasa membeli makanan di kedai Kopi Hj Zul, kerana masa itu masih dalam PKP jadi kami hanya beli bungkus, tidak boleh makan di kedai.
Sekarang ini premis D Manja Cafe & Kedai Kopi Hj Zul (April 2025) adalah kedai makan juga iaitu Dapur Mama Original Nasi Kukus.
JABATAN PENDAFTARAN NEGARA
Dulu di Taman Melawati ini ada pejabat Jabatan Pendaftaran Negara. Amat memudahkan jika kita nak perbaharui Kad Pengenalan atau jika Kad Pengenalan Hilang. Namun akhirnya pejabat JPN di Taman Melawati ini ditutup dan premis itu sekarang diambilalih oleh sebuah kedai makan.
Kedai Makan Pha-Pha Garden ini terletak di Jalan Bandar Taman Melawati. Saya tidak pernah makan di sini, tapi kedai sebelum ini iaitu Restoran nasi Kandar Kampung Pandan (tidak ada foto kenangan), selalu juga saya kunjungi.
Premis ini sekarang diambilalih oleh Restoran Kari Kepala Ikan Melawati, pernah beberapa kali makan di sini.
DULU - 2014
KINI - 2024
Siapa pergi Restoran Kari Kepala Ikan Melawati boleh try pancake (lempeng).
MEE TARIK WARISAN, MELAWATI MALL
Satu lagi kedai makan favourite iaitu Chinese Muslim Food di Mee Tarik Warisan yang terletak di Melawati Mall. Dah beberapa kali saya bawa keluarga menjamu selera di sini.
Namun sayang, kedai ini juga telah menutup operasinya di Melawati Mall. Mungkin ditempat lain ada, kena google.
RESTORAN OMAR
Restoran Omar bersebelahan dengan Maybank Taman Melawati, dulunya antara Restoran Mamak yang selalu juga saya kunjungi selesai urusan di Maybank. Tapi sekarang sudah tutup setelah agak lama juga beroperasi di sini.
Dulu Sakura Kristal sekarang dah jadi Sekarang dah jadi Serasa Garden. Semasa Sakura Kristal dulu tak pernah sekali pun makan di situ. Tapi setelah Serasa Gerden ambilalih, adalah 2 kali saya pernah makan disitu.
RESTORAN SAMBEL COBEK SOLO
Restoran Sambel Cobek Solo terletak di Jalan Bandar 3, Taman Melawati ini adalah dimiliki oleh anak perempuan kepada sahabat sama skot dengan saya ketika dalam perkhidmatan TLDM dahulu. Kami satu skot dan pernah berkhidmat satu kapal di KD Lekir.
Restoran ini banyak meninggalkan kenangan buat Skot 139/80 Tentera Laut Di Raja Malaysia kerana di Restoran inilah Reunion pertama intake 139/80 di adakan pada 23 Mei 2015.
Restoran Sambel Cobek Solo ini akhirnya menutupkan operasinya dan digantikan dengan sebuah pasaraya iaitu Shop Smart. Namun kedai Serbaneka Shop Smart ini pun tidak lama beroperasi dan diganti pula dengan Pasaraya Giant Mini sehingga blog ini ditulis.
Foto kenangan ketika Melawati Masih dalam pembinaan.
MELAWATI CORPORATE CENTRE
Melawati Corporate Centre merupakan komponen utama dalam rancangan pembangunan semula bandar Melawati. Terletak secara strategik di pintu masuk ke Melawati dan di sepanjang MRR2 untuk akses segera ke rangkaian perkhidmatan jalan raya dan rel yang komprehensif.
Melawati Corporate Center ketika dalam pembinaan
Di Jalan Bandar Taman Melawati dulu pernah terdapat Pasaraya UO, namun sekarang sudah tidak beroperasi dan digantikan dengan Tim Tea House Cafe dan Kedai Hiasan Dalam Teratai Sari.
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
22 April 2025: 1.06 p.m
No comments:
Post a Comment