Taman Permata berada dalam mukim Hulu Kelang dan terletak kira-kira 15 km dari pusat bandaraya Kuala Lumur. Taman Permata berjiran dengan Taman Melawati, Lembah Keramat, Wangsa Melawati dan Wangsa Maju. Dibuka sekitar 1980 an, asalnya sebuah perkampungan Melayu yang dibangunkan menjadi taman perumahan. Pemaju kawasan Taman Permata ialah Bitaria Sdn Bhd.
Sepanjang 46 aku menetap di Lembah Keramat, Kuala Lumpur dari tahun 1979 sehingga kini, Taman Permata adalah bandar dimana aku sering membeli-belah , bersarapan pagi, makan tengahari dan sebagainya, kerana disini terletaknya Giant Hypermarkat, dan juga restoran-restoran favourite saya yang banyaknya dah hanya tinggal kenangan.....
Saya sertakan foto-foto kenangan Taman Permata dulu dan kini...
Ada satu blok kedai ni yang saya ingat banyak kali bertukar owner yang mana sekarang ini (2025) adalah Poliklinik Permata. Poliklinik Permata ini pun sebenarnya dah lama di Tmn Permata ini cuma dia bertukar tempat sahaja.
Sebelum Poliknilik Permata, yang setakat saya boleh ingat ialah kedai Lampin Bayi. Kedai Lampin Bayi tu boleh dikatakan lama juga bertahan di situ sebab semasa anak bongsu saya masih baby lagi, kedai itulah saya selalu beli lampin sehingga akhirnya ia menutup perniagaannya dan shoplot itu akhirnya silih berganti pemiliknya.... anak bongsu saya pun sekarang dah 25 tahun dan bekerja di KFC di Giant Hypermarket di belakang kedai ini....
Poliklinik Permata tu tak tahulah berapa lama boleh tahan.....
Kedai The Peak Coffee itu dulu favourite saya dan wife, kami selalu lepak-lepak disitu selepas pulang dari kerja, kedai itu memang untuk santai-santai, menunya western style yang simple simple... akhirnya tutup juga...
Restoran Cheese Banjir ini pun seingat saya hanya sempat bertahan beberapa bulan sahaja, hinggakan saya sendiri pun tidak sempat menjamu selera di sini, tahu-tahu dah tutup.
Restoran Cheese Banjir yang hanya sempat bertahan beberapa bulan digantikan pula dengan kedai Food Market, yang ini pun saya ingat tak lama juga, tak sampai setahun atau setahun lebih, akhirnya tutup juga.... saya sempat juga sekali dua beli barangan makanan ringan di sini.
Restoran Hj Imran yang paling lama bertahan pun, dari anak-anak saya masih kecil lagi sampai dah bujang.....akhirnya tutup juga....sebenarnya bukan tutup, ia berpindah ke beberapa blok dari sini bersebelahan dengan Restoran Haji Tapah (owner yang sama juga), cuma Premis Haji Imran kini hanya menjadi premis untuk makan sahaja, semua masak memasak dilakukan di Restoran Hj Tapah bersebelahan dengannya.
Sebelum Kuwait Finance House, seingat saya dulu adalah kedai Elektrik, saya tak ingat nama kedai itu dan sayang sekali tak ada foto kenangan kedai itu. Saya ingat sebab saya pernah beli barangan elektrik di situ.
Selepas Kuwait Finance House ditutup, Restoran Syed Maju mengambilalih premis ini. Dulu Restoran Syed Maju ini terletak dibelakang premis ini (Tempat Old Town Coffee House), tapi kemudian berpindah kesebelah belakang sahaja.
Old Town White Coffee ini bertahan agak lama juga, tapi akhirnya menutup perniagaannya. Premis ini kemudian diambilalih oleh Restoran Syed Maju, tidak lama kemudian Restoran Syed Maju berpindah pula ke beberapa blok dari premis ini (lihat foto diatas).
Dulu ada kedai 7-Eleven di Taman Permata ini, kemudiannya ditutup dan diambil alih oleh beberapa kedai sehingga akhirnya semasa blog ini ditulis (tahun 2025), Kedai makan Manja Delight mengambilalih. Restoran Manja Delight ini sering menjadi pilihan saya dan isteri untuk bersarapan pagi dan makan tengahari.
Restoran Qudrat pernah beroperasi di Taman Permata. Saya juga pernah sekali sekala makan di Restoran ini. Akhirnya menutup perniagaanya, tidak ingat kali terakhir saya makan di sini.
Premise MDC Publishers Sdn Bhd diambilalih oleh Achik Printing yang juga mempunyai cawangannya di Taman Melawati, Hulu Kelang, Selangor.
Farmasi Khaliff pernah beroperasi di sebelah Restoran Hj Imran suatu ketika dahulu. Selepas ditutup, premis ini diambilalih oleh Farmasi AmalMedik.
Farmasi AmalMedik juga pernah beroperasi di Taman Permata selepas Farmasi Khaliff disebelah Restoran Haji Imran. Saya dulu sering membeli ubat di Farmasi ini. Sekarang telah ditutup operasinya, namun ada Poliklinik AmalMedik di Taman Melawati. Terkini premis ini (2025) ialah Pusat Servise Kereta dan Tayar Hi-Rev.
Disebelah Pusat Service Kereta dan Tayar Hi-Rev ini dulunya adalah Orange Cybercafe. Saya pernah sekali sahaja masuk cybercafe ini dulu ketika komputer saya rosak, terpaksa guna cybercafe nak buat kerja rumah dan office. Sekarang Cybercafe Orange ini sudahpun ditutup.
Kedai Peralatan Dapur Happy Home ini mengambil alih premis Kedai Gunting ini juga akhirnya menutup operasinya awal 2025 dan sehingga blog ini ditulis (17 April 2025), premis ini sekarang sedang direnovate untuk kedai Eco.
Kedai Perabot Decorwin Furnishing Sdn Bhd antara kedai perabot yang sering saya dan isteri kunjungi dan pernah membeli beberapa barangan perabot di kedai ini. Kedai ini juga telah menutup operasinya mungkin kerana terlalu banyak saingan kedai Perabot di Taman Permata ini.
Kedai Foto Bayu ini sering saya kunjungi untuk mencuci gambar dan juga mengambil foto paspot untuk umrah. Sekarang ini (2025) premis ini dah jadi kedai Dobi Queen.
Banyak juga kenangan saya dengan Kedai Kasut Hypershoe ini, kerana disinilah dulu saya selalu beli kasut sekolah anak-anak saya ketika mereka masih lagi bersekolah. Sekarang ini anak saya dah bujang dan bekerja. Premis ini sekarang ini (2025) adalah Farmasi Sunway Multicare.
Foto kenangan ketika Perintah Kawalan Pergerakan, COVID 19 (PKP) tahun 2020. Sunyi sepi Taman Permata ketika diwaktu malam.
Banyak kenangan saya di Taman Permata ni..... tapak Giant Hypermarket tu dulu tempat Parking kereta dan Pasar Malam disebelah malam.....
Dulu ada Bank di Taman Permata, kalau otai-otai masih ingat dulu ada Kwong Yik Bank dan Kuwait Finance..... sekarang satu bank pun tak ada...
Anak-anak saya membesar dengan kedai-kedai di Taman Permata ini....
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
11/1/2025 : 1.43 a.m
No comments:
Post a Comment