Thursday, 18 March 2021

Misteri 2 juta Tuyere di Tapak Arkeologi Sungai Batu

SUMBER: SRIKANDI

Salah satu misteri di Tapak Arkeologi Sungai Batu adalah benda ini, tuyere. Tuyere adalah alat peniup angin.
"Pergilah mana-mana sahaja di Kompleks Arkeologi Sungai Batu, pasti akan menjumpai 'tuyere' (peniup angin), iaitu peralatan penting dalam industri kuno peleburan besi.
"Ia berbentuk bulat panjang bersaiz lapan inci dan ada lubang di tengahnya yang digunakan oleh masyarakat purba Sungai Batu ketika itu untuk mengepam udara di relau (furnace) semasa proses peleburan.
"Kami menjumpai lebih dua juta tuyere di sini. Jadi, dengan jutaan tuyere dan 12 tapak peleburan serta kehadiran begitu banyak bijih besi, bayangkan bagaimana sibuknya industri peleburan besi di sini ketika itu," kata Prof Datuk Dr Mokhtar Saidin.
Imagine this... bukan 10, bukan 1000. Bukan juga 10,000 tetapi lebih 2,000,000 tuyere ditemui!
Antara misteri yang masih belum dipecahkan ialah: di mana produk akhir peleburan besi di Tamadun Sungai Batu?
Mungkinkah semua produk besi digunakan untuk satu peristiwa besar-besaran sekitar kerancakan aktiviti di tapak arkeologi itu pada masa silam? Seperti peperangan di Kurukshetra dalam epik Mahabharata?
Sebab ada pengkaji seperti Asko Parpola mencadangkan peperangan dalam epik Mahabharata itu terjadi dalam lingkungan 750-350 Sebelum Masehi. Ahli arkeologi India, B. B Lal pula menganggarkan sekitar 836 Sebelum Masehi dan masih tidak jauh dalam 48 tahun beza masanya berbanding usia terkini Tamadun Sungai Batu (788 Sebelum Masehi). Malah usia tamadun ini dijangka semakin beranjak lagi ke belakang jika tapak-tapak baru dibuka.
Siapakah yang mampu membekalkan senjata kepada 1,530,900 askar di pihak Pandava dan 2,405,700 di pihak Kaurava? Mereka memerlukan pedang, mata tombak, mata anak panah dan gada berserta baju besi dan kelengkapan lainnya. Siapakah pembekal kepada material besi kepada 153,090 kereta kuda di pihak Pandava dan 240,570 di pihak Kaurava?
Siapa?
Jadi, sekali lagi... pernah tak kalian baca laporan yang mengatakan berjuta-juta tuyere (alat peniup) ditemui bersepah di tapak arkeologi Sungai Batu dan terfikir, ke mana semua hasil besi dieksport?
Berapa tuyere untuk satu relau? Berapa tempoh tarikh luput tuyere atau berapa kali tuyere boleh digunakan dalam satu-satu projek perindustrian?
Berjuta-juta tau... untuk apa? Berjuta-juta tuyere yang bersepah itu menunjukkan adanya perindustrian besar-besaran tahap mega untuk mengilang produk-produk besi. Untuk orang-orang Melayu di kampung-kampung sekitar? Rumah-rumah mereka semua pakai besikah?
Fikir... besi yang banyak untuk apa?
Jika ada pengeluaran, mesti ada permintaan.
Apa yang menariknya lagi, Tamadun Sungai Batu dari segi pentarikhan telah mengatasi Tamadun Yunani dan Tamadun Rom yakni Ancient Rome dan Classical Greece.
Mungkinkah jawapannya ada di bawah tapak-tapak yang belum dibuka dan dikaji itu di sekitar Tapak Arkeologi Sungai Batu?
Imagine this...
Di kala dewa-dewi Hindu berperang di Kurukshetra, di kala Olympian berperang dengan Titan...
...nenek moyang Melayu sedang sibuk menempa besi-besi,
"...forging weapons for all those gods..."
~Srikandi
The History of Thy Beloved

C&P: 18 MARCH 2021 @ 5 SYAABAN 1442H: 10.36 PM

No comments: