Tuesday, 9 March 2021

Aduan Buruh

 Sumber: Jabatan Tenaga Kerja

{slider Pengurusan Aduan Buruh Oleh Jabatan Tenaga Kerja}

Aduan merupakan manifestasi wujudnya suatumasalahyang memerlukanperhatian segera.Daripadaaduan yangditerima Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia boleh mengenalpastidengansegeradanjelastentang masalahditempat pekerjaandandenganitu Jabatan berupaya mengambil langkah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah itu dengan cepat.

 JTK menerima aduan daripada pelbagai sumber iaitu :

  1. Pengadu sendiri
  2. Biro Pengaduan Awam
  3. Pejabat Menteri/Timbalan Menteri Sumber Manusia
  4. Pejabat Perdana Menteri
  5. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
  6. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
  7. Kedutaan
  8. Badan Bukan Kerajaan (NGO)
  9. Agensi-agensi lain

Aduan yang dikendalikan oleh JTK adalah :

(I)     Aduan oleh pekerja terhadap majikannya keranatidakmematuhiperuntukkanundang- undang buruh yang mengakibatkan pekerja kehilangan sesuatu faedah kewangan (monetary benefit) atau faedah bukan kewangan (non-monetary benefit). Contoh adalah seperti berikut :

  1. Tidak dibayar gaji
  2. Tiada cuti tahunan
  3. Tidak melapor penggajian pekerja asing
  4. Diberhentikan kerja tanpa notis
  5. Tiada kontrak perkhidmatan
  6. Lewat bayar gaji
  7. Majikan tidak mematuhi Perintah Gaji Minimum 2012
  8. Majikan tidak mematuhi Akta Umur Persaraan Minimum 2012

(II)     Aduan oleh pekerja atau pihak-pihak lain terhadap majikan yang ingkar mematuhi dasar Kerajaan atau adat resam serta amalan buruh yang tidak sihat.Contoh:

  1. Diskriminasi kaum
  2. Tidak dibenarkan solat
  3. Amalan Buruh Tak Saksama
  4. Diskriminasi kaum/jantina

JTK akan menyiasat setiap aduan yang diterima berdasarkan isu-isu yang dibangkitkan. Sekiranya hasil siasatan mendapati aduan berasas, majikan boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut kesalahan yang dilakukan seperti diberi notis pematuhan, dikenakan tindakan kompaun atau pendakwaan.

Sekiranya aduan melibatkan tuntutan kewangan dan hasil siasatan mendapati pengadu layak untuk membuat tuntutan, pengadu akan dinasihatkan untuk memfailkan kes buruh. 

Bagi aduan yang melibatkan soal dasar, agama dan penggajian majikan akan diberi penjelasan berhubung dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dan dinasihatkan agar memberi pertimbangan sewajarnya terhadap isu yang dibangkitkan demi menjamin keharmonian industri.

{slider Isu-Isu Aduan yang Dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Kerja}

Antara Isu-isu aduan yang dikendalikan oleh Jabatan TenagaKerjaSemenanjungMalaysia adalah seperti berikut:-

Akta Kerja 1955, Peraturan-Peraturan Dan Perintah

  1. Baki gaji
  2. Gaji ganti notis
  3. Gaji cuti am
  4. Gaji cuti tahunan
  5. Gaji cuti sakit
  6. Gaji kerja pada hari rehat mingguan
  7. Gaji kerja cuti am
  8. Gaji kerja lebih masa pada hari biasa
  9. Gaji kerja lebih masa pada hari rehat mingguan
  10. Gaji kerja lebih masa pada cuti am
  11. Cuti/elaun bersalin
  12. Faedah penamatan kerja
  13. Penggajian pekerja asing
  14. Pelanggaran kontrak pekerjaan
  15. Lain-lain

Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990

  1. Bekalan air tidak diberi/mencukupi/bersih
  2. Membina rumah tanpa kelulusan pelan
  3. Bekalan elektrik tidak diberi/mencukupi
  4. Lain-lain

 Akta (Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1966

  1. Tidak diberi faedah statutori
  2. Melanggar syarat penggajian
  3. Lain-lain

Akta Pampasan Pekerja 1952

  1. Tidak menginsurankan pekerja
  2. Tidak melapor kemalangan pekerja
  3. Belum dibayar pampasan
  4. Lain-lain

Isu melibatkan dasar, agama dan penggajian

  1. Pelanggaran dasar kerajaan
  2. Diskriminasi kaum
  3. Tiada peluang / tempat sembahyang
  4. Amalan Buruh Tak Saksama
  5. Gaji rendah / Tiada kenaikan gaji
  6. Penindasan oleh majikan
  7. Diskriminasi kaum/Jantina
  8. Lain-lain

Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011

  1. Tidak membayar gaji minima

 Akta Umur Persaraan Minima 2012

  1. Tidak mengikut umur persaraan minimum

 Akta Anti Pemerdagangan dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIP)

{slider Tatacara Membuat Aduan}

Pengadu boleh membuat aduan melalui :

    1. Hadir sendiri ke Pejabat Tenaga Kerja yang berhampiran dengan tempat kerja
    2. Surat kepada Jabatan Tenaga Kerja
    3. Telefon ke talian telekerja JTK (senarai telekerja)
    4. Emel rasmi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.

Untuk mempercepatkan tindakan terhadap Aduan Perburuhan, pengadu (Majikan/ Pekerja) perlu hadir sendiri ke Pejabat Tenaga Kerja bersama dengan dokumen yang diperlukan. Setiap aduan akan di kendalikan oleh Pegawai Buruh Terlatih di Pejabat Jabatan Tenaga Kerja mengikut kawasan tempat pekerjaan.

 Dokumen Sokongan yang diperlukan

  1. Kad Pengenalan/ Pasport
  2. Surat Lantikan/ Kontrak Perkhidmatan
  3. Slip Gaji/ Slip Bayaran Upah
  4. Kad kedatangan
  5. Surat Tunjuk Sebab/ Surat Penamatan Kerja (Jika berkaitan)
  6. Dokumen lain yang berkaitan kontrak penggajian.

{slider Soalan Lazim}

 1. slider Adakah majikan perlu memaklumkan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) sekiranya ingin melakukan pemberhentian pekerja?

  • Majikan perlu melaporkan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) yang terdekat dengan mengisi Borang PK dan Lampiran 1 dalam tempoh 30 hari sebelum pemberhentian kerja dilaksanakan

2.  Apakah itu Pemberhentian Secara Sukarela  VSS?

  • Pemberhentian secara sukarela mengikut pakej yang lebih baik yang ditawarkan oleh

3.  Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan pekerjaan/pekerja?

  • Anda boleh mendaftar di portal JobsMalaysia http://www.jobsmalaysia.gov.my dan membuat carian kerja/calon aau hadir ke pusat Jobsmalaysia yang terdekat.

4.  Bagaimana untuk memohon geran SBGP-OKU?

  • Anda dikehendaki melengkapkan Borang SBGP-OKU dan memenuhi syarat-syarat senarai semak kemudian mengemukakan ke Pejabat Tenaga Kerja yang berhampiran dengan tempat perniagaan

5. Apakah yang perlu disediakan oleh majikan sekiranya menggajikan pekerja?

  • Majikan perlu menyediakan kontrak perkhidmatan dan memberi satu salinan kepada pekerja sebaik pekerja memulakan perkhidmatan

6. Apakah boleh mengubah syarat-syarat perkhidmatan?

  • Mana-mana syarat perkhidmatan yang kurang memberi faedah kepada pekerja adalah terbatal dan tidak berkuatkuasa sekiranya tidak mengikut terma atau syarat yang ditetapkan dalam Akta Kerja 1955

7.  Apakah tanggungjawab majikan sekiranya ingin menamatkan perkhidmatan pekerja

  • Gaji ganti notis jika majikan tidak memberi notis yang mencukupi
  • Faedah penamatan kerja bagi pekerja yang genap 12 bulan berturut-turut perkhidmatanya dengan majikan yang sama
  • Cuti rehat tahunan jika berkelayakan
  • Lain-lain bayaran yang berhak diterima oleh pekerja contoh baki gaji

8.  Berapakah tempoh notis penamatan yang perlu diberikan oleh majikan atau pekerja? Sekiranya tidak ada ternyata di dalam kontrak perkhidmatan tempohnya adalah seperti berikut:

  • Kurang dua tahun perkhidmatan 4 minggu notis atau 4 minggu upah ganti notis
  • Dua tahun tetapi kurang lima tahun perkhidmatan 6 minggu notis atau 6 minggu upah ganti notis
  • Lima tahun perkhidmatan ke atas 8 minggu notis atau 8 minggu upah ganti notis

9.  Apakah yang patut dilakukan oleh majikan/pekerja sekiranya mana-mana pihak sengaja melanggar kontrak perkhidmatan?

  • Mana-mana pihak boleh menamatkan perkhidmatan tanpa notis sekiranya berlaku perlanggaran kontrak perkhidmatan yang disengajakan

10. Apakah tindakan yang perlu diambil bila pekerja melakukan kesalahan?

  • Majikan boleh memecat tanpa notis atau menurun pangkat pekerja atau mengenakan hukuman ringan yang berpatutan tanpa menjejaskan gajinya apabila telah melaksanakan penyiasatan dalaman

11.  Berapa had minima gaji pekerja yang dilindungi oleh Akta Kerja 1955?

  • Mulai 1 April 2012, Gaji Pekerja yang dilindungi adalah sehinggan RM2000 sebulan (Tidak termasuk pekerja 'manual' yang tiada had gaji)

12.  Bilakah tempoh terakhir pembayaran upah?

  • Tidak lewat daripada hari ke tujuh mana-mana tempoh upah

13.  Bilakah segala pembayaran perlu dilakukan sekiranya pekerja ditamatkan?

  • Tidak lewat pada hari kontrak itu ditamatkan

14.  Bilakah segala pembayaran perlu dilakukan sekiranya pekerja sendiri berhenti kerja?

  • Tidak lewat daripada hari ketiga kontrak itu ditamatkan oleh pekerja

15.  Adakah upah perlu dibayar sekiranya pekerja tidak hadir disebabkan kehadiran di mahkamah atau dipenjarakan?

  • Upah tidak perlu dibayar kepada pekerja atas sebab di atas selain menjadi saksi bagi pihak majikannya

16.  Bolehkah potongan upah dilakukan bila terlebih membayar upah pekerja pada lima bulan yang lepas?

  • Upah boleh dipotong hanya dalam masa tiga bulan sebelum atas kesilapan majikan sahaja

17.  Bolehkah potongan dilakukan untuk tujuan pakaian seragam atau bil perubatan?

  • Boleh dilakukan apabila mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK)

18.  Bolehkah pembayaran upah dibuat oleh majikan melalui bank atau cek?

  • Boleh dengan syarat mendapat surat persetujuan daripada pekerja

19. Adakah pekerja wanita boleh bekerja jam 12.00 malam?

  • Tidak boleh bekerja di antara jam sepuluh malam hinnga 5.00 pagi melainkan dengan kebenaran Ketua Pengarah

20.  Dalam sektor manakah pekerja wanita dilarang bekerja?

  • Sektor perusahaan atau sektor pertanian dan dilarang bekerja di bawah tanah

21.  Berapa harikah cuti bersalin bergaji yang pekerja wanita layak menerimanya?

  • 60 hari secara berterusan

22.  Adakah seseorang pekerja wanita layak menerima gaji/elaun bersalin jika sudah ada lima orang anak?

  • Kelayakan menerima gaji/elaun bersalin setakat lima orang anak yang masih hidup

23.  Berapakah jumlah elaun bersalin yang berhak diperolehi?

  • Bagi yang bergaji bulanan mereka dianggap telah menerima elaun bersalin apabila dibayar gaji bulanan berterusan. Walaubagaimana pun bagi mereka yang bergaji harian/jam/kadar jumlah elaun bersalin hendaklah bersamaan dengan kadar upah biasa sehari dan jika kurang dari RM 6.00 hendaklah dibayar sekurang-kurangnya RM 6.00 sehari.

24.  Adakah cuti bersalin boleh diambil sebelum bersalin?

  • Cuti bersalin boleh diambil lebih awal apabila mendapat pengesahan dari pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar yang dilantik oleh majikan. Pekerja tersebut boleh mengambil cuti bersalin pada bila-bila masa dalam tempoh empat belas hari sebelum tarikh bersalin

25.  Adakah seseorang pekerja wanita layak menerima elaun cuti bersalin apabila beliau berhenti kerja semasa mengandung lima bulan kemudian bekerja dengan majikan baru?

  • Layak menerima elaun bersalin dengan syarat beliau digajikan oleh majikan tersebut pada mana-mana hari dalam tempoh empat bulan sebelum bersalin dan digajikan sekurang-kurangnya sembilan puluh hari dalam tempoh mengandung

26.  Apakah syarat-syarat kelayakan untuk mendapat elaun bersalin?

  • Melahirkan anak setakat lima orang yang masih hidup
  • Digajikan pada mana-mana hari dalam tempoh empat bulan sebelum bersalin
  • Digajikan sekurang-kurangnya sembilan puluh hari dalam tempoh mengandung

27. Apakah had kerja lebih masa? Had kerja lebih masa tidak boleh melebihi 104 jam dalam sebulan?

28.  Berapa jumlah jam bekerja yang dibenarkan untuk sehari?

  • Tidak melebihi lapan jam sehari
  • Tidak lebih dari 5 jam berturut-turut tanpa rehat tidak kurang daripada tiga puluh minit
  • Tidak melebihi tempoh sepuluh jam satu hari
  • Tidak melebihi empat puluh lapan jam dalam satu minggu
  • Tidak boleh melebihi 12 jam sehari bagi pekerja yang bekerja syif

29.  Bagaimana sekiranya pekerja bekerja pada cuti rehat mingguan?

  • Majikan dikehendaki membuat bayaran kerja pada cuti rehat mingguan seperti berikut:

    Upah bulanan: Jika bekerja kurang dari separuh jam kerja biasa bayaran bersamaan separuh hari gaji pada kadar upah biasa. jika bekerja lebih dari separuh tetapi tidak melebihi jam kerja biasa bayaran bersamaan satu hari gaji pada kadar upah biasa.

    Upah harian/jam/kadar: Bekerja kurang dari separuh jam kerja biasa bayaran bersamaan satu hari gaji pada kadar upah biasa. Jika bekerja lebih dari separuh tetapi tidak melebihi jam kerja biasa bayaran bersamaan dua hari upah pada kadar upah biasa

30. Bagaimana pengiraan kerja lebih masa?

  • Kerja pada hari biasa dengan kadar satu setengah (1.5)

    Pengiraan

Upah Bulanan

:

Upah ÷ 26 ÷ 8 X 1.5 X Jumlah Jam Kerja Lebih Masa

Upah Harian

:

Upah ÷ 8 X 1.5 X Jumlah Jam Kerja Lebih Masa

  • Kerja pada hari cuti rehat mingguan dengan kadar dua (2.0)

    Pengiraan

Upah Bulanan

:

Upah ÷ 26 ÷ 8 X 2.0 X Jumlah Jam Kerja Lebih Masa

Upah Harian

:

Upah ÷ 8 X 2.0 X Jumlah Jam Kerja Lebih Masa

  • Kerja pada hari cuti kelepasan am dengan kadar tiga (3.0)

    Pengiraan

Upah Bulanan

:

Upah ÷ 26 ÷ 8 X 3.0 X Jumlah Jam Kerja Lebih Masa

Upah Harian

:

Upah ÷ 8 X 3.0 X Jumlah Jam Kerja Lebih Masa

31.  Apakah yang dimaksudkan kadar upah biasa?

  • Kadar upah biasa bagi pekerja bergaji bulan dikira mengikut formula:

Kadar Upah Bulanan
26

  • Kadar upah biasa bagi pekerja bergaji mingguan dikira mengikut formula:

Kadar Upah Mingguan
6

32.  Berapa hari cuti rehat mingguan yang layak diperolehi oleh pekerja?

  • Pekerja layak sekurang-kurangnya satu hari cuti rehat mingguan dalam 1 minggu tetapi sekiranya terdapat lebih dari satu hari cuti rehat, maka hari yang terakhir adalah dikira sebagai cuti rehat mingguan

33.  Berapakah jumlah minimum cuti umum yang layak oleh pekerja dalam setahun?

 Sekurang-kurangnya 10 hari cuti yang diwartakan dalam setahun termasuk empat hari cuti umum iaitu:

  • Hari Keputeraan D.Y.M.M Yang Dipertuan Agong
  • Hari Keputeraan Sultan/ Yang Dipertua Negeri/ Wilayah Persekutuan
  • Hari Pekerja
  • Hari Kebangsaan
  • Cuti yang diisytiharkan di bawah Seksyen 8 Akta Cuti 1951

34.  Berapakah kadar bayaran bagi kerja pada hari cuti kelepasan am?

  • Bagi pekerjayang bergaji bulanan, mingguan, harian dan jam, kadar upah dibayar 2 hari upah pada kadar biasa. Bagi pekerja yang dibayar upah mengikut kadar kerja (piece rate), kadar upah dibayar 2 kali ganda kadar biasa bagi satu kadar

35.  Berapakah jumlah cuti tahunan yang layak diperolehi oleh seorang pekerja?

  • Kurang dua tahun - 8 hari setahun
  • Dua tahun hingga kurang lima tahun – 12 hari setahun
  • Lima tahun dan ke atas – 16 hari setahun

36.  Apakah syarat yang melayakkan pekerja mendapat cuti tahunan?

  • Pekerja perlulah bekerja bagi tempoh 12 bulan berturutan dengan majikan yang sama tetapi sekiranya pekerja tidak hadir bekerja tanpa kebenaran majikan tanpa alasan munasabah melebihi 10% daripada 12 bulan hari bekerja maka pekerja tersebut telah hilang hak untuk mendapat cuti tahunan

37.  Berapakah jumlah cuti sakit berbayar yang berhak didapati oleh seorang pekerja?

  • Kurang dua tahun - 14 hari setahun
  • Dua tahun hingga kurang lima tahun – 18 hari setahun
  • Lima tahun dan ke atas – 22 hari setahun
  • Hospitalisasi 60 hari secara agregat

38.  Adakah sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor pergigian boleh dianggap sebagai cuti sakit berbayar?

  • Sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor pergigian boleh diterima sebagai cuti sakit

39.  Berapa lamakah tempoh yang diperlukan untuk menyerahkan sijil cuti sakit kepada majikan?

  • Sijil cuti sakit perlu diserahkan kepada majikan dalam tempoh 48 jam daripada cuti sakit itu bermula

40.  Adakah pekerja berhak mendapat cuti sakit berbayar ketika beliau mendapat elaun bersalin?

  • Pekerja tidak layak mendapat cuti sakit berbayar bagi tempoh dimana pekerja berhak mendapat elaun bersalin

 41. Adakah pekerja berhak mendapat cuti sakit berbayar ketika beliau mendapat kemalangan?

  • Pekerja tidak layak mendapat cuti sakit berbayar bagi tempoh dimana pekerja berhak mendapat pampasan hilangupaya di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 atau bayaran berkala hilangupaya sementara di bawah Akta Perkeso 1969

42.  Adakah cuti tahunan boleh digantikan dengan cuti sakit semasa sedang bercuti tahunan?

  • Cuti tahunan dianggap tidak diambil

43. Apakah syarat-syarat asas berkaitan faedah penamatan kerja?

  • Kontrak perkhidmatan ditamatkan oleh majikan di bawah suatu kontrak yang berterusan tidak kurang 12 bulan.

44.  Apakah sebab-sebab majikan wajib membayar faedah penamatan kerja?

  • Faedah penamatan kerja wajib dibayar apabila majikan menamatkan kontrak perkhidmatan atas apa jua sebab.

45.  Adakah terdapat pengecualian bagi majikan membayar faedah penamatan kerja?

 Ya, majikan dikecualikan membayar faedah penamatan kerja apabila:

  • Kontrak perkhidmatan ditamatkan atas sebab pekerja telah mencapai umur persaraan
  • Pekerja telah ditamatkan perkhidmatan di bawah Seksyen 14(1)(a) Akta Kerja 1955 selepas siasatan sewajarnya dilakukan
  • Pekerja sendiri telah meletakkan jawatan kecuali di bawah Seksyen 13(2) atau 14 (3) Akta Kerja 1955
  • pekerja yang kontrak perkhidmatannya diperbaharui atau digajikan semula dengan syarat terma dan syarat-syarat perkhidmatan adalah sama atau lebih baik

46.  Apakah kadar bayaran faedah penamatan kerja?

 Jumlah bayaran faedah penamatan kerja tidak boleh kurang daripada berikut:

  • Kurang dua tahun berkhidmat – 10 hari upah setiap tahun perkhidmatan
  • Lebih dua tahun tetapi kurang lima tahun – 15 upah setiap tahun perkhidmatan
  • Lima tahun ke atas berkhidmat - 20 upah setiap tahun perkhidmatan

47.  Bilakah faedah penamatan kerja wajib dibayar?

  • Faedah penamatan kerja wajib dibayar pada hari ke tujuh dari tarikh penamatan berkuatkuasa

48.  Adakah majikan wajib memberikan butir-butir tentang pembayaran faedah penamatan kerja?

  • Majikan wajib menyediakan penyata yang mengandungi butir-butir berkaitan pengiraan faedah penamatan kerja

49.  Dalam keadaan apakah rentikerja sentara berlaku?

  • Ia berlaku apabila majikan tidak dapat memberikan pekerja kerja di mana upah dibayar berdasarkan kerja yang diberikan di dalam kontrak perkhidmatan tidak kurang dari 12 hari dalam mana-mana tempoh empat minggu yang berturutan

50.  Apakah kadar bayaran rentikerja sentara?

 Jumlah bayaran rentikerja sentara tidak boleh kurang daripada berikut:

  • Kurang dua tahun berkhidmat – 10 hari upah setiap tahun perkhidmatan
  • Lebih dua tahun tetapi kurang lima tahun – 15 hari upah setiap tahun perkhidmatan
  • Lima tahun ke atas berkhidmat - 20 upah hari setiap tahun perkhidmatan

51. Apakah formula pengiraan bayaran faedah penamatan kerja dan rentikerja sentara?

  • 12 Bulan Upah ÷ 365 X Kelayakan Kadar X Tempoh Perkhidmatan

52.  Adakah kegagalan majikan untuk membayar rentikerja sentara menyebabkan kontrak perkhidmatan terputus?

  • Kegagalan majikan untuk membayar rentikerja sentara tidak menyebabkan kontrak perkhidmatan terputus

 

53.  Apakah hukuman jika majikan lewat membayar upah?

  • Majikan yang lewat membayar upah adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 91(a) dan boleh dikenakan denda tidak lebih sepuluh ribu ringgit setiap kesalahan di bawah Seksyen 99a

54.  Apakah hukuman jika majikan membuat potongan terhadap upah yang berlawanan dengan Seksyen 24?

  • Majikan yang membuat potongan terhadap upah adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 91(c) dan boleh dikenakan denda tidak lebih sepuluh ribu ringgit setiap kesalahan di bawah Seksyen 99a

55.  Apakah hukuman jika majikan gagal membayar gaji cuti sakit?

  • Majikan yang gagal membayar gaji cuti sakit adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 100(5) dan sabit kesalahan mahkamah boleh memerintahkan majikan membayar jumlah gaji cuti sakit seolah-olah denda dikenakan di bawah Seksyen yang sama

56.  Apakah hukuman jika majikan gagal mematuhi perintah “Mahkamah Buruh” ?

  • Majikan yang gagal mematuhi perintah atau keputusan ‘Mahkamah Buruh” adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 69 (4) (atau Seksyen 69e bagi kes difailkan di bawah Seksyen 69b atau 69c). Sabit kesalahan boleh dihukum dengan denda tidak lebih RM 10,000.00 dan denda harian berjumlah rm 100.00 sehari akan dikenakan bagi kesalahan berterusan

57.  Apakah Mahkamah Buruh?

  • Ia merujuk kepada prosiding siasatan dimana Ketua Pengarah dan pegawai-pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk mendengar dan memutuskan aduan yang terbit berkaitan upah dan lain-lain bayaran di bawah kontrak perkhidmatan serta bayaran statutori yang diperuntukkan di bawah Akta Kerja 1955 dan akta majlis penetapan gaji 1948

58.  Apakah objektif Mahkamah Buruh?

  • Objektifnya adalah untuk menyelesaikan pertikaian secara mudah, murah dan cepat

59.  Berapakah jangka masa penyelesaian kes di Mahkamah Buruh?

  • Secara amnya,sasaran yang ditetapkan untuk penyelesaian kes ditetapkan tidak lebih tiga (3) bulan bergantung kepada kompleksiti undang-undang yang terlibat

60.  Siapa yang boleh membuat aduan di Mahkamah Buruh?

  • Pekerja-pekerja yang termasuk di bawah takrifan pekerja di bawah jadual pertama Akta Kerja 1955. Bagi pekerja yang tidak termasuk di bawah takrifan jadual pertama boleh memfailkan aduan di bawah peruntukkan Seksyen 69b. Bagi majikan pula, mereka boleh membuat aduan bagi tuntutan indemniti notis samada di bawah sesyen 69 atau Seksyen 69c yang mana berkaitan

61.  Apakah jumlah maksimum tuntutan di Mahkamah Buruh?

  • Mahkamah Buruh tidak mempunyai had jumlah tuntutan.

62.  Berapakah kos untuk memfailkan aduan di Mahkamah Buruh?

  • Pemfailan aduan adalah secara percuma. Kos-kos yang terlibat seperti pengangkutan dan lain-lain ditanggung oleh pihak masing-masing

63.  Bagaimanakah untuk memfailkan aduan?

  • Aduan boleh dibuat dengan hadir secara sendiri ke Pejabat Tenaga Kerja yang berhampiran

64.  Adakah peguam boleh hadir untuk mewakili pihak-pihak di dalam prosiding Mahkamah Buruh?

  • Perwakilan tidak diperuntukkan dibawah Akta Kerja 1955. Walaubagaimanpun, pegawai yang mengendalikan kes boleh menggunakan kuasa budibicara bagi membenarkan mana-mana pihak di dalam kes yang dikendalikan untuk diwakili. Mana-mana pihak di dalam kes yang ingin diwakili hendaklah mengemukakan borang surat kuasa bertindak sebelum kes bermula

65.  Sekiranya perintah dibuat bagi pihak saya dan tidak dipatuhi. Apakah tindakan seterusnya yang boleh diambil?

  • Apabila perintah yang dibuat gagal dipatuhi oleh pihak yang perintah telah dibuat terhadapnya. Maka perintah tersebut boleh dikuatkuasakan di mahkamah sesyen atau majistret yang berkaitan seolah-olah perintaha tersebut adalah perintah yang dibuat oleh mahkamah yang berkenaan. Selain itu kegagalan mematuhi perintah atau keputusan ya ng dibuat merupakan kesalahan di bawah Seksyen 69 (4) dan Seksyen 69e

66.  Sekiranya tidak berpuashati dengan keputusan atau perintah yang dibuat. Bolehkan ia dirayu?

  • Rayuan terhadap keputusan atau perintah boleh dibuat di Mahkamah Tinggi di dalam tempoh empat belas hari dari tarikh keputusan atau perintah dibuat

67.  Bagaimana proses rayuan dibuat?

  • Proses rayuan dibuat dengan memfailkan notis rayuan sebanyak empat (4) salinan dengan fee pemfailan sebnyak RM 100.00 dalam bentuk Setem Hasil. Selain itu, hendaklah menyertakan sekali deposit rayuan berjumlah RM 250 di dalam bentuk kiriman wang atau bank deraf. Kesemua perkara yang dinyatakan itu hendaklah dikemukakan ke Pejabat Tenaga Kerja dimana perintah atau keputusan itu dibuat dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh keputusan atau perintah dibuat

 

68.  Dalam tempoh berapa lamakah majikan wajib melaporkan kemalangan yang berlaku keatas pekerja asing yang digajikan?

  • Kemalangan yang berlaku terhadap pekerja asing mestilah dilaporkan oleh majikan dalam tempoh sepuluh (10) hari dari tarikh kemalangan berlaku

69.  Apakah jenis insuran yang wajib diambil oleh majikan apabila menggajikan pekerja asing?

  • Majikan yang menggajikan pekerja asing wajib menginsurankan dirinya dengan penanggung insuran yang dilantik sebagai panel di bawah Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA)

{/sliders}

C&P: 9 MARCH 2021 @ 25 REJAB 1442H: 9.17 AM

No comments: