Friday, 16 October 2020

MELAYU ADALAH TAMADUN TERTUA DI DUNIA TANPA KITA SEDARI

 Kredit to:   Syafx Wawa : FB Sejarah Alam Melayu

Kenali diri dari tanah asal :

Mungkin masyarakat dunia umumnya kurang didedahkan dengan tamadun awal Melayu. (Artikel ini menggunakan istilah Melayu yang merujuk kepada Austronesian umumnya). Jika kita menonton filem-filem, atau juga animasi kebiasaannya mereka jarang memaparkan kewujudan tamadun Melayu Kuno. Sebaliknya mereka lebih ingin memperkenalkan Tamadun Mesir, Tamadun Hindu dan Tamadun Cina. Maka tak ramai yang mengenali satu lagi tamadun kuno yang dipanggil Tamadun Melayu.

Namun masih juga tidak ada siapa yang boleh nafikan bahawa bangsa Melayu sebenarnya bangsa yang mempunyai kemajuan tamadun terawal. Melayu bukan sahaja adanya di semenanjung, tetapi juga akhirnya mampu menyebarkan taburan penempatannya ke kawasan-kawasan kepulauan negara Australia. Malah betapa banyaknya pulau-pulau lain yang ada di antara dua kawasan itu.

Jika kita teliti perkembangan ketamadunan manusia, menunjukkan tamadun Melayu antara yang terawal membentuk kemajuan.

Antara bukti-buktinya :

01) Batu Untuk Mengisar Bijirin : Dipercayai muncul di dalam ketamadun Melayu semenjak 24,000 SM. Tamadun Mesir hanya mengenal kaedah ini pada 12,000 SM. Timur Tengah pula hanya mengenal teknologi ini pada 10,000 SM.

02) Periuk Belanga : Periuk belanga di dalam tamadun Melayu muncul sejak 9,000 SM lagi. Dipercayai pada zaman yang sama Tamadun Cina mengenal Periuk Belanga.

03) Penanaman Padi : Semenanjung Tanah Melayu mulai menanam padi pada tahun 7,200 SM manakala tamadun Cina hanya mengenali kaedah ini pada 5,000 SM.

04) Kemahiran laut : Dipercayai Melayu mulai mahir dalam ilmu laut pada 5,000 SM. Pada tahun 1,500 SM, Melayu mula menerokai pulau-pulau di Lautan Pasifik dan menetap di sana. Pada 400 masihi pula orang Melayu telah sampai ke Pulau Easter iaitu pulau yang jauh di timur Lautan Pasifik. Pada 600 Masihi pula orang Melayu mulai membuka penempatan di Madagaskar. Pada tahun 1100 Masihi pula orang Melayu mulai meneroka pulau-pulau berdekatan New Zealand.

05) Pra Sejarah : Malah ada kajian dibuat terhadap Gua Niah. Tom Harrison akhirnya menyatakan bahawa Gua Niah di Sarawak itu berusia 40,000 tahun SM lebih lama dari Tamadun Mesopotamia yang berusia 7,000 tahun SM sehingga 5,000 tahun SM.

06) Kapak Genggam Purba : Penemuan Kapak Genggam Purba di Lenggong, Perak pada tahun 2009 yang lalu dikatakan usianya jauh lebih tua dari Kapak Gengam Purba yang dijumpai di tanah Arab iaitu berusia 1.83 juta tahun. Ia jauh lebih lama dari artifak kapak genggam yang dijumpai di tanah Arab yang hanya berusia 190,000 tahun  serta di Afrika berusia 1.5 juta tahun.

Itulah Tamadun Melayu yang hebat.

Copy and paste: 16 Oktober 2020 / 28 Safar 1442H: 7.05 pm

No comments: