Friday, 23 October 2020

IMAN ITU PASANG SURUT

 Sumber: Majalah Al-Islam : Februari 2017

Umar bin Hubaib pernah berkata, "Iman itu bertambah dan berkurang."
Lalu ditanya, "Apakah tanda bertambah dan berkurangnya?"
Umair menjawab, "Jika kita ingat Allah dan takut kepada-Nya, maka itu adalah tanda bertambahnya iman. Namun, jika kita lalai, lupa dan mensia-siakan Nya maka itu adalah tanda berkurangnya."
(Kitab a-Iman karya Ibnu Abi Syaibah)

Dalam Hadis riwayat at-Thabrani, daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya iman itu ada kalanya usang dalam diri seorang daripada kamu seperti usangnya pakaian, maka mintalah kepada Allah agar memperbaharui keimanan dalam hati-hati mu."

Sementara itu Ibnu Mas'ud ada mengajarkan sat doa agar iman kita ditambahkan setiap hari, "Ya Allah, tambahlah untuk kami keimanan, keyakinan dan kefahaman."

Berkata Ibnu Hajar dalam kitabnya Fathul Bari 1/48:
Diriwayatkan oleh Iman Ahmad dalam Al-Iman dan sanadnya sahih. 
Abu Ad-Darda berkata, "Termasuk di antara kepandaian seorang hamba adalah dia mengetahui apakah imannya bertambah atau berkurang, dan termasuk kepandaian seorang hamba pula adalah dia mengetahui godaan-godaan syaitan  datang dari mana saja kepadanya."

7 sebab iman bertambah:

1. MEMELIHARA ILMU AGAMA
Menghadiri majlis - majlis taklim kerana majlis seperti ini menambah dan mempertebal keimanan sehingga majlis taklim disebut dengan "Majlis Iman."

2. MEMBACA AL-QURAN DENGAN TADABBUR, BERUSAHA MEMAHAMI DAN MENGAMALKANNYA.
Membaca al-Quran dengan tadabbur, berusaha memahami dan mengamalkannya mempunyai pengaruh besar dalam meningkatkan kualiti keimanan kita kerana tidak terkira betapa banyaknya nasihat dan pengajaran berharga di dalamnya. 

3. MEMPELAJARI SEJARAH HIDUP (SIRAH) NABI DAN SALAFUSH SHALLEH
Melalui sejarah hidup (surah) Nabi dan Salafush Shaleh kita tahu mencari di mana letaknya berbagai-bagai sisi kehidupan yang menjadi inspirasi untuk mendorong kita menjadikannya sebagai suri teladan. 

4. BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM BERIBADAT DAN MEMPERBANYAK AMAL SOLEH
Ibadat seperti solat, sedekah , puasa, haji, umrah, berzikir, beristighfar, berdoa, menyambung tali silaturahim dan berbuat baik kepada hamba-hamba Allah serta yang lainnya adalah kunci penguat iman. Para ulama bersepakat bahawa keimanan pasti bertambah dan meningkat jika kita banyak berbuat ketaatan dan amal soleh. 

5. MEMPERHATIKAN AMALAN-AMALAN HATI
Amalan hati adalah amalan dahsyat yang sangat besar pengaruhnya untuk meningkatkan keimanan dan menggapai redha Allah, Cinta Allah, takut kepada Allah, breharap kepada Allah , tawakal kepada Allah dan yang lainnya adalah inti tauhid. Juga membersihkan hati dari semua yang mengotorinya. 

6. BERGAUL DENGAN ORANG BAIK DAN MENJAUHI ORANG JAHAT
Pergaulan kita sangat berpengaruh terhadap kualiti keimanan kerana persekitaran akan mewarna kehidupan dan diri kita. 

7. MEMPERHATIKAN ORANG DI ATAS DALAM URUSAN AGAMA DAN ORANG DI BAWAH DALAM URUSAN DUNIA. 
Memperhatikan orang yang di atas kita dalam urusan agama menjadikan motivasi untuk kita menirunya dan memperhatikan orang yang di bawah kita dalam urusan dunia menjadikan kita selalu bersyukur kepada Allah dan tidak pernah meremehkan segala nikmat-Nya. 

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
23 Oktober 2020 / 6 Rabiulawal 1442H: 7.35 pm


No comments: