Friday, 30 October 2020

IBNU KATHIR

Ibnu Kathir Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. 

Cendekiawan Islam Zaman Kegemilangan Islam 

Nama: Ismail bin Kathir 
Gelaran: Ibnu Kathir 
Lahir: 702 H/1301 M 
Wafat: 774 H/1373 M 
Mazhab: Syafii / Hanbali (kemudian) 
Diilhami: Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayim, Al-Mizzi, Al-Dhahabi 

Ismail bin Kathir (Bahasa Arab: ابن كثير‎)‎ (1301–1373 M) ialah seorang ahli Muhaddith Faqih, Mufasir, dan Sejarawan Islam. Beliau dikenali sebagai Ibnu Kathir atau Ibn Kathir. 

Biografi 
Nama penuhnya Abu al-Fida, Imad ad-Din (Kunyah), Ismail bin Umar bin Kathir bin Daw bin Kathir bin Dir, asalnya al-Busrawi, kemudian ad-Dimashqi ash-Shafi'i dan juga al-Qurasyi. Beliau dilahirkan di Mijdal, sebuah kampung di luar kota Busra, terletak di sebelah timur Damsyik pada tahun 701 H. Beliau menerima didikan daripada Ibnu Taimiyah, Al-Mizzi, Ibnu Qayim, Al-Dhahabi, Ibnu Al-Firkah, Isa bin Al-Mutim, Ahmed bin Abi-Talib, Ibnu Hajar, Baha Ad-Din Al-Qasim bin Muzaffar bin Asakir, Ibn Ash-Shirazi, Ishaq bin Yahya Al-Ammuddi, Zahriyyah Shaykh, dan Muhammad bin Zarrad. 

Jawatan-jawatan rasmi 
Selepas tamat pengajian beliau mendapat jawatan rasmi pertama pada tahun 1341 M apabila beliau menyertai sebuah suruhanjaya bagi menyiasat bidaah. Kemudian beliau mendapat pelbagai jawatan separa rasmi yang berpuncak dengan jawatan profesor (ustaz) di Masjid Agung Damsyik pada Jun/Julai 1366 M.

Pencapaian kesarjanaan 
Ibnu Kathir menulis sebuah tafsir al-Quran yang sangat masyhur bertajuk Tafsir al-Qur'an al-Azim yang mengaitkan Hadis Nabi Muhammad SAW serta para Sahabat RA kepada al-Quran dalam penjelasan tafsirnya. Tafsir ibn Kathir terkenal di seluruh dunia Islam dan juga dalam kalangan Muslim di dunia Barat. Ibnu Kathir terkenal dengan daya ingatannya yang kuat berkaitan dengan Hadis-hadis Nabi Muhammad dan seluruh al-Quran. Beliau juga terkenal sebagai kadi, pakar sejarah, dan juga sebagai seorang muhaddith dan mufasir. Ibnu Kathir melihat dirinya sebagai seorang sarjana Mazhab Syafii. Ini diperikan dalam dua buku karangannya, satu daripadanya berjudul Tabaqaat ah-Shafa'iah, atau "Kelas-kelas Pengikut Imam Syafii". 
Karyanya telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. 

Kehidupan kemudian dan kematian 
Ibnu Kathir menjadi buta pada usia tua. Beliau menganggap keadaan ini sebagai hasil usaha beliau sehingga larut malam terhadap Musnad Imam Ahmad bin Hanbal—Ibnu Kathir mencuba untuk mengatur Musnad mengikut urutan tajuk dan tidak mengikut urutan perawi. Ibnu Kathir meninggal dunia pada 774 H/Februari 1373 M di Damsyik. 

Karya 
Enam belas karya bertulis dicatakan, dan 11 daripadanya dicetak dan dapat diperoleh. 

  • Tafsir ibn Kathir 
  • Pemulaan dan Akhir (Bahasa Arab:Al Bidayah wa-Nihayah atau Tarikh ibn Kathir). Al-Sira Al-Nabawiyya (Ibn Kathir) 
  • Al-Baa'ith al-Hatheeth: pemendekan Muqaddimah oleh Ibnu al-Salah dalam peristilahan Hadis 
  • Tabaqaat ah-Shafi'iah 
  • Talkhis al-Istighatha 
  • Kisah-kisah Nabi 
  • At-Takmeel Ma'rifati Ath-Thiqat Wal-Majaheel (Buku lengkap tentang kritikan dan pujian, dan pengetahunan tentang perawi yang boleh dipercayai serta perawi yang tidak diketahui). 
  • Jami' Al-Masaneed Was-Sunan Al-Hadi Li-Aqwam Sunan (Gabungan Musnad-musnad dan Sunan-sunan yang memandu kepada Suna terbaik). 
  • Tabaqat Ash-Shafi'i yyah (Kelas-kelas Pengikut (sarjana) Syafii) 

Ibnu Kathir Mencari Melayu Melalui Hadith Rasullullah 

ASAL USUL MELAYU : DARI BANGSA ISRAEL?  

Bangsa Melayu menurut ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah, berasal dari isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. yang bernama Siti Qanturah. Namun lebih disebut dalam sejarah atau bahasa lama, Keturah yang bererti harum, wangi baik budi pekerti. Jika Bani Israil adalah dari Nabi Ishaq, dan bangsa Arab adalah dari Nabi Ismail, bangsa melayu adalah dari Siti Qanturah atau lebih dikenali sebagai Bani JAWI.  

Disebut di dalam kitab Ibnu Kathir, JAWI ini bererti yang meyakini Tuhan yang Esa, dan erti lainnya ialah jauh. Jawi yang dikatakan jauh itu berasal dari kalimah arab yang bermakna, 'angin' (jawwu). Ini merujuk kepada betapa jauhnya kedudukan mereka dengan bani Israel dan bangsa arab di sekitar Timur Tengah ini. Bangsa melayu, juga dikenali sebagai Jawi (yang kemudian bertukar/terkenal dengan jawa) adalah bangsa yang disimpan. Bagi yahudi, mereka lebih kenali sebagai bangsa yang hilang.  

Hilang' kerana 'saudara' mereka dari ibu ke tiga ini tidak dapat dihubungi, tidak tahu di mana berada. 'Hilang' juga kerana mereka mahu menyembunyikan bahawa saudara mereka ini akan menerajui empayar dan menguasai bumi atas nama Islam. Jadi, apa kaitan Jawi, bangsa yang hilang, bangsa yang disimpan, bangsa dari timur, yang berhidung peset ini dengan kebangkitan Islam ke dua ini?  

Sebenarnya, bangsa ini adalah bangsa yang disebut di dalam hadis Nabi s.a.w., “Satu kaum dari Timur (Pemuda Bani Tamim dan ikhwan) akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada Al-Mahdi.” Menurut ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah, kaum dari timur dan timur yang dimaksudkan ialah, bangsa melayu dari Tanah Melayu. Ini tidak menghairankan, kerana mereka memang dipersiapkan. Bukan sahaja mereka dari keturunan Jawi yang hilang itu, bahkan mereka adalah keturunan Ahlul Bait dan para sahabat.  

Ini juga adalah doa Nabi Ibrahim kepada keturunannya yang tidak diberikan Nabi atau Rasul dikalangan mereka, namun cahaya Nabi dan Rasul ada bersama mereka. “Ya Tuhan kami, utuskanlah di kalangan mereka seorang Rasul yang membacakan ke atas mereka ayat-ayat Engkau dan mengajar mereka kitab dan hikmah dan menyucikan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Bijaksana. Ya Tuhan kami kurniakanlah dari isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami seorang penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin dari orang-orang yang bertakwa.” Doa Nabi Ibrahim diperkenankan Tuhan, lalu baginda mengarahkan anak-anaknya dari Siti Qanturah ini tetaplah di timur.  

Baginda dikhabarkan bahawa walaupun tiada Nabi atau Rasul dikalangan mereka, Tuhan akan mengutuskan pemimpin yang bertaraf Nabi dan Rasul, yang membawa cahaya Nabi dan Rasul, namun dia bukanlah Nabi atau Rasul. Maka sesuailah dengan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tentang Imam Mahdi dan Putra Bani Tamim bahawa mereka bukanlah Nabi dan Rasul, namun tanggungjawab dan tugas Nabi dan Rasul itulah yang ditanggung mereka.  

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Copy and paste: 30 Oktober 2020 / 13 Rabiulawal 1442H : 10.56 am

No comments: