Sunday, 31 May 2020

KISAH SEDIH GENERASI FOTOSTAT DALAM KARYA2 P. RAMLEE

Kredit: Zul Segamat


“Ini sarkis sudah jinak, berapa lama diorang sudah training”. Pernah dengar dialog ini?
Dunia ini ibarat sebuah kapal besar. Kini ia memuatkan 7 bilion manusia hidup serta berbilion2 jasad manusia yang telah mati. Ia juga menampung pelbagai hidupan2, bangkai2 hidupan serta objek2 lain.
Kapten Besar kapal mengawal Kapten2 Kecil yang seterusnya mengawal manusia2 yang kebanyakannya dalam kategori kuli dan hamba. Kita kebanyakannya lahir2 sahaja di dalam kapal terus didaftarkan dalam kategori hamba ini.
Kalau kita bersuara lantang menentang sistem penghambaan ini, Kapten2 Kecil dan kroni2 nya akan menghumban kita ke dalam laut. Kadang2 Kapten2 Kecil dan kroninya tak payah buat apa2 pun. Kadang2 orang2 lain yang sama2 dalam kategori kuli dan hamba macam kita sendiri yang akan tolong humban kita ke dalam laut. Mengapa?
Semenjak lahir sampai la sekarang kita dok kena suap dengan doktrin2 Kapten2 dan kroni2 nya. Disebabkan keampuhan dan keberkesanan doktrin2 inilah menyebabkan ramai di antara kita yang konpius. Sesetengah tu dok terlebih sayang perlembagaan2, bendera2, lagu2 kebangsaan, rukun2 kebangsaan dan ahli2 politik demokrasi sekular lebih daripada sayang diri sendiri dan agama sendiri. Kita rela perut kita dan anak2 kita berkeroncong menahan lapar sambil masih melaung2 memberi sokongan padu tidak berbelah bagi kepada tuan2 kita yang sentiasa melingkar kekenyangan dengan perut2 mereka terus membuncit.
Buku2 sekolah, rujukan2 menara gading, program2 TV Radio, media2 elektronik, saluran2 berita dan lain2… siapa yang tulis? Ada kita kisah? Ni la contoh2 sumber doktrin yang kita dok akses dan cerna daripada kecil sampai la sekarang ni.
Menjelang sekarang, masing2 dah jadik salinan mengikut acuan2 doktrin2 ini. Setiap salinan saling membenarkan salinan yang lain supaya bersikap sayangkan perlembagaan2, bendera2, lagu2 kebangsaan, rukun2 kebangsaan dan ahli2 politik demokrasi sekular lebih daripada sayangkan diri sendiri dan agama sendiri.
Menjadi la kita kini, Generasi Fotostat. Ingat yer kata kunci ni… GENERASI FOTOSTAT. Salinan atas salinan atas salinan daripada salinan2 terdahulu. Salin punya salin punya salin tapi tak pernah faham apa yang disalinnya.
Habis tu… rujukan mana yang bukan doktrin? Jawapannya mudah tetapi ramai yang menolaknya. Bagi orang2 Islam… Al Quran dan Hadis kan ada. Bagi orang2 bukan Islam… rujuklah kitab2 korang. Kalau korang masih tak dapat bezakan yang mana doktrin dan yang mana pula bukan doktrin… pandai2 la yer… sendiri mau ingat la. Aku bukan la pakar doktrin, dan bukan pula pakar Al Quran, Hadis serta kitab2. Aku sekadar berkongsi pandangan sahaja.
Ntah kat mana ler aku ada baca sekejap tadi, P. Ramlee ni memang kira hebat dan boleh meramal masa depan la agaknya. Ataupun… setidak2 nya, beliau seorang yang rajin mengkaji serta berpandangan jauh.
Daripada kisah Ibu Mertuaku, Penarik Beca, Bujang Lapuk hinggalah cerita alif mim nun wau alif tendang wau sarkis sampai la kepada cerita kaki2 makan persen Tiga Abdul dan cerita 40 Penyamun. Amat menghiburkan dan berisi mesej2 yang padat.
P RAMLEE MENGECAM GOLONGAN PENYAMUN DALAM NEGARA
Kalau siapa2 tengok pakaian 40 penyamun ketika keluar dari gua masa nak ke bandar tu (penyamun2 pun ada public holiday)… ada yang memakai pakaian Tok Hakim, Koboi, Doktor dan lain2 lagi profession serta kerjaya. 
P. Ramlee ni nak beritahu agaknya bahawa penyamun2 di negara kita ada bermacam2 jenis dan spesis. Mungkin kita boleh sedikit sebanyak bersetuju kot jika filem2 P.Ramlee ni dijadikan sebagai rujukan ilmiah terutamanya dalam menceritakan senario ekonomi, sosial dan politik negara kita yang tercinta ni.
Banyak filem2 beliau menyampaikan mesej2 berbentuk keadaan semasa beliau dan ramalan apa akan jadi pada masa hadapan. 
Sekarang dah tahun 2016… namun sindiran2 P. Ramlee yang penuh makna masih relevan dan boleh dibandingkan dengan realiti pada masa ini. 
Contohnya… penyamun2 pun ada persatuan2 penyamun. Sesetengahnya mungkin berdaftar dan bertaraf halalan toyibah. Penyamun2 pun ada doktor2 peribadi. Penyamun doktor kata “kurang vitamin C”… ðŸ˜€
Orang2 kaya pulak (seperti watak Sarip Dol dan Kemat Hassan) boleh sahaja berpakat dengan penyamun bertaraf “Chief Penyamun” untuk menganiaya dan merompak orang2 kaya lain. Agak2 nya dalam negara kita, ada berapa ramai yer mereka2 yang gah bergelar “Chief Penyamun” ni? Ada berapa banyak pulak gua2 telah dibina untuk menyorokkan harta2 samun yang bertimbun2 ni?
Rindu aku dengan P. Ramlee ni… antara skripnya yang aku selalu teringat berbunyik… “Kamu Momotaro-San, gaji kamu 150 dirham. Sarjan gaji kamu 30 dirham sebab banyak amik I O U”. Pengajarannya ialah jangan suka amik pinjaman duit advance daripada syarikat dan jangan pulak selalu tambah hutang.
Satu perkara yang mungkin kita boleh respek kat penyamun2 tu ialah… walau diaorang dikelilingi dengan emas serta harta bertimbun2 dalam gua tuh, seorang pun tak curi hasil organisasi sendiri. Penyamun2 masih menerima gaji yakni bahagian masing2 dari “Chief Penyamun”. 
Kalau siapa2 rasa gaji tak cukup, pandai2 la cari rezeki lain kat luar (seperti Ibrahim Pendek a.k.a. Sarjan membuka gerai judi dadunya… mari kita lihat siapa yang kena!!!) walaupun menipu. Yang penting penyamun2 tidak menipu organisasi dan bos sendiri. 
Berbeza bebeno dengan penyamun2 zaman sekarang…..walau dapat gaji… dan dah banyak menyamun berbillion2 harta tapi masih lagi syok mencuri lagi dan lagi dan lagi khazanah negara dan organisasi sendiri.
Lagi satu hal… P. Ramlee berjaya menonjolkan watak2 jelek manusia yang super-tamak. Bila ada peluang menyamun, habis sampai licin disamunnya. 
Babak Sudin kantoi curi harta penyamun2 kat gua tu… sampai licin licau dirembatnya… sampaikan mentol yg panas tu pun dia nak rembat jugak. Nak menunjukkan berapa punya tamak ler manusia ni. Kalau dia ambik sikit2 jer mcm Aziz Satar kan ok jer… tetap boleh hidup senang jugak. Ini tidak… selagi boleh dia nak sapu kaw kaw. Maka senapang gajah la hukumannya.
P.RAMLEE MENGKRITIK GOLONGAN PERUNDING
Kita tentu masih ingat dgn perilaku Kassim Patalon selaku “TUAN PENASIHAT” yg wataknya diterajui oleh seniman Salleh Kamil dalam filem “Tiga Abdul” (1964). Kassim Patalon adalah peguam serta perunding peribadi Tuan Sadiq Segaraga, Saudagar barang-barang antik/purba. Dalam banyak hal, Tuan Sadiq amat bergantung kepada kata-kata nasihat atau idea si “perunding” (atau dalam sebutan hari ini digelar “KONSULTAN”….) dan enggan memikirkan sendiri sesuatu isu dlm memecahkan sebarang kebuntuan…
Sebenarnya apa yg berlaku atau cuba digambarkan oleh P.Ramlee dalam filem itu antara lain ialah sikap masyarakat yg terlalu bergantung atau percaya pada golongan “perunding”. Walhal, perunding juga adalah manusia biasa yg penuh dgn cacat-cela, kebodohan, tamak-haloba, penipu, pembelit dan sebagainya lagi…
Hari ini golongan perunding semakin berkuasa dalam masyarakat. Apa saja projek perlu dirujuk kpd “pakar runding” terlebih dulu. Banyak jenis pakar runding. Bergantung pada bidang. Arkitek, kejuruteraan, keselamatan, perancangan strategik, kompetensi, HRD, akauntan, perbankan, penstrukturan, perundangan dan macam-macam lagi. Pendek kata, ada saja “pakar runding” dalam apa jua bidang sekalipun kalau anda mahu. Yang penting, tentukan bayarannya cukup…belum termasuk GST 6%….!
Hakikatnya kita tidak pasti sama ada benarkah para perunding ini berwibawa, berpengalaman luas, bijaksana dan cukup berkelayakan. Atau mereka wujud atas dasar neo-liberalisme yang diwujudkan berteraskan ideologi kapitalisme yang rata-rata dikuasai oleh golongan korporat? Dan, bagaimana mereka boleh “hidup” mewah dan lumayan hanya dengan mempersembahkan sedikit-sebanyak idea yang dimanipulasikan agar kelihatan indah, hebat dan mengagumkan? Disinilah terletaknya fungsi kronisme dan nepotisme dalam menentukan jaringan yang terlalu kompleks menjadi lebih komplikated dan hebat wajahnya…
Hari ini ramai orang besar tidak dapat hidup tanpa “tuan penasihat”. Tak kisahlah, apa yang hendak dinasihatkan. Yang penting, syarikat anda perlu ada “rubber stamp” dari perunding-perunding tersohor… Barulah ada peluang besar untuk mendapat projek-projek mega, biaya kewangan berjuta ringgit dan kontrak-kontrak yang bertali-arus..! Soal anda kena tipu atau dikelentong oleh sang perunding adalah tidak penting samasekali. Mana lebih hebat? Dapat projek “giga” atau projek “cicak”…?
Dan, jika anda cukup bijak, anda sendiri boleh membelit si perunding dan menjadikannya pecacai yang bakal menjilat najis-najis yang ditinggalkan sekiranya projek anda gagal…!

P.RAMLEE MENGHUJJAHI ISU DARJAT DAN HIRERKI SOSIAL

MUNGKIN orang melihat filem “ANTARA DUA DARJAT” adalah satu-satunya filem yg paling hampir kpd realiti sosial hari ini kalau bukan memecahkan otak saintis-saintis sosial kontemporari. Soal status quo keturunan, kebangsawanan, keningratan, ke-elitan adalah suatu perkara yg cukup mengental dlm semua corak masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun. Sebenarnya persoalan darah-keturunan bukanlah satu-satunya isu utama yg mewujudkan jurang sosial. Pemilikan ekonomi, kuasa (terutama kuasa politik…!), darah, keilmuan, keintelektualan, ideologi materialistik dan macam-macam lagi – telah menjadi batu-asas kpd semakin melebarnya hirerki serta jurang sosial dlm masyarakat.
Apabila dilantik sebagai “Direktor”, P.Ramlee tidak bertangguh-tangguh lagi menghujjahi soal status quo dikalangan orang Melayu melalui filem “PENAREK BECHA” (1955). Selepas itu ia dituruti oleh filem-filem seperti “BUJANG LAPOK”, “NUJUM PAK BELALANG”, “MUSANG BERJANGGUT”, “IBU MERTUAKU”, “LABU-LABI”, ‘AHMAD ALBAB”, “SABARUDDIN TUKANG KASUT” dan lain-lain. Filem “ANTARA DUA DARJAT” (1960) dilihat sebagai kemuncak pada kritikan P.Ramlee terhadap falsafah kedarjatan ciptaan manusia. Beliau bersungguh-sungguh “mencanai” sesuatu isu konflik sosial sesuai dgn tema sesebuah filem untuk disantapi oleh mana-mana generasi tanpa sebarang batas waktu. Sehingga hari ini setelah lebih setengah abad, “kritikan2” beliau terus “dinikmati” orang tanpa jemu… Ini kerana – ia adalah realiti sosial yg sebenarnya memang ingin dilihat oleh semua orang – iaitu KEADILAN SOSIAL yg benar-benar menyeluruh dalam masyarakat…!
 # Dialog dlm filem:  “..Lihat padaku, darahku berwarna merah, sama seperti darahmu. 
Tiada apa yang membezakan kita, hanya hati busukmu…
Membanggakan keturunan yang tiada makna……!
Dalam filem “MASAM-MASAM MANIS” contohnya, dialog pertelagahan antara Cikgu Shaari dgn Mariani antara lain membabitkan kata-kata: “…..penyanyi, penari semua sama saja…….! Low class..!!” Maka dijawab oleh Mariani: “…apa cikgu ingat orang terpelajar macam cikgu semuanya High Class..?? ..kadang-kadang lebih KARAT lagi…!!” 
Sebenarnya babak ini adalah kritikan tajam utk golongan terpelajar yg menyangka mereka itu “High-Class” atau tergolong dlm kasta tinggi. Walhal terlalu banyak fakta yg membuktikan bahawa “golongan terpelajar” terbabit dgn korupsi, jenayah serta pelbagai bentuk gejala sosial yg merosakkan..!
Filem “LABU-LABI” umpamanya telah menyelitkan watak “TUAN MAGISTRET” (yg diwataki oleh P.Ramlee sendiri) dan watak ‘TUAN DOKTOR” (yg dilakunkan oleh M.Zain) yg antara lain mengetengahkan kegilaan meletakkan pangkat, darjat atau kelulusan selepas nama masing-masing. Ini merupakan realiti sosial masyarakat hari ini yg gilakan pangkat, gelaran atau segala macam kelulusan atau panggilan yg diletakkan sebelum atau selepas nama masing-masing. Malah ia sudah menjadi “protokol” demi menggambarkan “wibawa” atau “status quo” individu.
Business Card hari ini tidak akan lengkap jika tidak dicatatkan gelaran jawatan seperti “CEO/President/Managing Director” dan “PhD/MBA/LLB/” atau “Ir/Ar/Cr” dan macam-macam lagi….! Betapa tidaknya. P.Ramlee telahpun “menceriterakannya” sejak tahun 1962 lagi..! Dan, sedar atau tidak, segala “nomenclature” ini tidak lain dari memperkukuhkan ideologi egoisme, kesombongan serta ketakkaburan individu dlm dunia materialistik hari ini… Inilah yg sebenarnya cuba diperkatakan oleh P.Ramlee dlm bahasa seni yg cekap dipamirkan oleh beliau…!
Dlm filem Antara Dua Darjat, sewaktu adegan pertarungan antara watak Razali dgn Tengku Mukri yg mencederakan kedua-duanya, Razali sempat menempelak dgn tajam: “Lihat padaku, darahku berwarna merah, sama seperti darahmu. Tiada apa yang membezakan kita, hanya hati busukmu membanggakan keturunan yang tiada makna……!”  Dgn maksud lain, manusia ini adalah berasal dari satu tubuh yg satu – iaitu Nabi Adam a.s. Jadi, mengapa harus ada manusia yg gilakan darjat dan kedudukan hingga sanggup memijak-mijak, memperhamba & menjahanamkan orang lain?
Apakah hak seorang raja, sultan atau pemerintah hingga boleh menyembelih atau memperkotak-katikkan orang kebanyakan? Sedarkah mereka bahawa status mereka itu langsung tiada bezanya disisi Tuhan? Bukankah hanya iman dan takwa yg akan membezakan nilai seseorang…?? Malangnya, sehingga kini masyarakat masih tergila-gila kpd status dan darjat – yg telah menjadi faktor kpd perpecahan dikalangan masyarakat hari ini…! Dan, kegilaan kpd “kuasa” telah menambahkan keparahan, kekeparatan dan kebiadaban manusia kpd keturunan manusia itu sendiri…!
Filem “IBU MERTUAKU” (1961-62) yg ideanya berasaskan Ahmad Nisfu adalah pelengkap kpd kritikan besar seniman ini terhadap sistem kasta dlm masyarakat kontemporari. Tidak semestinya, seorang raja atau bangsawan, orang kebanyakan yg kaya-raya juga boleh menjadi “orang besar” yg cukup berpengaruh dan boleh melumpuhkan kemanusiaan. Demikianlah gambarannya.. P.Ramlee dikatakan telah menghabiskan lebih 6 bulan utk menggarap filem ini selengkapnya. Akibatnya, beliau terpaksa menanggung kos lebihan dari peruntukan asal sebanyak 60 ribu ringgit dgn menggunakan kewangan beliau sendiri. Demikianlah mahalnya harga sebuah kritikan sosial..!
Sebenarnya P.Ramlee tidak perlu diagung-agungkan – kerana beliau tidak pernah minta diagung-agungkan sewaktu hidup dahulu. Beliau cuma mengajak masyarakat berfikir dan merenung sejenak terhadap realiti yg wujud dlm masyarakat sejak dulu sehingga kini. Tugas seorang “saintis sosial” memang begitu – mengajak orang menggunakan otak atau melakukan percambahan idea. P.Ramlee secara jelas membantah sistem kasta atau hirerki sosial yg terus diamalkan oleh masyarakat elit, burjuis atau ningrat. Beliau melihat “ideologi” tersebut sebagai racun yg sebenarnya memusnahkan kekuatan dan ukhuwah masyarakat pada mana-mana zaman pun.
P.Ramlee – Beliau sendiri berketurunan ningrat (Teuku Zakaria = Tengku Zakaria…) namun beliau langsung tidak pernah berbangga dgn gelaran itu. Ini terbukti bilamana, namanya yg “cantik” ( – Tengku Zakaria bin Tengku Nyak Putih) ditukar kpd nama biasa (- Ramlee bin Putih) pada usia yg masih terlalu muda. Dan, beliau menyenangi nama itu sebagaimana digambarkan melalui filem “Pendekar Bujang Lapok” beliau beliau menyebut: “…..nama saya Ramlee bin Putih….!”. Bukankah ini terlalu unik utk seseorang yg jelas berkasta ningrat seperti beliau…? Dan, mengapa beliau lakukan ini – adalah kerana beliau cukup mengerti bahawa manusia ini sama sahaja – tiada beza walau sedikit pun! Ini adalah suatu kesedaran penting kalau kita mahu menjadi manusia yg baik dan berguna kpd manusia yg lain!
Terbukti bahawa P.Ramlee telah menggunakan bakat seninya utk memperbetulkan persepsi masyarakat yg sarat dgn kesesatan, konflik, kegilaan kpd kuasa, darjat dan materialisme kearah menjadi ahli masyarakat yg pemikir yg berpijak di bumi yg nyata dan kembali kpd jalan Allah Taala…!
Soalan2 cepumas… 

1. Siapa yang latih yakni bagi kita training sejak zaman berzaman sampai kebanyakan kita telah terjebak lalu menjadi generasi fotostat dan generasi penyamun? 
2. Ke mana perginya diri kita yang sebenar sebelum kita berubah menjadi generasi fotostat dan generasi penyamun?
———————————-

Nota:
Bahagian yang ini aku ambil daripada petikan dokymentari tentang P. Ramlee | History Channel Documentary.
PADA penghujung kariernya, P. Ramlee telah dijemput ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk ‘Konsert 3 Ramlee’ yang menggabungkan beliau, A. Ramlee dan L. Ramlie. Bila tiba gilirannya menyanyi, penonton beramai-ramai telah ‘boo’ beliau yang ketika itu baru hendak membuat persembahan di pentas utama.
Pada tahun 1968, syarikat rakaman EMI yang banyak mengaut keuntungan daripada nyanyiannya bertindak MENAMATKAN kontraknya. Muka P. Ramlee merah padam apabila Mr. Devan (EMI) memberitahu beliau yang lagunya orang dah tak boleh terima dan suaranya dah tidak digemari. P. Ramlee selepas itu bersumpah tidak akan lagi bekerjasama dengan syarikat tersebut yang selama ini membuat kekayaan dari lagu-lagunya.
Pengeluar filem Shaw Brothers yang kaya-raya hasil karya Allahyarham juga telah mengeluarkan satu surat yang KONTRAK P. RAMLEE TAK AKAN DISAMBUNG LAGI.
Tahun 1972-1973 adalah tahun yang paling sedih buat P. Ramlee kerana dia langsung takda sumber pendapatan, tiada show, tiada tawaran mengarah/ berlakon filem etc sehingga beliau dan isteri Saloma terpaksa mengambil upah dengan menyanyi di kenduri kahwin dan jadi hakim pertandingan nyanyian. Bila P. Ramlee nak buat filem warna ketika itu, semua bank menolak permohonannya untuk meminjam wang.
Malah RTM juga tidak menawarkan sebarang peluang untuk dia buat show/ menyanyi…bila arwah pergi ke sana untuk menemani isteri Saloma buat program, P. Ramlee hanya duduk di kantin sahaja. Dalam kunjungan terakhirnya ke Singapura untuk Pesta Filem Asia Pasifik, P. Ramlee yang ketika itu dicalonkan untuk filem Laksamana Do Re Mi, telah masuk ke dewan. Tiada siapa pun delegasi dari Malaysia yang pelawa beliau untuk duduk sekali dengan mereka…akhirnya dia cari sendiri kerusi dan duduk dengan delegasi Singapura, di belakang Aziz Sattar.
” Yam, orang dah tak peduli saya, karier saya pun orang dah tak suka…saya dah tua. Cita-cita saya nak jadikan filem Melayu lebih maju telah gagal, saya kecewa,” katanya pada iparnya, Maryam. P. Ramlee mengalami masalah kewangan yang sangat teruk sampai hanya makan nasi dengan telur…
Sebelum subuh 29 Mei 1973, P. Ramlee diserang sakit jantung di rumahnya dalam usia 44 tahun dan meninggal dunia…Al-Fatihah. 
Copy and paste: 31/5/2020 @ 9 Syawal 1441H: 11.11 pm

No comments: