Wednesday, 13 May 2020

8 TIPS LAILATUL QADAR

Credit : FB Pesan Bonda

JANGAN LEPASKAN PELUANG. Mulai malam ini sebaik saja masuk waktu maghrib.
Ya Allah!
Sesungguhnya Dikau pada malam ini dan pada setiap malam bulan Ramadan membebaskan ahli-ahli neraka.
Maka jadikanlah kami Ya Allah, kedua ibu bapa kami, anak-anak kami, suami/isteri kami, orang-orang tua kami, guru-guru kami, kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami, adik beradik kami, keturunan kami, saudara mara kami termasuk di kalangan mereka yang Dikau bebaskan dari neraka.
Ya Allah!
Selamatkanlah kami dari api neraka dengan kesejahteraan.
Masukkanlah kami ke dalam syurga sebagai orang-orang yang sejahtera.
Ya Allah!
Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Pemurah, Dikau amat suka mengampunkan, maka ampunilah kami!
Aamiin Ya Allah!!!
8 TIPS LAILATUL QADR
1) JANGAN TINGGAL solat MAGHRIB berjamaah.
-Kerana permulaan MALAM itu sejak daripada masuknya waktu Maghrib.

2) JANGAN TINGGAL solat ISYAK berjamaah
-Disebutkan dalam hadith dari Musnad Imam Ahmad, bahawa orang yang solat Isyak berjamaah memperoleh pahala qiyam separuh malam.

3) JANGAN TINGGAL solat Ba'diyah Isyak
-Ini merupakan salah satu solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Sidna Rasul صلى الله عليه و آله وصحبه وسلم baik ketika hadhir atau safar,dalam Ramadan dan selainnya
- solat sunat sebelum subuh 2 rakaat
- solat sunat sebelum zohor 2 rakaat
- solat sunat sebelum asar 2 rakaat
- solat sunat lepas magrib 2 rakaat
- solat sunat lepas isyak 2 rakaat

4) SELESAIKAN solat Tarawih/Qiyam BERSAMA IMAM dengan sempurna.
-Juga dalam hadith riwayat Imam Ahmad, pahala qiyam Ramadhan bersama Imam sehingga selesai adalah seperti berdiri sepanjang malam tanpa tidur.

5) JANGAN LUPA bangun Sahur.
-Meskipun hanya untuk minum, ia juga bahagian daripada ibadah Malam.

6) JANGAN LUPA beristighfar ketika waktu Sahur
-Allah memuji orang yang beristighfar pada waktu sahur, seperti yang terkandung dalam Surah Aali Imran.

7) SENTIASA sediakan wang sedekah pada setiap malam Ramadhan.
-Disebut dalam hadith riwayat Imam Tirmdizi, bahawa sebaik-baik sedekah adalah dalam bulan RAMADHAN.

8) JANGAN TINGGAL solat SUBUH berjamaah.
-Disebut dalam hadith riwayat Imam Muslim, solat subuh berjemaah dikurnia ganjaran berjaga sepanjang malam untuk ibadah.

Barang siapa yang mengamalkan kesemua lapan perkara ini, insya-Allah tidak akan terlepas daripada mendapatkan kebaikan Lailatul Qadar, meskipun dia tidak menyaksikan tanda-tandanya.
Aamiin...
❤️❤️❤️❤️❤️
Assalamualaikum
Siapa ada ig boleh follow ig Bonda:

Copy and paste: 13 May 2020 @ 20 Ramadan 1441H : 6.35 am

No comments: