Tamadun : perkataan 'Tamadun' pertama kali diperkenalkan oleh Jurji Zidan, seorang penulis Kristian yang banyak menulis tentang sejarah Islam dan Sastera Arab dalam bukunya "Tarikh al-Tamadun al-Islami".
Manakala pendapat lain pula Ibnu Khaldun (1332-1406) adalah orang pertama yang menulis tentang tamadun dengan menggunakan istilah al-Umran.
Dalam Bahasa Inggeris perkataan yang sama dengan tamadun ialah Civilization yang diambil daripada bahasa Latin iaitu Civitas yang bererti bandar.
Mengikut Kamus Dewan, perkataan Tamadun bererti Kebudayaan, Kemajuan dan Peradaban.
Penulis-penulis Arab moden menggunakan perkataan Hadarat yang sama ertinya dengan pengertian tamadun.
Tamadun dan kebudayaan Barat lebih berlandaskan kepada pemikiran dan akal, sementara tamadun dan kebudayaan Islam adalah berlandaskan wahyu dan sunah. Tamadun lahir bersama-sama penurunan wahyu ditengah masyarakat Arab Jahiliyah.
Diantara sumbangan Islam terhadap Tamadun dan Sains Teknologi adalah:
- Pendidikan Islam yang pertama lahir di rumah al-Arqam bin Abi Arqam di Assafa, Mekkah pada tahun 610M.
- Kitab al-Quran fi al-Tibb karya Ibnu Sina telah digunakan sebagai buku teks dalam bidang perubatan dibeberapa buah Universiti di Barat.
- Khalid bin Yazid bin Muawiyah adalah orang yang pertama sekali mempelopori kegiatan menterjemahkan buku Yunani. Pada zaman Abassiyah, kegiatan penterjemahan dipelopori oleh Abu Jaafar al-Mansur.
- Orang Islam adalah yang mula-mula mendirikan Universiti yang pertama di dunia di Salirno, Cordova, Sepanyol.
- Kilang kertas pertama telah didirikan pada tahun 178H / 974 M dengan inisiatif al-Fadil bin Yahya iaitu menteri kepada Khalifah Haun al-Rashid.
- Hospital yang pertama dalam negara Islam malah di dunia telah dibina oleh Khalifah al-Walid bin Abdul Malik di Damsyik kira-kira pada thaun 707M.
- Aban bin Uthman bin Affan : sejarawan Islam yang
menulis sejarah hidup nabi dan al-Maghazi.
- Abd. Allah bin Abi Bakr bin Hazin : sejarawan Islam yang menulis sejarah hidup nabi dan al-Maghazi.
- Abd.Walid mohamad Ibn Mohamad Ruschd (1126-1198M) :
dikenali di Eropah sebagai “Averros”. Dianggap sebagai “Prince of
Philosophy”. Beliau telah memajukan sistem perubatan berkaitan dengan
falsafah Aristotle.
- Abdul Al-Rahman Ibn al-Sufi: Ahli Kaji Bintang Muslim
terkemuka zaman dahulu dan menulis buku "Book of the Fixed
Stars".
- Abdul Latief Al-Baghdad : ahli astronomi Islam pertama
memberi deskripsi lengkap dan tepat tentang tengkorak kepala manusia dan
tulang muka.
- Abdul Rahman al-Khazini : mengkaji mekanik dan
hidrostatik serta menulis buku Kitab
Mizan al-Hikmah”.
- Abu Abdullah Muhammad al-Banani : membuat penyiasatan
ke atas gerhana Matahari dan bulan.
- Abu al-Abbas al-Zwawi : seorang pemikir Islam
terkemuka.
- Abu Al-Abbas Ibnu Muhammad ibnu Khatir : mengukur jarak
bumi dan bulan sert jarak matahari dengan planet-planet lain.
- Abu al-Hassan Ali Ibn Ridwan : Ketua para Doktor pada
zaman Khalifah Fatimi.
- Abu Abdul Rabbih : Buku Muzik karya beliau diterjemahkan kedalam Bahasa Inggeris sebagai Unique Necklace.
- Abu Ali @ Yahya bin Abi Mansur : pakar astronomi Islam,
ilmu kalam dan sastera pada zaman Khalifah al-Makmun.
- Abu Bakar ibn Umar al-Gutiyya : Ahli Sejarah Muslim yang
terkemuka.
- Abu Hassan Ali Bin Sahl Rabban Al-Tabari : menulis
tentang tabii manusia, kosmologi, embriologi & psikoterapi -
mengesyorkan terapeutik , setiap ubat digunakan mengikut kes-kes
tertentu.
- Abu Imran Musa ibn Maimon : 1135-1204M) : Tokoh Perubatan
dan falsafah. Menulis buku “The Book
of Council” tentang kesihatan am, racun penyakit, asma dan buasir yang
digunakan dengan meluas di Eropah.
- Abu Ma’shar al-Baltaji : tokoh ilmu Falak yang
termasyur.
- Abu Ma’syar : mengemukan teori berkaitan dengan pasang
surut air laut.
- Abu Madhab Al-Fasi : a leading theorist of the Maliki
School of Islamic Jurisprudence.
- Abu Marwan Abdul Malik ibn Zuhr (1113-1162M) : pakar perubatan yang teragung di Khalifah Barat.
- Abu Mikhlaf Lut bin Yahya al-Azdi : tokoh Sejarah Islam
zaman Umaiyyah. Beliau mengumpulkan banyak peristiwa yang berlaku di
Kufah.
- Abu Musa Jabir Ibn Hayyan : Bapa Ilmu Kimia Moden, pengasas kaedah
penyulingan pertama di dunia.
- Abu Sa'd Ala Ibn Sahl : Ahli Matematik
dan Juru Optik - orang
pertama menemui Hukum Biasan.
- Abu Ubayd al-Bakri : Ahli kajibumi, botani, ilmu
linguistik, sejarah dan perbandingan.
- Abu Wafa Muhammad Al-Buzjani : developed Trigonometry - the first to show the generality of Sine Theorem, developed the new method of construction on the tables and introduced the secant & Cosecant for the first time.
- Abu Zakaria Yahaya al-Farra' : Ahli Bahasa terkenal di
zaman Khalifah Al-Ma'mun.
- Abu Zayd Hunayn Bin Ishaq al-Ibadi :
Pakar Bidang Oftolmologi
- Ad-Damiri @ Muhammad bin Musa bin Isa Kamalad-Din
ad-Damiri: ahli Zoologi Islam yang terkenal yang menulis ensiklopedia
mengenai haiwan yang terbaik.
- Ahmad bin Muhammad Al-Razi : he studied the geography
of Andalus.
- Ahmad Deedat : Muslim scholar - he has more knowledge
of Christianity than Islam. Due to this, any Christian missionary thinks
100 times before debating with him. He wrote several books on Islam and
Christianity.
- Ahmed Zewali (Dr.) : Egyptian Scientist - 1999 Nobel Prize for Chemistry.
- Al-Asmai : Ahli sains pertama
yang memberikan sumbangan dalam bidang zoologi.
- Al-Bakri : mengkhususkan geografy negara dalam sebuah
ensiklopedia.
- Al-Barakh al-Baghdadi (1077-1165M) : menulis buku fizik
Kitab al-Mu’labar yang menjadi
rujukan pakar fizik Eropah.
- Al-Battani @ Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan Abu Abdullah:
Bapa Trigonometri, Ahli matematik dan astronomi Islam. Orang yang pertama menghasilkan Jadual Contangents.
- Al-Baytar @ Ahmad ibn al-Baytar : Ahli Botani Islam
yang diiktiraf oleh Barat. Buku karya beliau telah menjadi rujukan sejak
1759M oleh ahli-ahli farmakologi Eropah.
- Al-Biruni @ Abu
al-Raihan Muhammad ibnu Ahmad Biruni (973-1048M) : orang pertama meletakkan asas kepada trigonometri Moden,
menggunakan kaedah matematik untuk menentukan arah kiblat. Beliau
telah membincangkan tentang bumi yang berputar pada paksinya iaitu 600
tahun sebelum usaha Galileo dikenali. Beliau juga adalah pengkritik teori
fizik Aristotle.
- Al-Bitruji : mengasaskan teori baru mengenai pergerakan
bintang dan menulis buku "The Book of Form" dengan terperinci.
- Al-Damiri (meninggal 1405M) : Pakar Biologi Islam yang
termasyur.Pengarang Kitab Hayat
al-Hayawan telah mendahului kajian Buffon, ahli zoology Perancis 700
tahun kemudian.
- Al-Dimasyqi : Ahli Biologi Islam – mengkaji
tumbuh-tumbuhan diserata negeri di sekeliling Damsyik dan gunung-gunung di
Lubnan.
- Al-Dinawari : Ahli Botani Islam yang telah menghasilkan
Encyclopedia Botanica terdiri
daripada 6 jilid.
- Al-Farabi @ Abu Nasr Mohammad Ibn Farakh al Farabi
(961M) : Saintis Islam yang pertama mengklasifikasikan Ilmu Sains.
- Al-Farghani @ Abdul Abbas al-Farghani : Ahli Astronomi
Islam yang menentukan diameter bumi menjadi 6,500 batu dan juga mengawasi
pembinaan Great Nilometer di Kaherah.
- Al-Ghafaqi (meninggal 1165M) : kitab karya beliau Al-Adwuyah al-Mufradah mengenai
tumbuh-tumbuhan telah dijadikan
rujukan oleh pakar-pakar biologi di serata Negara.
- Al-Haitham @ Abu Ali Hassan Al-Haitham: Bapa Optik Moden dan Pakar Fizik yang membangunkan geometri
analitikal. Buku beliau "Kitab Al-Manazir" (Book of Optic) menjadi asas kepada kelahiran ilmu sains optik moden.
- Al-Hajja bin Matar : ketua Penterjemah di Baitul Hikmah
zaman Khalifah al-Mansur.
- Al-Hamawi @ Syihabudin Abu Abdullah Yaqut bin Abdullah
al-Hamawi :Ahli Sejarah Islam. Kitab beliau menjadi sumber rujukan Sejarah
Islam pada masa itu.
- Al-Hasan Abu Kamal : ahli matematik yang memperkenal
tanda-tanda perpecahan , bahagi dan tolak.
- Al-Isfahan : karya muzik beliau telah diterjemahkan kedalam bahasa Inggeris sebagai The Great Book of Song.
- Ali Abbas al-Majusi : Bapa Farmakologi yang menemui analgesic yang sekarang dikenali
sebagai bius.
- Ali bin Yunus : Pakar Astronomi Kerajaan
Fatimiyyah.
- Al-Idrisi @ Al-Shariff al-Idrisi : ahli Geografi dan
Kartografi Islam yang terkemuka.
- Al-Jahiz @ Abu Uthman Amr Ibn Bakr al-Kinani al-Furqani
al-Basri : Ahli zoologi Islam yang pertama
menulis buku "The Book of Animals".
- Al-Kasyi : dikenali sebagai “Bapa Perpuluhan”, yang pertama memperkenalkan nombor perpuluhan pada tahun 1430M.
- Al-Kazwini : Ahli geografi, astronomi, geologi,
mineralogi & etnografi. Menulis 2 buah buku karya besar dalam bidang
kosmografi dan geografi.
- Al-Kharaki : Ahli astronomi, matematik dan geografi
berbangsa Parsi.
- Al-Kharkhi @ Abu Bakr Ibn Hussein: menyumbang
matematik, Algebra dan Geometri.
- Al-Khatib al-Baghdad : Pengarang Kitab Sejarah “Tarikh al-Baghdad”.
- Al-Khawarizmi @ Muhammad bin Musa Khawarizmi (780M - 850M) : Pengasas Ilmu Algebra.
- Al-Khazin @ Abu Jafar Muhammad ibn al-Hasan Khazin:
ahli astronomi dan matematik dimana hasil kerjanya telah dibuat
salinan di Jerman semasa Perang Dunia Kedua.
- Al-Khindi @ Abu Yusuf Yaqub ibn Ishaq Al-Khindi:
menulis 11 teks yang menerangkan mengenai nombor dan analisis nombor. Menghasilkan karya falsafah Islam yang pertama.
- Al-Kusyji : Ahli matematik dan astronomi yang mempunyai
pengaruh besar terhadap perkembangan sains di Turki.
- Al-Majriti @ Abu Qasim Maslamah @ Al-Majriti : the
earliest Spanish Muslim Astronomer, he edited and corrected the Zij, the
first tables composed by a Muslim.
- Al-Masudi @ Abul-Hassan Ali ibn Al-Hussain Al-Masudi :
Muslim historian and geographer.
- Al-Muqaddasi (947M) : menulis buku mengenai geografi,
beliau telah mengembara selama 20 tahun keseluruh jajahan Islam disamping
memperbetulkan teori dan ilmu pengetahun geografi.
- Al-Nabati : menulis buku Kitab al-Rihlah yang menyenaraikan tumbuh-tumbuhan baru yang
beliau temui di pantai Laut Merah.
- Al-Rahman al-Sufi: orang pertama menulis buku tentang astronomi. Nama
bintang yang diperkenalkan oleh beliau terus digunakan oleh ahli astronomi
Barat sehingga ke hari ini.
- Al-Razi @ Abu Bakar Muhammad bin Zakaria Razi (865-925M):
Ahli perubatan dan kimia yang menemui penyakit cacar. Beliau juga adalah pengasas perubatan Psikooptik (operasi mata).
- Al-Riyasa ibnu Jarit (meninggal 1193M)
: Doktor kepada Sultan Salahuddin Al-Ayubbi. Beliau banyak banyak membuat
kajian dan menghasilkan ubat-ubatan melalui herba tumbuh-tumbuhan.
- Al-Tabari @ Abu Jaafar Muhammad
al-Tabari : Ahli Sejarah Kerajaan
Abbasiyah. Pengarang kitab Tarikh
al-Tabari. Menulis sejarah Islam secara umum yang pertama.
- Al-Tusi : Nama sebenar Nasiruddin Al-Tusi > orang pertama membina balai cerap pada tahun 1259M.
- Al-Waqidy @ Abdullah al-Waqidy (747-823M) : penulis
buku Sejarah “Fatah Al-Syam”
- Al-Ya’qub : Ahli Sejarah Kerajaan Abbasiyah. Penulis
kitab al-Tarikh al-Ya’qubi dan kitab al-Buldan.
- Al-Zahrawi @ Abu Qasim az-Zahrawi : Perintis ilmu Pengenalan Penyakit dan cara
menyembuh penyakit telinga, mempelopori perkembangan Ilmu Penyakit
Kulit.
- Al-Zahrawi @ Khalaf bin Abbas Zahrawi al-Andalusi : perintis
dunia perubatan dan orang pertama yang menjahit luka koyakan untuk
mengurangkan pendarahan. Mengarang kitab At-Tasrif Liman Ajaza an
at-Ta'lif, sebuah ensiklopedia perubatan, pembedahan dan dispensari.
Beliau juga memperkenalkan 150 alat pembedahan yang digunapakai hingga ke
hari ini. Meninggal dunia 427H.
- Al-Zarqali @ Abu Ishaq Ibrahim bin az-Zarqali (lahir 1028M) : membuat perlbagai alat astronomi yang
sangat bermutu tinggi.Beliau juga membina sebuah jam air yang boleh
menunjukkan masa pada waktu singkat dan malam.
- Aladdin ibn al-Nafis : Tokoh yang pertama kali mencatatkan peredaran darah pulmonari atau peredaran darah melalui paru-paru ke jantung.
- Ammar bin Ali : Pakar Perubatan di zaman Kerajaan
Fatimiyyah.
- Asim bin Amr bin Qatadah : sejarawan Islam yang menulis
sejarah hidup nabi dan al-Maghazi.
- As-Suyuti @Abdur Rahman bin Abu Bakar bin Muhammad bin
Khudari as-Suyuthi (849H - 911H) : Ahli tafsir, Fiqh, Kedoktoran, qiraat,
dan hisab. Mengarang beberapa kitab-kitab yang masyur.
- Asy-Sya'rawi @ Muhammad Mutawali Sya-rawi (1911M -
1998M) : Tokoh ilmuan Al Azhar di Mesir.
- Awanah bin al-Hakam : Ahli Sejarah Kerajaan Abbasiyah.
Menulis kitab sejarah Sirah
Mu’awiyah Wa Bani Umaiyah dan Kitab
al-Tarikh.
- Banu Shakir : menghasilkan beberapa buah buku tentang
ilmu astronomi yang antaranya ialah Astroglogy
and Astronomy.
- Chihab Addine Abul-Abbas Ahmad ben Fadhi Al-Umari :
Ahli Sejarah Muslim (1306-1384 M).
- Daghfal al-Nasabah al-Bakri (160M) : ahli sejarah pada
zaman awal Islam. Menulis kitab sejarah al-Tazafir Wa al-Tanasir.
- Habasyi Al-Marwazi : Ahli astronomi teragung Kerajaan
Abbasiyah.
- Harun Yahya @ Adnan Oktar : Ilmuan
terkemuka dari Turki.
- Hasan bin Haitsam @ Muhammad bin Hasan bin Haitsam
(354H - 430H) : Ilmuan terkenal di Arab bahkan pakar ilmu Alam terbesar di
dunia pada abad pertengahan.
- Hunayan ibn Ishaq : Ilmuan Islam zaman Khalifa Harun
Al-Rashid. Beliau telah menterjemah 95 buah buku ke bahasa Syria & 39 buku ke bahasa Arab. Juga
diarahkan oleh Khalifah untuk menterjemahkan hasil karya Plato, Galen,
Euclide dll.
- Hussein Farouzi : pengkaji ilmu Samudera pertama Arab.
- Ibnu Abbas (687M) : ahli sejarah pada zaman awal Islam.
Tidak menulis kitab sejarah tetapi hanya mengajar sejarah hidup para nabi
dan al-Maghazi.
- Ibnu Abdul Rabbihi :mengarang kitab khusus tentang ilmu
pengetahuan dan pendidikan yang berjudul “Al-Iqd al-Farid” (Rantai yang
unik).
- Ibnu Abi Hatim @ Abdul Rahman bin Muhammad Idris (lahir
240H) : Ahli Sejarah Islam.
- Ibnu Abi Ubaydah : Ahli astronomi abad ke 9.
- Ibnu Abi Ushaybi’ah : Ahli sejarah kedoktoran pertama menulis sejarah kedoktoran Arab. Beliau menghimpun 380 biografi doktor perubatan.
- Ibnu Al-Awwam : Ahli botani Islam yang menyenaraikan
ratusan tumbuhan dan memberikan keterangan yang tepat mengenai tiap tiap
tumbuhan.
- Ibnu Al-Baytar : Penulis buku “Simple Drugs and Food”, kompendium
pokok abjad yang diatur mengikut abjad.
- Ibnu Al-Haytham @ Abu Ali al-Hassan ibn al-Haytham
(965-1039M) : Ahli Fizik Islam yang
pertama. Beliau menghasilkan 100 buah
buku mengenai matematik, fizik, falsafah, perubatan dan astronomi.
- Ibnu Al-Hazam : menulis tentang ilmu pengetahun dengan
mendalam melalui kitabnya “Maratib al-Ulum” (Jenis-jenis Ilmu).
- Ibnu Al-Jazzar : Ahli Perubatan Islam.
- Ibnu Al-Khatib : Doktor perubatan di Granada yang mempertahankan
teori penularan.
- Ibnu Al-Khatimah @ Ahmad bin Ali: Beliau memajukan cara
immunity dan perasingan pesakit dalam rawatan.
- Ibnu Al-Labbad : Ilmuan Islam terawal dalam bidang ternakan ayam, pakar ilmu haiwan tumbuhan.
- Ibnu Al-Nadiem al-Manshily (772-849M) : ahli Muzik Islam, menulis dan meletakkan nota-nota melodi dalam lirik lagu.
- Ibnu Al-Nafis : memperkenalkan sistem aliran darah dan pemindahannya dan
mengkaji sifat dan factor jantung manusia serta pengubatannya.
- Ibnu Al-Quff (1233-1286M) : Pakar bedah Islam yang
membicangkan keperntingan anatomi dalam pembedahan, serta teknik-teknik
dan alat-alat surgery.
- Ibnu Al-Sarraj : Menyusun siri pelindungan , kuadran, panduan
trigonometri dan instrumen lain.
- Ibnu Al-Shatir : Pencipta alat-alat Astronomi. Beliau
juga mengkaji pergerakan objek di angkasa lepas. Beliau juga
memperkenalkan model holiopusatan iaitu sistem suria.
- Ibnu Athir @ Ali Ibnu Muhammad al-Syaibani (meninggal
656H) : Ahli sejarah Islam. Kitab Sejarah beliau yang terkenal ialah “al-Kamil
Fi al-Tarikh” berdasarkan
dari kitab Tarikh al-Tabari.
- Ibnu Bajjah @ Abu Bakr Muhammad Ibnu Yahya al-Sagh:
Sarjana Fizik di Andalusia.Beliau juga adalah sarjana
filsuf Islam pertama di Barat.
- Ibnu Battutah (1304-1377M) : Ahli pelayaran Islam
terkemuka yang telah melawat keseluruh Negara-negara jajahan Islam pada
zamannya.
- Ibnu Doraid Al-Azdi : Ilmuan Islam yang menulis buku
terjemahan bahasa Inggeris “Description of Rain & Cloud” pada abad ke 9 Masehi.
- Ibnu Firnas @ Abbas bin Farnas (194H-274H) : menguasai
ilmu kedoktoran, fizik, adab,
muzik, falsafah dan lain-lain. Dikatakan orang yang pertama menemui jam.
Dia juga orang terawal menemui
teori Penerbangan dan yang pertama membuat percubaan terbang dengan membuat sayap.
- Ibnu Hazm : Muslim Sepanyol yang menitikberatkan
kualiti moral dalam bidang perubatan.
- Ibnu Hisyam : Penulis Sirah al-Nabawiyah di Syam.
Meninggal 218H).
- Ibnu Ishak @ Muhammad bin Ishak bin Yasar bin Khityar
Muthalabi (80H - 151H) : Ahli Sejarah , kitabnya yang termasyur ialah
As-Sirah an-Nabawiyah yang merupakan buku sejarah yang pertama ditulis.
- Ibnu Jarir al-Tahari @ Abu Jaafar Muhammad Ibnu Jarir
al-Tabari (838-923M) : Ahli Sejarah yang pertama menggunakan sistem kronologi mengikut
tahun Hijrah dan penggunaan sistem Isnad.
- Ibnu Jubayr (1145M) : pelayar Islam dilahirkan di
Sepanyol. Kisah pengembaraannya dalam buku Pengembaraan Ibnu Jubyr telah menjadi bahan rujukan para
sarjana geografi selepasnya.
- Ibnu Juljul : Mengumpul risalah mengenai ubat-ubatan
yang ditemui di Andalusia pada 943M.
- Ibnu Kathir @ Ismail bin Umar bin Kathir bin Dhau bin
Dar'in (701H - 774H) : Ahli Fiqh, Tafsir, nahu, hadis, sejarah dan ilmu
rijal hadis. Antara kitabnya yang terkemuka ialah Tafsir Ibnu Kathir.
- Ibnu Khaldun (1332 – 1406M) : Ahli Sejarah terkemuka
Islam , beliau orang pertama menulis
sebuah buku sejarah bertajuk “Muqadimmah”.
- Ibnu Khazani : merekacipta pelbagai alat timbangan yang
sempurna. Kompas yang dicipta oleh beliau telah digunakan di Eropah
sehingga kini.
- Ibnu Masawayh : Menulis risalah sistematik yang tertua
mengenai Opthamology.
- Ibnu Maskawih : Ahli falsafah akhlak.
- Ibnu Nafis @ Ali bin Abi Haram bin Nafis (609H - 687H)
: orang pertama
melakukan pemindahan darah, pemindahan hati , jantung dan mata.
- Ibnu Rush : Menulis buku mengenai teori dan pengajian
perubatan.
- Ibnu Rusyd @ Abu Walid Muhammad ibn Ahmad (1126-1198M)
: Seorang saintis dan pemikir Islam Cordova terkemuka abad ke 12.
- Ibnu Said @ Abu Abdullah Muhammad Ibnu Said (lahir
168H) : Ahli Sejarah & Geografi Islam dari Basrah. Pengarang beberapa Kitab Sejarah dan juga yang pertama sekali menyatakan Tanah Melayu sebagai sebuah Semenanjung.
- Ibnu Shuhayd : Ahli perubatan Islam yang menyarankan
agar ubat-ubatan digunakan hanya jika pesakit tidak bertindakbalas
terhadap diet pemakanan.
- Ibnu Sina @ Abu Ali Husain ibn Abdullah (980-1037M) : Pakar Perubatan Islam yang
terkenal di dunia. Kitab perubatannya menjadi rujukan
university-universiti di Eropah pada abad pertengahan. Dikenali di Barat
dengan nama Avicenna.
- Ibnu Taufeil (1111-1185M) : terkenal di Barat dengan
nama Abubacere. Ahli filusuf dan doktor yang masyur.
- Ibnu Yazid @ Khalid bin Yazid : orang pertama membicarakan Ilmu Kimia dan juga orang yang pertama mempelopori kegiatan menterjemahkan
buku-buku Yunani.
- Ibnu Yunus : Ilmu Islam yang menemui Pendulum lebih
awal dari Galileo Galilie dan pereka batu jam. Beliau juga orang terawal
memperkenalkan balai cerap.
- Ibnu Zuhr @ Abu Marwan Abdul Malik ibn Zuhr
(1113-1162M) : the first parasitologist,
one of the greatest physicians and clinicians of the Muslim Golden
Era.
- Ishak ibn Sulaiman al-Yahudi (855-955M) : pakar
perubatan mata Mesir. Kitab beliau tentang penyakit demam digunakan di
Oxford University, Paris dan lain-lain Negara Eropah.
- Ishaq ibn Umran : Pakar psikologi Islam – memajukan cara-cara
rawatan psikoterapi dengan mgnggunakan bahan ubat kimia, pemakanan dan
kesihatan am dalam rawatan pesakit.
- Ja’far Ibn Umar Ibn Dawlatshah al-Krimani : mencipta
“Celestial Globe” pada tahun 1362.
- Jabir bin Aflah (meninggal 1145M) : orang pertama merancang Celestial Sphere (sfera cakerawala buatan) yang boleh dibawa ke mana-mana. digunakan untuk menaksir dan menjelaskan objek di angkasa.
- Jabir bin Hayan : Bapa Kimia Moden.. Pakar ilmu Alam
dan Ilmu Kimia. Orang pertama menghasilkan Asid terutamanya asid nitrik, hidroklorik, sitrik, tartarik dan sulfurik. Meninggal dunia pada tahun 200H.
- Jaifar al-Sadiq : Ahli astronomi , teologi, falsafah
dsb – saintis pertama yang menolak teori Ptolemy
yang mengatakan matahari mempunyai 2 pergerakan.
- Katib Celebi : menulis sebuah
Ensiklopedia di zaman Khalifah Uthmaniyyah.
- Kerim Kerimov : Ahli Sains Muslim Azerbaijan – Pengasas
Program Angkasa Soviet dan terlibat dalam projek Kapal Angkasa Pertama
Soviet, Vostok 1.
- Khairel ibn Ahmad (772-842M) : penulis lirik dan penggubah lagu.
- Khalid bin Ahmad : Ilmuan Islam zaman Bani Umaiyyah ,
pakar bahasa dan Filologi Arab.
- Khalid Sa’adah (Dr.) : Membantu Sayid Rasyid Ridha
menterjemahkan Kitab Injil Barnabas ke dalam Bahasa Arab pada tahun 1907.
- Koca Mi’mar Sinan Aga : Ketua Arkitek Kerajaan Turki – Jurutera gempabumi yang pertama di Dunia.
- Mehmed Al-Fanari : Menulis Ensiklopedia Sains di zaman
Kerajaan Uthmaniyyah.
- Molla Lutfi : Menulis Ensiklopedia Sains di zaman
Kerajaan Uthmaniyyah.
- Muhallabi (985M) : menulis karya pertama yang menyentuh geografi Sudan.
- Muhamad Al-Farazi : Ahli Falak terkenal Kerajaan
Abbasiyyah yang merekacipta Astrolabe iaitu alat mengukur sudut.
- Muhammad bin Ishaq : Ahli Sejarah Kerajaan Abbasiyah.
- Muhammad bin Musliom al-Zuhri : sejarawan Islam yang
menulis sejarah hidup nabi dan al-Maghazi. Kitab sirahnya adalah kitab
sirah yang paling awal yang sampai kepada kita.
- Muhammad bin Umar al-Waqidi : Ahli Sejarah Kerajaan
Abbasiyah. Antara karya beliau ialah al-Tarikh
al-Kabir dan al-Tabaqat.
- Muhammad Ibni Ali Rustam al-Khuzani al-Saati : membina
jarum jam yang dipasang di Sab al-Jayrri di Damascus.
- Muhammad Ibni Yusuf al-Warraq : described the
topography of North Africa.
- Musa bin Uqlah : Ahli Sejarah Kerajaan Abbasiyah.
Menulis Sirah Nabawiyah.
- Nasiruddin al-Tusi : orang pertama membina balai cerap pada 1259M.
- Omar Khayyam : Persian poet, astronomer & mathematician - well
known to western world for his poet "The Rubaiyat of Omar
Khayyam".
- Qazi Yaqub Nauman : penulis dan ahli sejarah Rusia.
- Raja Hj. Muhammad Tahir bin Raja Hj
Abdullah : Hakim Riau – Lingga & Ulama Falakiah – orang pertama di Riau menulis dalam bidang
Ilmu Hisab & Falakiah & juga tokoh Tareqat Naqsyabandiah.
- Rumiah Al-Hasanian : jururawat Muslim
yang terulung.
- Sabur bin Sahl : Menulis formula pertama mengenai farmasi.
- Said al-Maghribi : Penyair Andalusia yang masyur juga
ahli geografi , sejarah dan ontology.
- Sayid Rasyid Ridha : Penerbit Majalah 'Al Manar' – menterjemahkan kitab Injil
Barnaba ke dalam bahasa Arab pada tahun 1907M.
- Shurahbil bin Sad : sejarawan Islam yang menulis
sejarah hidup nabi dan al-Maghazi.
- Surahwadi : Pengasas Teori Cahaya
- orang pertama
mengeluarkan teori tentang hukuman tabii di bumi dan planet-planet lain.
- Thabit Ibn Qura Ibn Marwan al-Sabi
al-Harrani : Pengasas statik dalam bidang Mekanisme dan Fizik dan
mengasaskan Sekolah Terjemahan. Beliau juga memperkenal geometri.
- Umar bin Al-Furukkhan : Ketua
penterjemah unit Ilmu Falak zaman Khalifah al-Mansur.
- Urwah bin Zubir : sejarawan Islam yang menulis sejarah
hidup nabi dan al-Maghazi.
- Utarid ibnu Muhammad al-Hasib : menyusun kitab Manafi al-Ahjar yang membincangkan
tentang sifat-sifat logam.
- Uthman ibnu Suwayd : menghasilkan Mushaf al-Jamaah – teks kimia Latin yang popular pada zaman
pertengahan.
- Yahya bin Abi Mansur : Ahli Falak
zaman khalifah Al-Makmun.
- Yaqut : menghasilkan sebuah buku geografi yang lengkap
iaitu Kamus Geografi .
- Yuhana bin al-Bitriq : pakar dalam
Bahasa Latin, penterjemah zaman Khalifah Harun al-Rashid.
- Yuhanna bin Masawayah : Pakar Farmakologi -
menyeneraikan penyakit dan rawatan & mengesyorkan penggunaan tumbuhan
untuk meningkatkan pertahanan darah.
- Yunus al-Khatib (752M) : penulis lirik dan penggubah lagu.
- Ziyad bin Uybah : ahli sejarah pada zaman awal Islam. Menulis kitab al-Ansab.
- TOKOH ULAMA NUSANTARA
- TOKOH-TOKOH ISLAM SECARA RINGKAS
- TOKOH-TOKOH ISLAM DI CHINA
- TOKOH-TOKOH ZAMAN RASULULLAH S.A.W
- Merintis Kecemerlangan Islam : Prof. Madya Rasid Muhamad, Karangkraf, 2011
- Tamadun Islam : Mohd Roshdi Yusof - Pustaka Reka, 1997.
- Tamadun Islam & Tamadun Asia : Mohd Nor Jusoh - Sarjana Media Sdn BHd, 2011
- Sumbangan Sarjana dalam Tamadun Islam: Ghazali Darusalam - Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, 2001.
No comments:
Post a Comment