- Abdul Rahman Nazhong (Prof.) : Sarjana Muslim China dari etnik Uyghur yang terkenal di China.
- Abu Ali - seorang saudagar Islam yang kaya di zaman Dinasti Yuan
- Ahmad Qanak :Penyair Islam terkemuka di China, puisi beliau "Diwan Lil hakikah" adalah puisi yang paling terkenal.
- Alauddin al - Mufari : Jurutera Islam dizaman Dinasti Yuan yang mahir membuat senjata meriam bagi tentera Mongol.
- Allahudin Mufari : Dilantik oleh Kerajaan Mongol di China sebagai wakil Panglima.
- Amir al-Din @ Yeheidie'erding : Arkitek Muslim yang membantu membangunkan bandar kota Khanbaliq (Sekarang Beijing) ibu Negeri Dinasti Yuan pada tahun 1264.
- Amir Sayyid @ So Fei Er : Tokoh Islam dizaman Dinasti Song digelar "Bapa Masyarakat Islam"di China.
- An Ming : Sarjana Islam di Beijing, mendirikan Sekolah Waniping di Beijing yang memberikan pendidikan Islam di Beijing.
- Bai Chongxi : Jeneral Tentera Revolusi Kebangsaan China. Beliau adalah Menteri Pertahanan Republik Rakyat China yang pertama pada 23 Mei 1946.
- Bai Shu Yi : Sejarawan Islam di China, mengarang kitab "Metrodologi Sejarah Islam di China" dan "Intifadah Kaum Hui".
- Bang Shi Chian : (1900 - 1958) - menterjemah kitab "Tarikh Al Tasrik Islam" oleh Hudari Bek ke bahasa China.
- Caimaruddin Baishouyi (Prof.) : Sejarawan Musllim di China.
- Cha Sun : Penulis China Muslim yang mengarang "Musilin de Erni" (Anak-Anak Muslim).
- Chan Kah Li : Menterjemah kitab "Al-Tajul Jami Lilusul Fi Ahadith Rasul" ke bahasa China.
- Chan Ya Bang & Chang Shin : Penulis kitab Sejarah Islam.
- Chang Chian : Penulis Kamus Parsi - China yang diterjemahkan daripada kamus Parsi-Inggeris oleh Palmar.
- Chang Chung (1584-1670) : pengarang kitab "Hukum-Hukum Umum untuk kembali kepada kebenaran", "Ilmu Akidah", "Fasal yang Empat" dan lain-lain.
- Chang Yuchun : Seorang Panglima Tentera di zaman Dinasti Ming yang beragama Islam. Beliau bertanggungjawab menggulingkan pemerintahan Mongol di China.
- Chang Zhenzhi : Penulis China Muslim, karyanya "Xinglin-Shi" (Sejarah Kerohanian) merupakan novel China Muslim yang terkenal.
- Chang Zhimei, Li Yangling & She Qiling : Dari Mazhab aliran Shadong yang memberi fokus kepada 13 kitab dalam bahasa Arab dan Parsi serta ajaran Sufisme.
- Chi Zanshi al Din : Panglima Tentera China dizaman Dinasti Yuan yang beragama Islam di wilayah Yunan.
- Chu Ji San & Wuli Ren Shan : Membuka sekolah Islam untuk guru-guru di Wanchian, China.
- Chu Yuan Chang : Pengasas Kerajaan Dinasti Ming di China yang dikatakan beragama Islam. Terdapat bukti dari tokoh sejarawan China tentang Keislamannya.
- Dawing : Penulis "Terjemahan dan Tafsir Quran" yang diterbitkan oleh Islamic Book and Press Publishers di China pada tahun 1924.
- Ding Guodong : Pemimpin Islam yang mengetuai Pemberontakan Milayin menentang Dinasti Qing pada tahun 1646 bersama Ma Shouying.
- Du Shou Ken @ Abu Bakar : Pesuruhjaya Polis Laut di Canton China pada zaman Dinasti Song.
- Du Wenxiu : China Muslim yang memimpin Pemberontakan Panthay menentang Dinasti Qing.
- Fei Xin : Penterjemah Laksamana Cheng Ho dalam ekspedisi pelayaran Cheng Ho.
- Feng Yangwu & Zhang Shao Shan : mewakili mazhab / aliran Shanxi yang memberi tumpuan kepada Ilmu Kalam dan Tafsir.
- Fu Tung Shian : Penulis buku "Sejarah Islam di China".
- Fuqaha al-Mu'azzam Maulana Qawamuddin al-Sibti : Ulama Fiqh Mazhab Maliki dari Maghribi yang menetap di China.
- Gi Giwi : Sarjana Islam China yang memasukkan terjemahan Al Quran Muhammad Makkin ke bahasa China.
- Giwu Tong : Sarjana Islam di China, mengarang buku "Sejarah Islam di China pada 1940.
- Ha Decheng (Imam) : Pengasas Persatuan Pengajian Islam di China.
- Hada Ching : menubuhkan Persatuan China Islam di Chenghai,China.
- Hadri al-Kazaki : Penulis novel Islam yang masyhur di kalangan etnik Kirghiz di China.
- Han San (Imam) : Tokoh Islam China dizaman Dinasti Ming yang turut mengembara bersama armada Laksamana Cheng Ho.
- Han Tching Wutu & Chatchan Tui : Penyelia Terjemahan lengkap Al Quran ke bahasa China.
- Heo Shien (Laksamana Muda) : Pegawai Tentera Laut China yang beragama Islam yang turut serta dalam Ekspedisi Pelayaran Laksamana Cheng Ho.
- Hu Dengzhou (Imam) : Tokoh Ulama Islam di China yang memulakan pengajian Islam di Masjid di wilayah Shanxi.
- Hu Shung Shan : menterjemah kitab "Maskat al-Masabih" ke dalam bahasa China tetapi tidak dicetak.
- Huding Tchu : Ulama Islam di zaman Dinasti Ming yang memperkenalkan pendidikan Islam di Masjid.
- Huo Da : Penulis China Muslim, pengarang buku "Musilin de Changli" (Upacara pengkebumian jenazah Muslim).
- Iblaxin Ma Ming Xa : Ulama Islam di China yang mengembangkan Tareqat Nasqabandiyah.
- Ihidierddin : Arkitek Muslim China di zaman Dinasti Yuan yang membuat lakaran dan rekabentuk "Kota Larangan" di Beijing.
- Ismail al-Syam : Jurutera Islam di zaman Dinasti Yuan yang mahir membuat senjata meriam bagi Tentera Mongol.
- Jaiwi Chin : Sarjana Islam di China yang mengarang kitab "Terjemahan dan Tafsir Sunnah Ashsharifa".
- Jalal Al-Din : Ahli Kaji Bintang islam - Kalender ciptaannya telah menjadi asas penting kepada penghasilan kalendar di China.
- Ji Giuh : Penterjemah "Makna Al Quran" ke dalam bahasa China.
- Jin Ji Tang : Menulis "Kajian Sejarah Islam di China" pada tahun 1935.
- Jin Tianzhu : Sarjana dan ilmuan Islam di China (1736 - 1795).
- Kamali Yui : Sarjana Islam China - mengarang kitab "Catatan Tahunan Sejarah Islam di China" pada tahun 1940.
- Khodsja Niyaz Hadj : Pemimpin Etnik Uyghur yang menentang Kuomintang di China bersama Yulbars Khan.
- Kok Tze Hin : Jeneral Islam di China yang menjatuhkan Dinasti Yuan di China.
- Kuo Tzu-Hsing : Seorang Jeneral yang beragama Islam dari Fengyang yang mempelopori gerakan menjatuhkan Dinasti Yuan di China.
- Lan Yu : Panglima Tentera yang beragama Islam yang turut menyumbang kepada pembentukan Dinasti Ming. Pada tahun 1388 beliau memimpin Tentera Dinasti Ming mengalahkan tentera Mongol di Tembok Besar China.
- Leo Tse (1660-1730) : pengarang kitab "Rukun Islam dan Hukum-Hukumnya" dan "Sejarah Nabi Terakhir".
- Lin Nu : Seorang saudagar kaya zaman Dinasti Ming yang telah melawat Ormuz di Parsi pada 1367 dan kemudian memeluk agama Islam.
- Li Shing Hua : Sasterawan Muslim di China, menterjemahkan "Hikayat 1001 Malam" ke bahasa China.
- Li Shun & Li Shu Shiwan : Sasterawan Muslim China abad ke 10 yang terkenal dengan syair mereka.
- Li Yi Chan : menterjemahkan kitab hadis "Al Khutab" susunan Ibnu Wadan kedalam bahasa China pada awal kurun ke 20.
- Linxia Hezhou : Pengasas Mazhab aliran Hezhou di China - menumpukan kepada ajaran "Kitan Mishkat Al-Masabih" dan "Ilya Ulum Al-Masabih".
- Lith Chang : Pengarang Kitab "Pegangan Besar Al Quran" pada 1927.
- Liu Fi Moa, Najin Wun, Lin Tao dan Dahn Ying Lee : Penyusun kompilasi kedua "Ajaran-Ajaran Al Quran yang Terpilil" diterbitkan Dar Al-Qawmiyat Li An Nashr" pada 1993.
- Liu San Jeh : menulis buku mengenai perkembangan agama Hui Hui atau Islam di China.
- Liu Zhi : tokoh Islam di China yang banyak menghasilkan buku berkenaan hadis, Tauhid, Falsafah, Sirah dsb.
- Luang Jing Tohai : pengarang kitab "Tafsir dan Terjemahan Al Quran" pada 1932.
- Lujin Piao : pengarang kitab "Terjemahan China terhadap maksud Al Quran".
- Ma An Li : sasterawan China yang menterjemahkan "Qasidah Al Burdah" ke bahasa China.
- Ma Anliang :General of Xinjiang, Colonel of Hezhou, membantu Dinasti Qing menentang Pemberontakan Dungan pada 1872.
- Ma Biao : China Muslim berpangkat Lt. General yang mengetuai Kansu Braves 1900-1948). Beliau terlibat dalam Boxer Rebellion, Sino-Tibetan War, Second Sino-Japanese war dan Chinese Civil War.
- Ma Bufang : berpangkat Lt.General, merupakan duta Republik Rakyat China yang pertama ke Arab Saudi pada 1957. Beliau meninggal dunia di Arab Saudi pada tahun 1975.
- Ma Bukang (General) : Pemerintah 8th Cavalry Division Tentera China semasa Perang Dunia kedua menentang Tentera Jepun.
- Ma Buqing (General) : Timbalan Pemerintah 40th Army Group China (1928-49) dan Pesuruhjaya Wilayah Qinghai (1942-43).
- Ma Cha-Ye-He : Ahli Astronomi Islam di zaman Dinasti Ming.
- Ma Chengxiang (Lt.Gen) : Pemerintah 5th Cavalry Army di China dari 1936-1969.
- Ma Ching-Chiang : Jeneral Tentera China yang beragama Islam. Beliau adalah penasihat Presiden Chiang Kai-Shek.
- Ma Chui (1640-1711) - Pengarang kitab "Panduan Islam" di China.
- Ma Chung-Ying : Komander Tentera yang beragama Islam , memimpin perjuangan pembebasan umat Islam di China pada 1932.
- Ma Dahan : Seorang Muslim dari Dongxian yang memberontak menentang Dinasti Qing pada tahun 1895.
- Ma Dunjing : Major General Tentera Revolusi Kebangsaan China dari 1926-1949.
- Ma Dunjing :Panglima Tentera Revolusi Kebangsaan China dari 1920 - 1972.
- Ma Fu Chu a.k.a Yusuf Ma Dexin (1794-1874) : pengarang kitab "Khulasah Fasal Yang Empat", "Kata-Kata yang Ma'thur untuk menyedarkan manusia", "Tujuan Kehidupan", "Prinsip Kalender Tahun Hijrah" dan lain-lain.
- Ma Fu Chu : (1794-1874) >pengarang kitab "Khulasah Fasal Yang Empat", 'Kata'kata Ma'thur Untuk Menyedarkan Manusia." 'Tujuan Kehidupan" dan "Prinsip Kalendar Tahun Hijrah".
- Ma Fulu : Dari Unit Kansu Brave menentang Pemberontakan Dungan (1895-96) dan Boxer Rebellion.
- Ma Fushou : Ketua Setaf Brillitant Military Army di China pada 1917.
- Ma Fuxiang : Pemimpin Tentera dan Ahli Politik di zaman Dinasti Qing dan di zaman awal Pembentukan Republik Rakyat China. Beliau menjadi Gabenor Qinghai (1912), Ningxia (1912-1920) dan Suiyuan (1920-1925). Kemudian menjadi Gabenor di Anhui pada 1930. Beliau meninggal dunia pada tahun 1932.
- Ma Fuyuan : Panglima Tentera 36th Division (National Revolutionary Army) China yang beragama Islam dari 1929 hingga 1937.
- Ma Guoliang : Panglima tentera Dinasti Qing yang turut membantu menentang pemberontak etnik Salar.
- Ma Haiyan: Jeneral Tentera China yang beragama Islam yang membantu Dinasti Qing pada 1872 menumpaskan Pemberontakan Dungan bersama Jeneral Ma Zhan'ao dan Jeneral Ma Qianling.
- Ma Hou (Maharani) : Permaisuri Maharaja Zhu Yuang Chang dari Dinasti Ming yang beragama Islam.
- Ma Hongbin : Panglima Tentera, Dilantik menjadi Gabenor Ningxia (1921-28), Gabenor Gansu (1930-31) dan Gabenor Ningxia (1948-49).
- Ma Hongkui : Berpangkat Lt. Gen, panglima perang era Republik Rakyat China. Beliau dilantik menjadi Gabenor Ningxia. Berhijrah ke Amerika Syarikat dan meninggal dunia pada tahun 1970.
- Ma Hushan (General): Timbalan Ketua Division Tentera Revolusi Kebangsaan ke 36 (1929-54).
- Ma Hua Lung : Pemimpin masyarakat di pekan Chin-Chi-Pu di China. Tareqat Naqsyabandiah berkembang di bawah pimpinan beliau.
- Ma Hua Ming Hsin : Pemimpin umat Islam China yang mencapai banyak kemenangan dalam pertempuran di China.
- Ma Huan : Tokoh Islam di Dinasti Ming yang turut serta dalam pelayaran Laksamana Cheng Ho.
- Ma Jiyuan (Maj.Gen) : GOC 82nd Army di China (1939-1949).
- Ma Laichi : Ahli Sufi China yang membawa pergerakan Khuffiyya Naqshbandi di China.
- Ma Liang Jiun : pengarang buku "Pengkajian Dalam Sejarah Islam".
- Ma Liang Ji : Imam Besar Masjid Xian di China, bertanggungjawab menjaga artifak Islam di Masjid tersebut.
- Ma Lianyuan : Ulama terkenal di China. Pernah menuntut di Syria, Mesir dan India. Beliau meninggal dunia di India dan dimakamkan disana.
- Ma Lin : Panglima Tentera menjadi Gabenor Qinghai dari 1931 - 1938.
- Ma Lin Yi (1838-1864) : China Muslim yang menjadi Menteri Pendidikan di daerah Gansu dilantik oleh Kerajaan Republik China Kuomintang.
- Ma Ling Pe : menubuhkan Sekolah "Kai Xin" di Guiyang, China yang memberikan pendidikan Islam.
- Ma Mingxin (1719-1781) : Pengasas Pergerakan Jahriyya Naqshbandi di China.
- Ma Pu Shu : orang yang pertama di China yang cuba menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa China pada kurun ke 19. Namun beliau hanya berjaya menterjemahkannya sehingga 5 juzuk sahaja.
- Ma Qi : General Ninghai Army (1890-1931), Gabenor Tentera Wilayah Qinghai (1915-1928) dan Pengerusi Kerajaan Qinghai (1929-31).
- Ma Qianling : Jeneral Tentera China yang beragama Islam yang membantu Dinasti Qing pada 1872 menumpaskan Pemberontakan Dungan bersama Jeneral Ma Zhan'ao dan Jeneral Ma Haiyan.
- Ma Rulong : Seorang China Muslim yang bangun memberontak menentang Dinasti Qing dalam Pemberontakan Panthay. Namun kemudian beliau memihak kepada Dinasti Qing dan membantu menumpaskan pemberontak-pemberontak yang beragama Islam.
- Ma Sheng-kuei : General 2nd Brigade of the 36th Division National Revolutionary Army (1933-37). Memimpin Brigade menentang Pemberontakan Kumul dan Perang Xinjiang (1937).
- Ma Shing Chu : menterjemah karya Parsi yang terkenal 'Shah Namah' ke bahasa China.
- Ma Shouying : Pemimpin Islam yang mengetuai Pemberontakan Milayin menentang Dinasti Qing pada tahun 1646 bersama Ding Guodong.
- Ma Songting : Tokoh Islam di China yang menubuhkan Sekolah Perguruan di Chengde pada tahun 1925.
- Ma Ting-hsiang : pemimpin Islam di China yang memimpin pemberontakan menentang Kuomintang pada tahun 1928.
- Ma Wan Fu : Pengembang ajaran Wahabi di China.
- Ma Xianda (1932-2013) : Pakar Seni Mempertahankan diri China yang terkenal.
- Ma Xiao : Seorang Jeneral China Muslim dari unit Liu Wenhui Army (1930-32) yang terlibat dalam pertempuran dengan Tentera Tibet dalam Sino-Tibetan War.
- Ma Xinyi : Jeneral Tentera Dinasti Qing yang beragama Islam. Menubuhkan Green Standar Army menentang pemberontakan Taiping dan berjaya mengembalikan kestabilan Kerajaan Dinasti Qing.
- Ma Yi Yui : Penulis buku "Catatan Sejarah Islam di China.
- Ma Yonglin : Ketua Muslim China yang terlibat dalam Pemberontakan Dungan dan juga pemberontakan Muslim China terhadap Dinasti Qing pada tahun 1895.
- Ma Zhancang : Panglima 36th Division (National Revolutionary Army) dari 1929 hingga 1937. Beliau beragama Islam.
- Ma Zhan'ao : Jeneral Tentera China yang beragama Islam yang membantu Dinasti Qing pada 1872 menumpaskan Pemberontakan Dungan.
- Ma Zhanhai : Pemerintah Batalion Qinghai Army dari 1930-1932. Terbunuh dalam Perang Tibet pada 1932.
- Ma Zhu : Ilmuan Islam dizaman Dinasti Ming.
- Ma_Zhongying : General 36th Division National Revolutionary Army (1929-34). Mengetuai angkatan menggempur Kerajaan Pro-Soviet di Xinjiang.
- Machu Yun : membuka Sekolah Arab pertama di China di Ningxia pada tahun 1934.
- Mada Wu : menulis terjemahan Al Fatihah dan beberapa ayat surah Al-Baqarah yang dicetak di Hong Kong dan China.
- Mafu Chiang : Sarjana Islam di China, menyusun dan menerbitkan karya-karya Islam dalam bahasa China.
- Mafu Tchu : menterjemahkan kitab "Ashsharhu Saheeh lil kitab ala kitab Al-Muqqddasi Annafees" pada tahun 1927 di China.
- Maimaiti Sailai : Intelektual dan penyajak Muslim China yang terkenal.
- Malin Lee : Pengarang Kitab "Asas-Asas Umum Islam" di China.
- Mao Hung Yi : menterjemahkan kitab "Safwah Imam Bukhari" ke bahasa China dan diterbitkan di Beijing.
- Masung Tsing : menubuhkan Sekolah Guru-Guru di Jenian, China untuk melatih para Imam & guru-guru dalam ilmu Sains dan Islam.
- Matian Wing Wufutang Siang: menubuhkan Persatuan Budaya Islam di Shanghai pada tahun 1924.
- Milayin : Pemimpin Islam yang mengetuai Pemberontakan Milayin menentang Dinasti Qing pada tahun 1646 bersama Ding Guodong dan Ma Shouying.
- Mirzan Muhammad Hadar : Sejarawan Islam di China. Menulis kitab sejarawan Sejarah Rasyid dan Sejarah Mongol di Asia Tengah.
- Muhammad Ma Jian (1906-1978) : Menterjemahkan Al Quran ke bahasa China.
- Muhammad Makkin : mengarang kitab "Makna Al-Quran" pada 1940.
- Na Chong : menterjemah kitab Fajar Islam oleh Ahmad Amin ke dalam bahasa Cina.
- Nasruddin Syeid Umar Syamsuddin : Gabenor Wilayah Yunan di China. Beliau berjaya mempertahankan wilayah Yunan dari serangan tentera Burma pada 1287M.
- Noor Deen Mi Guangjiang : Pakar tulisan kaligrafi China yang lahir pada 1963. Beliau juga adalah pensyarah di Islamic College di Zhengzhou, dalam provinsi Henan. Beliau adalah China Muslim pertama dianugerahkan "Egyptian Certificate of Arabic Calligraphy".
- Pai Hsien-yung : Pengarang kontemporari terkenal di China. Lahir 1937.
- Pai Tzu-li : Panglima 36th Division National Revolutionary Army (1929-1937) - Kumul Rebellion dan Perang Xinjiang (1937).
- Pi Sgui : Sarjana Islam di China yang telah menulis Sejarah Ringkas China Islam dan juga buku-buku rujukan tentang Islam di China.
- Pu Shou Keng : Pesuruhjaya Cukai dan Pesuruhjaya Keamanan di zaman Dinasti Sung di China.
- Pu Shu : Pengarang buku "Apa yang ku lihat sepanjang perjalanan ke Haji."
- Qi Jingyi (1656-1719) : Ahli Sufi China yang memperkenalkan Sekolah Qadriyyah di China.
- Sayyid Ajall al-Din Omar : Gabenor Wilayah Yunnan yang pertama di zaman Dinasti Yuan. Beliau adalah ayah ke Zheng He atau Laksamana Cheng Ho.
- Sayyid Shi Tsi Chu : menterjemahkan Al-Quran ke bahasa China yang diterbitkan di Beijing pada tahun 1943.
- Su Chin-shou : General 36th Division National Revolutionary Army (1929-1937).
- Syeikh Ma Lian Yuan : mengarang kitab "Khatam al-Quran" dan "Beberapa Petikan daripada Ayat Al-Quran" pada 1940'an.
- Syeikh Wang Jing Chai (1879-1949) - Penterjemah Al-Quran kedalam bahasa China.
- Syeikh Yang Chung Ming : menterjemahkan Al-Quran yang dikeluarkan di Peking pada tahun 1947.
- Tang Kesan : China Muslim yang menjadi wakil Kuomintang di Xikang.
- Wang Dai Yui (1584-1650) : Ulama China pengarang kitab "Jawapan-jawapan Sahih Tentang Kebenaran", "Ensiklopedia Islam" dan "Penjelasan tentang Agama yang Hanif.
- Wang Jingzhai (1879-1949) : Tokok ilmuan China Islam, orang kedua yang menterjemahkan Al Quran ke dalam bahasa Cina. Beliau telah menunaikan haji di Mekah pada tahun 1921.
- Wang Zi-Ping (1881-1973) : Pakar seni Mempertahankan diri dan perubatan China. Dia mengetuai Shaolin Kung Fu Division di Martial Art Institute pada tahun 1928.
- Yang Shi Chian : menterjemahkan "Kitab Hadis 40" Imam Nawawi ke bahasa China diterbitkan di Beijing.
- Yusuf Ma Dexin (1794-1874) : Ilmuan Islam China dari Wilayah Yunnan. China Muslim yang pertama menterjemahkan Al Quran ke dalam bahasa China.
- Zhang Chengzhi : Penulis China Islam yang paling berpengaruh di China. Lahir di Beijing pada 1948.
- Zheng He @ Laksamana Cheng Ho - Laksamana Angkatan Laut China di zaman Dinasti Ming. Beliau seorang Islam dan telah memimpin beberapa ekspedisi pelayaran Armada China ke negara Luar.
- Zuo Baogui : Seorang Jeneral Muslim zaman Dinasti Qing yang terkorban ketika mempertahankan Pingyang, Korea daripada Jepun.
Monday, 22 January 2018
TOKOH-TOKOH ISLAM DI CHINA
Labels:
TOKOH ISLAM
A retired Navy personal, served with the Royal Malaysian Navy for 16 years (1980 - 1996). After retired work with several firms and organisation...now fully retired after Bypass Surgery in March 2019.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment